“Huve’l-ganiyyu’l-mugni’l-mu’in”
“Huve’llauhu’l-mu’l-fettah”
“Zikru’llahi te’ala a’la”

Perkataan Ferman berasal dari istilah makna yang tidak terbatas berdasarkan kaedah orang Parsi untuk menjelaskan perbuatan seperti memberi perintah, memerintahkan dan ia mesti melibatkan entiti dari tahap-tahap status sosial tertentu lalu diabsahkan kuasanya menggunakan nama gelaran, perintah atau simbol kedaulatan mereka seperti cop mohor raja.

FERMAN

Sebagai satu istilah, Ferman adalah sejenis perintah atau dekri bertulis yang memiliki kuasa apabila tuğra sultan (cop mohor) dikeluarkan bagi isu melibatkan pelantikan, atau pengurniaan anugerah dari Sultan samada dalam bentuk jawatan, atau sebagai penanda aras untuk skop tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Ferman secara lazimnya ditulis dengan gaya karakter tulisan tangan khas yang disebut Divani dan kebiasaannya akan menonjolkan tanda-tanda khusus mewakili kekuasaan sultan yang berdaulat. Ia mungkin disadur dengan menampilkan kepelbagaian warna dan motif atau mungkin dibiarkan kosong begitu sahaja.

Penelitian terhadap teks ferman mendedahkan ciri-ciri utama seperti yang berikut:

  1. Formula salutasi dengan doa. Frasa “dengan nama Tuhan”, diucapkan sebagai pendahuluan dalan teks ferman, biasanya muncul dalam sebutan “Hu” atau “Huve” (“Dia” iaitu, Tuhan). Formula ini juga biasa digunakan untuk dokumen selain daripada ferman. Formula sebegini biasanya akan ditulis dengan begitu jelas atau sekadar sebahagian daripada hiasan kandungan.
  2. Perkataan “ferman” tertera pada badan teks.
  3. Nama individu yang dianugerahkan, diperintah, dihukum atau dilantik melalui ferman, turut disebut adalah pangkat dan kedudukan sosial mereka dalam frasologi yang sesuai dengan pangkat dan kedudukan sipolan itu.
  4. Sebab-sebab mengapa ferman diterbitkan dan apakah yang perlu dilakukan sesuai dengan isu yang terbabit.
  5. Frasa yang menunjukkan kehendak dan permintaan atau restu yang diberikan kepada subjek pemerintah bagi mengingatkan supaya dia mematuhi segala perintah dan melaksanakannya dengan berjaya.
  6. Nama dan tarikh serta lokasi dimana ferman itu dikarang.
Tuğra Sultan

Ferman yang ditulis dan dikirim dengan kuasa tuğra sultan disebut sebagai “emr-i şerif” (perintah yang mulia) atau “ferman-i humayun” (perintah yang diberkati).

Ciri-ciri ferman yang lain, antaranya seperti yang terpapar pada sudut atas bahagian kanan, yang biasanya berada di dalam hiasan bingkai, terdapat baris ayat yang tertulis “Mucibince amel olunca” (semoga ia dilaksanakan) dan ditulis dari tangan sultan sendiri, dikelaskan sedemikian (hatt  -i hümayunla müveşşah). Pernah tengok tulisan nota seorang menteri pada minit mesyuarat yang meminta supaya arahan dilaksanakan segera?

Ferman adalah dokumen terpenting dalam bidang diplomasi, undang-undang, sumbangan dan yayasan amal, sejarah dan ekonomi ketika zaman Uthmaniyyah.

BERÂT

Berasal dari bahasa Arab, berât adalah merujuk kepada sehelai kertas atau surat bertulis. Berdasarkan istilah ini dalam konteks sejarah, berât, atau diploma terdiri dari variasi paten, ia merujuk kepada kertas catatan yang memberi perkenan untuk melantik seseorang ke dalam struktur pentadbiran oleh pemerintah atau pegawai tinggi dalam Empayar Uthmaniyyah dimana ia menerangkan tanggungjawab nya, sebagai alternatif, ia disebut biti, berât-ı şerif, dan nişân-ı şerif.

Kandungannya menonjolkan jenis pelantikan, lokasi, jumlah pendapatan atau gaji, nama pelantikan, alasan pelantikan, dan apa yang diperlukan untuk pelantikan;  bagi hal-hal melibatkan penganugerahan sebagai panglima tentera atau jawatan penting yang lain, bidang kuasa si penerima anugerah akan diterangkan.

Paten ini diklasifikasikan mengikut jenis pelantikan, perkhidmatan atau pengurniaan geran tanah, kutipan cukai, pendapatan awam, pengecualian cukai, penggunaan hartanah awam, hak istimewa;  jawatan dalam pentadbiran.

Bagi pentadbiran wilayah seperti di provinsi pentadbiran secara ketenteraan, apa yang dipaparkan adalah nama pegawai yang bertanggungjawab melampirkan cop mohor sultan, nama menteri kewangan dan kewaziran;  kelayakan untuk penjawatan atau fungsi khusus, misalnya, sebagai pemimpin bacaan doa, pendakwah, penjaga makam suci, atau doktor.

Paten minor (bawahan), atau kelas ketiga, perkhidmatan dan tîmar (geran tanah) ditunjukkan setelah menentukan identiti orang yang dilantik, nama daerah provinsi, daerah kehakiman, desa, jenis perkhidmatan, geran tanah, apakah pelantikan yang sedang dibuat adalah untuk pertama kali, pembaharuan, atau perpindahan dari penjawatan lain, jumlah pendapatan tahunan, dan perkhidmatan yang akan dilaksanakan oleh pemegang akan dilabel sebagai sulit.

Paten untuk pengecualian cukai pula menyatakan nama orang yang diberikan pengecualian berserta jenis cukai dan duti yang manakah ia dilaksanakan. Sekiranya takhta bertukar kepada Sultan yang baru, segala diploma dan paten harus diperbaharui, maka, diploma dan paten yang telah diperbaharui boleh dilampirkan dengan cop tuğra sultan yang baru menaiki takhta. Dalam keadaan ini, diploma atau paten dimasukkan frasa tecdid-i berât, bagi merujuk kepada pembaharuannya.

Kedua-dua diploma dan ferman terdiri daripada bahagian-bahagian yang tertentu. Baris pendahuluan yang pertama lazimnya dimulakan mengikut formula alu-aluan atau salutasi berunsur doa. Variasi formula ini merangkumi doa dengan ayat-ayat “Hu” atau “Huve” serta Hüve’l-mü’in; Huve’l-ganiyyu’l-mugni’l mu’in; “Huve’llauhu’l-mu’l-fettah”;  dan “Zikru’llahi te’ala a’la”.

Setelah dokumen tersebut dilampirkan dengan tuğra sultan, satu sumber rujukan akan diletakkan di dalam teks. Merujuk kepada kewujudan tanda ini, ia tidak terdapat pada catatan lain yang dikeluarkan atas nama sultan. Fornula ini turut terdapat pada “Nişan-i humayun oldur ki”;  “Nisan-i serif-i alisan-i sultani” dan “Tugra-yi garra-yi cihan-sian-i hakani hukmu oldur ki”.

Unsur-unsur asas yang terdapat pada diploma atau paten lain adalah pengetahuan, naratif, stipulasi, pengesahan, tarikh serta nama tempat di mana ia dikarang.

Ferman mengandungi perintah Sultan Mehmet II supaya warga Franciscan Bosnia dilindungi kerana mereka telah berada di dalam naungan Empayar Uthmaniyyah pada 1463.

RUJUKAN

  • Ottoman Fermans, Ankara: T.C. Başbakanlık Devlet Arşivleri Genel Müdürlüğü, 2003.
  • ATIL, Esin, Zaman Sultan Süleyman the Magnificent, Washington DC: National Gallery of Art, 1987, hlm. 36-43.
  • ÖLÇER, Nazan, NADİR, Ayşegül, Imperial Ottoman Fermans, Istanbul: The Museum of Islamic and Turkish Art, 1987

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.