Konsep ‘kuasa pertengahan’ berasal daripada abad ke-16, ketika ahli falsafah Renaissance Itali, iaitu Giovanni Botero, membahagikan dunia kepada tiga jenis negara—grandissime (empayar), mezano (kuasa pertengahan), dan piccioli (kuasa kecil). Istilah ‘kuasa pertengahan,’ seperti mana kuasa dunia atau kuasa kecil, mentakrifkan apakah jenis aktor sesebuah negara itu dengan merujuk kepada statusnya.

Secara khususnya, istilah ini memberitahu kita apakah konsensus mengenai kedudukan relatif sesebuah negara dalam hierarki antarabangsa kuasa negara. Sesetengah penanda status seperti jumlah kemampuan ketenteraan dan ekonomi, boleh dikira dan sentiasa diiktiraf sebagai ukuran utama kepada kuasa relatif negara.

Penanda status yang lain bagi kedudukan negara—sebagai contohnya, perkahwinan dinasti pada abad ke-18—kekal lebih impresionistik atau kurang dan berbeza-beza mengikut konteks kebudayaan dan era sejarah (lihat Larson, Paul, Wohlforth 2014, 20).

Kuasa pertengahan secara definisinya adalah sebuah negara yang berada di antara kuasa besar (kuasa besar) dan kuasa kecil (small power). Selain daripada perbezaan tersebut, labelnya memberitahu kita sedikit sahaja tentang ciri-ciri sebenar sesuatu aktor.

Sebaliknya, kategori kuasa pertengahan terdiri daripada negara-negara yang bercampur aduk yang dibezakan jauh lebih sedikit berdasarkan apakah mereka itu berbanding apa yang bukannya mereka: mereka bukan kuasa dunia, kuasa besar, atau kuasa kecil.

Kuasa dunia (great power) dan kuasa besar (major power) biasanya adalah negara-negara maju yang besar; manakala kuasa kecil kebanyakannya kecil (dari segi wilayah, penduduk, atau kedua-duanya), negara-negara membangun atau kurang maju.[1]

Sumber: Wikimedia Commons

Kuasa pertengahan sebaliknya, terdiri daripada segala macam negara daripada negara-negara kecil yang sangat maju (Israel, Denmark, Singapura, Finland) kepada negara-negara maju bersaiz sederhana (Korea Selatan, Australia, Kanada, Sepanyol, Ukraine, Afrika Selatan, Argentina) kepada negara membangun yang besar (Mesir, Mexico, Indonesia, Iran, Filipina, Nigeria).

Mengulas mengenai sejumlah teka-teki definisi yang berkaitan dengan konsep kuasa pertengahan, Gareth Evans, mantan menteri luar Australia berkata: “Cuba untuk mendefinisikan ‘kuasa pertengahan’ dengan ketepatan apapun dan mendatangkan sejumlah senarai, katakan, 20 atau 30 buah negara atau mungkin lebih banyak negara yang akan mengarahkan penerimaan secara universal seperti itu, adalah satu usaha yang penuh dengan bahaya.

Kriteria objektif seperti KDNK, saiz populasi, saiz fizikal dan keupayaan ketenteraan tidak lebih daripada titik permulaan. Sebagai contohnya, Australia, yang akan berada dalam senarai semua orang (untuk kategori kuasa pertengahan), berada hanya di kedudukan 50 dalam dunia pada saiz populasi walaupun ia berada di kedudukan ke-13 pada KDNK” (dipetik daripada Cooper and Jongryn 2012, 113).

Keragaman kategori kuasa pertengahan sebahagiannya adalah hasil daripada jumlah aktor yang jauh lebih besar dalam klasifikasi ini berbanding yang terdapat dalam dua kategori di atasnya (kuasa dunia & kuasa besar).

Bentuk piramid pada struktur hierarki bermakna bahawa lebih banyak aktor yang duduk di bahagian bawah daripada di bahagian atas—itulah sebabnya kenapa berada di bahagian teratas dalam kedudukan memberikan status yang tinggi (status jenis langka).

Struktur unipolar hari ini menyerlahkan lagi penumpuan kuasa ini pada bahagian atas piramid struktur hierarki. Dalam sebuah sistem yang hanya ada satu kuasa dunia dan beberapa kuasa besar, baki 193 negara-bangsa yang lain jatuh dalam dua kategori bawahan iaitu kuasa pertengahan dan kuasa kecil.

Dikatakan, terdapat lebih banyak ahli kumpulan kuasa kecil daripada kuasa pertengahan; namun, kuasa kecil adalah kumpulan yang lebih homogen daripada kuasa pertengahan. Ini menunjukkan bahawa percampuran aduk pelbagai ciri-ciri negara kuasa pertengahan dijelaskan oleh sesuatu yang lain. Saya mengesyaki ia mencerminkan sifat perantara, “di-antara” dalam kategori kuasa pertengahan, yang berfungsi seperti jalur transmisi antara kuasa besar dan kuasa kecil.

Terdapat tiga laluan spesifik untuk masuk dan keluar daripada kedudukan kuasa pertengahan. Membangunkan kuasa pertengahan dengan jumlah minimum yang diperlukan untuk menjadi kuasa besar akhirnya mendaki tangga kekuasaan keluar daripada kategori tersebut. Kuasa besar yang merosot sebaliknya, jatuh kepada status kuasa pertengahan. Dan kuasa kecil yang bangkit mesti melalui pangkat kuasa pertengahan ketika perjalanan naik mereka dalam hierarki kekuasaan.

Tergantung diantara kuasa-kuasa besar dan negara-negara kecil dalam sistem global yang besar, kuasa-kuasa pertengahan cenderung untuk memainkan peranan mereka yang paling mudah dilihat di dalam wilayah masing-masing, wilayah di mana kepentingan segera mereka terletak.

Bergantung pada pelbagai faktor, termasuklah imbangan kuasa serantau dan global, lokasi geografinya, sifat ideologi rejimnya, dan ketakutan politik dan ambisi para pimpinannya, kuasa pertengahan boleh memposisikan dirinya di dalam rantaunya sama ada sebagai: (1) pengimbang, menstabilkan sistem serantau ketika ianya berada dalam keadaan tidak seimbang; (2) dalang politik (kingmaker), memberikan imbangan yang menguntungkan kepada salah satu kuasa besar serantau atau koalisi serantau; atau (3) tertius gaudens, memposisikan dirinya di satu sisi berbanding kuasa-kuasayang lain untuk kelebihan dirinya sendiri.

Memberikan contoh bagi strategi ini, Presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun menyeru hubungan yang setara dengan Amerika Syarikat dan China, malah menyebutkan bahawa Korea Selatan perlu memainkan peranan sebagai “pengimbang” di rantau ini.

Namun, ia adalah satu peranan yang tidak menentu/merbahaya (precarious role) untuk dimainkan oleh kuasa pertengahan, seperti yang didapati baru-baru ini oleh Presiden Park Geun-hye ketika China pada akhir November 2013 meneruskan untuk memasukkan terumbu karang Ieodo yang dipertikaikan ke dalam zon identifikasi pertahanan udara (ADIZ) baru yang diperluaskan milik China.

Langkah provokatif China ini menguji versi “diplomasi pertengahan” (equidistant diplomacy) beliau antara China dan Amerika Syarikat; meskipun kepentingan China sebagai rakan dagang utama Korea Selatan, Presiden Park Geun-hye kelihatannya berpihak kepada Amerika Syarikat.

Nota kaki

[1] Sesetengah kuasa kecil adalah negara sangat maju tetapi masih dikategorikan sebagai ‘kecil’ kerana saiznya yang sangat kecil.

RUJUKAN:

Cooper,  Andrew  F.  and  Mo Jongryn.  2012.  “The  Middle  7  Initiative.”  Dalam  Middle  Powers  and  G20 Governance,  diedit oleh  Mo  Jongryn,  ms. 103-121.  New  York:  Palgrave  Macmillan.

Larson,  Deborah  Welch,  T.V.  Paul,  and  William  C.  Wohlforth.  2014.  “Introduction:  Status  and  World Order.”  Dalam  Status  in  World  Politics,  diedit oleh T.V.  Paul,  Deborah  Welch  Larson,  and  William  C.  Wohlforth, ms  3-29.  Cambridge:  Cambridge  University  Press.

*Randall L. Schweller adalah profesor sains politik di Ohio State University. Beliau dikenali dengan hasil kerjanya sebagai ahli teori hubungan antarabangsa dan sebagai pengasas realisme neoklasik.

SUMBER: Tulisan ini diolah daripada kertas kerja yang bertajuk “The Concept of Middle Power” oleh Randall L. Schweller.

Terjemahan: Muaz Malik


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pelajar agama yang (entah macam mana) minat hubungan antarabangsa. Buat terjemahan berkaitan subjek IR sebagai hobi masa lapang.

Comments are closed.