Sepanjang berkecimpung dalam dunia pendidikan, kebanyakan murid hanya mendiamkan diri sahaja apabila dibuka ruang untuk bertanya. Namun murid tingkatan 1 pada tahun ini di sekolah saya sedikit berbeza. Apabila dibuka ruang untuk bertanya, mereka akan melontarkan soalan bertubi-tubi kepada saya dan hampir kesemua soalan itu merupakan soalan di luar daripada buku teks.

Antara soalan kesukaan mereka ialah topik agama dan kepercayaan dari Buddha, Hindu, Kristian, Islam dan sebagainya. Jadi pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca  mengenai satu ajaran iaitu Islam Wetu Telu.

Islam Wetu Telu bermaksud Islam Waktu Tiga. Wetu ialah waktu manakala Telu ialah Tiga. Ajaran Islam Wetu Telu merupakan ajaran yang diamalkan di Pulau Lombok Indonesia. Islam Wetu Telu juga disebut sebagai Islam Sasak kerana ajaran ini diamalkan oleh Suku Sasak. Disebabkan nama Wetu Telu itu sendiri, maka ramai yang beranggapan mereka seperti Islam Bani yang diamalkan oleh suku cham atau Islam abangan yang diamalkan di Jawa.

Ada juga yang berpendapat bahawa pengikut Wetu Telu hanya menjalankan 3 asas ajaran Islam sahaja iaitu mengucap 2 kalimah syahadat, puasa dan solat. Namun bagi pengamal Wetu Telu, mereka menafikan perkara tersebut dan menurut mereka lagi, mereka menjalankan ajaran Islam berdasarkan Al Quran, AS Sunnah dan Ijmak.

Pengamal Islam Wetu Telu mengatakan bahawa Wetu Telu itu bukanlah bermaksud mereka hanya mengamalkan 3 rukun Islam sahaja tetapi Wetu Telu itu sebenarnya mendukung falsafah 3 kemunculan hidup iaitu melahirkan, bertelur dan tumbuh dari biji.

Erni Budiwanti ( 2011 )  berpendapat bahawa Wetu Telu merupakan sinkretik agama Islam. Suku Sasak yang terkenal sebagai orang yang memegang adat tidak terus membuang adat mereka apabila menerima Islam bahkan mereka sikretikkan agama Islam tersebut supaya sesuai dengan adat mereka. Namun persoalannya, adakah semua adat yang masih diamalkan oleh pengikut Islam Wetu Telu ini bertentangan dengan Islam?

Suku Sasak di Lombok boleh dibahagikan kepada 3 iaitu Sasak Boda, Sasak Wetu Telu dan Sasak Waktu Lima ( Wetu Limo ). Sasak Boda ialah Sasak yang masih mengamalkan agama tradisional mereka, Wetu Telu pula ialah Sasak yang sudah menganut agama Islam tetapi masih berpegang kuat dengan adat dan tradisi lampau mereka dan Islam Lima Waktu pula ialah Islam Samawi yakni Islam yang diyakini oleh Umat Islam teramai.

Antara kepercayaan Wetu Telu ialah:

  1. Mereka percaya mati bukanlah perpisahan jasad dan roh. Ini kerana mereka percaya bahawa jiwa orang mati itu sebenarnya masih mampu untuk mempengaruhi orang hidup seperti anak dan cucu mereka. Oleh itu, mereka sangat menghormati roh leluhur mereka.
  2. Pakaian merupakan aspek penting untuk menghormati Allah, syurga dan juga roh nenek moyang. Oleh itu biasanya mereka akan memakai pakaian Umbaq Kombong yang diperbuat daripada daun lontar.

Namun begitu ada beberapa aspek kepercayaan Wetu Telu yang sering didengari oleh kita yang bercanggah dengan Islam. Antaranya ialah :

  1. Ada yang mengatakan bahwa pengikut Wetu Telu hanya solat sebanyak 3 kali sehari.
  2. Ada juga yang mengatakan Islam Wetu telu hanya berpuasa 3 hari setahun bahkan puasa tersebut boleh diwakilkan kepada Kiai.

Tetapi selepas banyak membaca dari sumber orang Bayan/ Sasak itu sendiri, boleh disimpulkan bahawa kebanyakan tuduhan ke atas Wetu Telu adalah tidak berasas sama sekali. Ini kerana orang Wetu Telu dengan tegas mengakui bahawa mereka memang mengamalkan ajaran daripada Nabi Muhammad dan mereka sendiri solat lima waktu sehari bukannya tiga waktu sebagaimana yang dituduh.

Tuduhan ini mungkin mula berakar sejak zaman order baru. Pada waktu itu, Suharto memang dengan keras membanteras fahaman komunis. Jadi salah satu yang sering menjadi penyokong komunis ialah mereka yang kuat berpegang kepada adat. Jadi kerajaan Indonesia pada waktu itu dengan aktif telah melancarkan “perang” terhadap golongan adat ini dengan melemparkan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Antara yang terpalit ialah geng Islam Wetu Telu ini.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, Islam Wetu Telu sebenarnya lebih kepada falsafah adat suku Sasak bukanlah soal beragama. Mereka mengamalkan adat dan budaya mereka dan dalam masa yang sama mereka turut mengamalkan ajaran Islam dengan menunaikan perintah yang dituntut oleh agama.

Jelas sekali ajaran ini agak berbeza berbanding dengan Islam Kejawen atau Islam Bani yang jelas mengcampurkan ajaran Islam dengan ajaran bukan Islam seperti Hindu. Namun kita, sudah tidak ramai yang masih mengamalkan ajaran Islam Wetu Telu ini,, Hanya tinggal beberapa kerat sahaja yang kebanyakannya ialah orang tua. Ini disebabkan dakwah yang berterusan yang dilakukan oleh Islam Wetu Limo dan juga kempen daripada pihak pemerintah.

RUJUKAN:

Dr Nor Sham. 2011. Islam Pesisir. Yogyakarta  :Lkis

Erni Budiwanti. 2013. Islam Sasak  : Wetu Telu Versus Waktu Lima. Yogyakarta  :Lkis

Lalu Abdul Fatah. 2011. Travelicious Lombok. Yogyakarta : B-First


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sarjana muda pendidikan sejarah UPSI. Kini mengajar di SM Maahad Pontian Johor. Meminati sejarah Melayu terutamanya berkenaan dengan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu.

Comments are closed.