Rukun Ilmu itu ada lima ; Guru yang Mursyid, Murid yang Beradab, Manhaj yang Benar, Kitab yang Muktabar, Biah yang Sesuai. Pembelajaran kalau tak cukup 5 perkara ini, ianya dipanggil Ma’lumat, bukan al-Ilm. Tapi masyarakat kita sekarang menuju kefasadan besar. Institusi ilmu tenggelam dalam budaya pensekularan ilmu.

Di saat masyarakat dunia sedang membahaskan topik climate change, economic crisis, trade war, quantum physics, teology, bagaimana boleh sebuah institusi ilmu di negara kita boleh menjadi sarang hedonisma dengan berbicara soal “Friendzone”?

Apa nilai sebuah institusi ilmu? Bukan tak boleh cakap pasal ni, tapi tak kena pada Biah (suasana) dan yang nak bercakap itupun kahwin belum sampai setahun. Bagaimana dia boleh membimbing para pelajar (guru yang mursyid)? Bicarakanlah mauduk yang lebih membina, selayaknya dengan prestij sebuah universiti.

Kemudian, bagaimana boleh Piala Debat yang berprestij boleh menganjurkan pertandingan dengan tajuk yang sesat bahkan kufur? Asas debat pada tajuk pun sudah falasi, “Jika mencipta Quran versi baharu” dan “Isu kaum Luth hanya pandangan ulama”. Ini Manhaj yang rosak!

Jika ilmu yang dibawa dalam universiti bercitrakan hedonisma, manhajnya pula rosak, maka tidak hairanlah boleh lahir pelajar biadap seperti dalam majlis konvokesyen.

Bukan tak bagi kau luahkan ketidakpuasan hati kau, tapi tengok lah tempat. Jangan rosakkan majlis. Kalau kau biadap macamtu, memang patutlah universiti sekat “kebebasan bersuara” kau. Bukan universiti yang zalimi kau, kau sendiri yang zalim sebab tiada adab dan himmah sebagai seorang penuntut ilmu.

Maka tidak silaplah pemilihan tajuk talk aku kepada para pelajar MRSM Tun Ghafar Baba tempoh hari. Menyentuh perihal Asas Pemikiran bagi mendepani cabaran semasa. Biar mereka ada asas tapisan ilmu dan persedian sebelum melangkah masuk ke alam universiti yang lebih rencam!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Comments are closed.