Liberalism adalah idea yang terarah sepenuhnya kepada tingkah laku manusia di dunia ini.

Liberalism tidak mempunyai matlamat utama selain daripada mempertingkatkan kesejahteraan lahiriah dan kebendaan. Jadi fokusnya lebih pada ekonomi dan sosial.

Ia tidak memberikan perhatian secara langsung kepada upaya memenuhi keperluan rohani dan metafizik manusia.

Liberalisme menghasratkan kesejahteraan untuk semua, bukan sekelompok saja.

Berikut merupakan dasar-dasarnya,

1. Hak Milik

Liberalism mahu semua orang mempunyai hak milik peribadi. Dengan mempunyai hak milik inilah yang membuatkan manusia sejahtera.

Kau akan rasa sejahtera dari segi lahiriahnya apabila mempunyai kereta sendiri, rumah sendiri, baju sendiri dan lain-lain.

2. Kebebasan

Kebebasan di sini bukan bermaksud kau bebas menganut agama apa pun dan agama mana-mana boleh masuk ke dalam masyarakat. Macam aku cakap, liberalism tak kacau bab-bab agama.

Apa yang dimaksudkan kebebasan di sini adalah liberalism mahu semua orang bebas daripada sebarang bentuk perhambaan dan diskriminasi.

Macam awal-awal penubuhan Amerika dulu, walaupun institusi perhambaan dah diruntuhkan, diskriminasi ke atas warga kulit hitam tetap berlaku. Liberalism tak mahu semua ini.

Bagi liberalism, tenaga kerja yang bebas akan menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dalam ekonomi. Lantas, menjurus pada kekayaan.

3. Keamanan

Liberalism menentang sebarang bentuk peperangan dan pertelingkahan. Bagi mereka, hal ini akan menyebabkan keruntuhan kerjasama sosial yang menjana ekonomi.

Masa aku baca buku ini, selain kebebasan, liberalism sangat menekankan keamanan. Mereka sanggup buat apa saja asalkan keamanan tercapai.

4. Persamaan.

Liberalism bukan nak letakkan agama semuanya sama. Mereka tak nak kacau bab itu.

Liberalism mahu semua orang dilayan sama rata di bawah undang-undang untuk mengelakkan dendam dan tak puas hati yang boleh memunculkan peperangan dan untuk menjaga keamanan sosial.

Hak istimewa harus dilenyapkan supaya tiada konflik antara masyarakat.

5. Ketidakserataan pendapatan dan kekayaan

Liberalism mengakui jurang kaya dan miskin memang tak dapat dielakkan. Mereka berhujah kemewahan yang dinikmati oleh orang kaya sebagai satu bentuk keperluan di masa depan.

Kalau mereka, orang mewah ini tiada, kita tidak akan ada kemajuan dalam taraf hidup. Penggunaan mewah berfungsi sebagai pemacu industri untuk memperkenalkan benda-benda baru.

Yang tak boleh, bila orang kaya ini menindas. Bila menindas bermaksud ia menafikan hak orang lain. Menafikan hak adalah hal yang bertentangan dengan liberalism.

6. Tatasusila.

Ini adalah perkara asas dalam menjaga tatanan (order) sosial. Liberalism mahukan semua orang menjaga tingkah laku supaya keamanan sosial tercapai.

Dalam hal institusi, bagi liberalism, institusi yang bermanfaat untuk masyarakat adalah institusi yang bersusila. Sebaliknya, ia harus dikutuk.

7. Negara dan Kerajaan

Bagi liberalism, negara adalah institusi paling penting yang menurut mereka merupakan institusi yang mampu mampu menjaga tingkah laku manusia iaitu membangunkan peraturan dan undang-undang.

Paling penting, negara harus memastikan peraturan itu dilaksanakan dengan tegas.

Fungsi negara yang ditetapkan oleh liberalism adalah memberikan perlindungan ke atas hak milik, kebebasan dan keamanan.

8. Demokrasi

Liberalism agak pessimis dengan sistem demokrasi kerana mereka pessimis dengan kehendak masyarakat.

Liberalism lebih menginginkan negara diperintah oleh mereka yang benar-benar faham akan keperluan masyarakat berbanding masyarakat yang tak faham keperluan mereka melantik pemimpin.

Bila pemerintah dilantik tanpa jalan demokrasi, penentangan terhadap pemimpin boleh berlaku oleh rakyat. Ini pun hal yang liberalism tak mahu kerana ia menggugat keamanan sosial.

Jadi liberalism menyeimbangkan antara pemimpin bijak yang dapat bertoleransi dengan keperluan masyarakat.

9. Toleransi

Liberalism sangat menekankan toleransi. Liberalism menyeru sikap toleransi terhadap setiap kepercayaan beragama dan metafizik untuk menjaga keamanan sosial.

Bagi mereka, keamanan sosial itu lebih penting daripada segala hal.

Liberalism menuntut toleransi bahkan terhadap ajaran-ajaran yang tak masuk akal, penyimpangan agama karut dan tahyul bodoh keanakan.

Dalam melawan kebodohan dan tak masuk akal, liberalism menggunakan idea dan fikiran, bukannya kekerasan seperti diskriminasi.

Kesimpulan:

Liberalism bukan agama, bukan pandangan dunia, bukan parti berkepentingan khusus.

Ia bukan agama kerana tidak menuntut keimanan dan pengabdian. Kerana tiada yang mistik dan dogma mengenainya.

Ia bukan pandangan dunia kerana ia tak cuba menjelaskan alam semesta. Ia juga tak menawarkan sebaran jawapan tentang kewujudan manusia.

Ia bukan parti berkepentingan khusus kerana ia tidak menyediakan sebarang kelebihan khusus pada mana-mana kumpulan.

Liberalism adalah ideologi tentang kerjasama antara masyarakat dan penetapan idea terhadap tindak-tanduk manusia dalam masyarakat.

Ia cuba memberikan manusia hanya satu perkara, iaitu perkembangan kesejahteraan kebendaan untuk semua orang secara aman tanpa gangguan.

Ini adalah prinsip asal Liberalism. Liberalism kemudiannya berkembang ke pelbagai aliran seperti Neo-Liberalism, Demokrasi-Liberal, Sosial Liberalism, dan lain-lain.

Sumber:

Ludwig von Mises (1927) Liberalism.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply