17 tahun ibarat permulaan hidup seorang remaja. Ada yang membayang diri mereka sebagai jutawan, memandu kereta mewah dan berkahwin dengan pasangan sempurna. Ada yang membayangkan diri mereka berhijrah ke luar negara dan berjaya di sana.

Itulah lumrah, yang jauh lebih baik daripada nasib seorang remaja bernama Maizey Nunn.  Seorang remaja yang didiagnos menghidap penyakit ini pada tahun 2013.

Maizey hanya mahu sembuh. Usia remajanya bergelumang dengan kes4kitan pada perut, kencing melampau dan kelesuan. Dia banyak tertinggal dalam persekolahan.

Dan hati ibu mana yang tidak h4ncur apabila melihat anak perempuan sendiri menangis dan meng3rang kes4kitan di atas riba mereka. Maizey cuba tukar amalan pemakanan, memilih hanya bebas tenusu dan gluten tanpa sebarang kejayaan.

Selepas berjumpa dengan doktor, kes Maizey dipanjangkan ke pakar sistem penghadaman (gastroenterologi). Organ penghadaman Maizey diperiksa dengan menggunakan kamera melalui mulut (endoskopi).

Selepas disahkan, Maizey perlu berpantang daripada bertih jagung, buah-buahan, jus, kekacang, sayur mentah (salad) dan banyak lagi.

Maizey akhirnya tidak tahu apa boleh dimakan pun. Apabila nekad berpantang epal, beliau juga enggan makan anggur, mangga dan pisang.

Sudah tujuh tahun berlalu, nikmat banyak buah tidak membasahi anak tekaknya. Maizey juga tidak lagi stabil, dengan kegelisahan (anxiety) teruk.

Inilah Peny4kit Crohn yang sebenarnya keradangan pada salur penghadaman seseorang. Belum ada kajian perubatan yang menemui ubat untuk penyakit ini.

Usus yang membengkak

Simptom-simptomnya bermula dengan cirit-birit, demam dan s4kit mulut. Jika teruk, pes4kit mengalami keb0coran n4jis yang boleh ada kesan d4rah pun.

Ia ngeri. Ia bukan satu gurauan untuk diketawakan, kerana punca sebenar masih belum dikenalpasti. Tabiat pemakanan dan tekanan harian hanya diketahui boleh mengeruhkan keadaan sahaja.

Jadi dalam hal ini, pihak doktor berpendapat bahawa dua punca yang mencetuskan Peny4kit Crohn.

  1. Tindakbalas imunisasi semasa melawan bakteria atau virus. Sistem imun kiranya melawan sel dalam salur penghadaman.
  2. Warisan mungkin memainkan peranan.

Berdasarkan data semasa, terdapat beberapa faktor yang memungkinkan Peny4kit Crohn.

  1. Usia – ramai pes4kit didapati berumur 30 tahun ke bawah.
  2. Bangsa – bangsa kulit putih paling berisiko, tetapi ada trend peningkatan dalam kalangan kulit gelap juga.
  3. Sejarah keluarga – bagi keluarga yang peny4kit ini diwarisi, seorang dalam lima dianggap berisiko.
  4. Ubat-ubatan – ibuprofen, naproxen sodium dan diclofenac sodium tidak boleh menyebabkan Crohn. Tetapi ia boleh menyebabkan radang usus, yang menjejaskan organ jika mempunyai Crohn.
  5. Diet – terlalu banyak memakan lemak boleh memainkan peranan dalam diagnosis Crohn.

Apa yang dialami Maizey Nunn dan ramai lagi sebenarnya sukar untuk dirawat. Peny4kit Crohn boleh menyebabkan komplikasi pada saluran najis. Ketebalan dinding usus boleh dijejaskan, yang menyebabkan keadaan tersumbat.

Malah radang yang kr0nik juga boleh menyebabkan uls3r pada salur penghadaman dari mulut ke dubur yang boleh terk0yak pun kerana j4ngkitan kuman. Ulser jika dibiarkan akan menjadi fistula, yang sebenarnya ialah hubungan tidak normal antara dua bahagian seperti usus dan kulit (atau antara-organ).

Dalam menghadapi keadaan sebegini, tentu sekali pes4kit tidak begitu selera makan kerana takut. Mereka akan kehilangan berat badan, yang menyebabkan kekurangan zat (malnutrisi) pula. Kekurangan zat besi atau Vitamin B-12 hanya akan mendedahkan risiko anemia.

Jadi diagnosis pada Maizey sebenarnya sangat menyayatkan hati. Usia yang begitu muda ini meningkatkan lagi cabarannya buat masa akan datang.

RUJUKAN:

Mayo Clinic. (2019). Crohn’s dis3ase.
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/crohns-disease/symptoms-causes/syc-20353304#:~:text=Crohn’s%20disease%20is%20an%20inflammatory,digestive%20tract%20in%20different%20people.

Nunn, M. (2020). Maizey Nunn – My IBD Story.
Daripada https://www.ibdrelief.com/ibd-stories/maizey-nunn


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.