Menurut Ibnu Khaldun,untuk pembinaan konsep Umran (Tamadun) beberapa perkara yang penting ‎perlu ditekankan dalam pembinaan sebuah tamadun.Yang pertamanya ialah konsep ‎Asabiyyah.Konsep Asabiyyah yang dimaksudkan oleh Ibnu Khaldun ialah semangat kekitaan dalam ‎membina masyarakat.Semangat kekitaan ini ialah asas kepada membentuk masyarakat yang bersatu ‎padu.Semangat kekitaan inilah yang membentuk kedaulatan dan semangat untuk mempertahankan ‎negara dengan semangat kenegaraan.Setelah negara yang utuh dan kuat telah dibina semakin lama ‎semangat ini mula meluntur dalam jati diri rakyat dan pemimpin itu sendiri.‎

Menurut Ibnu Khaldun lagi,sebuah tamadun itu tidak akan kekal dan bertahan lama (Tiada yang ‎kekal selamanya hanya Allah yang kekal selamanya) kerana sifat alamiah manusia itu sendiri yang ‎tidak berpuas hati dan cukup dalam kehidupan.‎

Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,‎

لَوْ أَنَّ لاِبْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَادِيَانِ ، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلاَّ التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ

‎“Seandainya seorang anak Adam memiliki satu lembah emas, tentu ia menginginkan dua lembah ‎lainnya, dan sama sekai tidak akan memenuhi mulutnya (merasa puas) selain tanah (yaitu setelah ‎mati) dan Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. ‎‎6439 dan Muslim no. 1048)‎

Selain itu,Ibnu Khaldun menyebutkan keperluan beragama untuk menguatkan lagi konsep ‎Asabiyyah dalam pembinaan umran yang maju dan bertamadun.Umran pula menurut Ibnu Khaldun ‎terbahagi kepada dua : Umran Hadhari dan Umran Badwi.Kedua dua Umran ini melengkapi antara ‎satu sama lain dalam membentuk sebuah tamadun dan negara yang maju.‎

Seterusnya,Ibnu Khaldun menerangkan beberapa peringkat ketamadunan yang menunjukkan ‎kebangkitan sehinggalh kejatuhannya.‎

Kebangkitan sebuah tamadun bermula dengan sebuah invasi/penaklukan dan pemerintah peringkat ‎ini memerintah secara adil dan saksama.Pada peringkat ini juga,semangat asabiyyah dimanfaatkan ‎oleh pemerintah untuk menguatkan lagi kedaulatan negara.Pemerintah juga berbahagi kuasa ‎bersama rakyat dan pembesar yang lain agar dapat membentuk sebuah negara yang makmur dan ‎adil.‎

Peringkat kedua bermula dengan peringkat dimana pemerintah mula memerintah dengan kuasa ‎mutlak dan mengunggah semua pesaing raja mutlak.Semangat kenegaraan pada ketika ini mula ‎goyah dan semangat ini diperlukan apabila boleh dimanfaatkan oleh pemerintah semata mata.‎

Peringkat ketiga pula bermula apabila kuasa raja menjadi mutlak tanpa ada campur tangan sebarang ‎pihak dan melahirkan raja raja yang tamak serta bermewah mewah dalam pemerintahan.Tetapi ‎dalam masa yang sama pemerintah diera ini memberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan ‎melahirkan rakyat yang bersifat tamak dan berlumba untuk memenuhi hawa nafsu semata mata.‎

Peringkat keempat dimulai dengan sebuah kerajaan itu mencapai zaman kegemilangannya.Pada era ‎ini juga pemimpin dizaman ini tidak inginkan sebarang perubahan dalam pentadbiran malahan ‎meneruskan bersifat selesa dalam pentadbiran tanpa melakukan apa apa pembaharuan.Dan hal ini ‎akan menggiring kerajaan kearah lembah kejatuhannya.‎

Peringkat kelima bermula dengan sebuah kerajaan/Umran hidup dalam keadaan yang kesenangan ‎yang melampau tanpa menghiraukan pembaharuan.Hal ini melahirkan ketidakpuasan hati rakyat ‎dan mencetuskan pelbagai konflik tempatan serta mencetukan ketidak harmonian dalam sesebuah ‎negara.Pemerintah pada era ini juga melakukan perkara perkara yang bakal menggiring kerajaan ke ‎lembah kejatuhannya seperti mengutip cukai dengan melampau untuk menampung kesenangan ‎pemerintah semata mata.‎

Ekoran itu lahirlah gerakan pembaharuan yang dibawa seorang tokoh yang menjanjikan keamanan ‎dan keadilan serta menumbangkan kerajaan lama lalu menubuhkan kerajaan yang baharu.Hal ini ‎berulang sehinggalah ketamadunan manusia berakhir.‎

Rujukan :
Al-Mukaddimah – Ibnu Khaldun 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang yang masih baru dalam penulisan, cinta akan sejarah Islam dan cinta akan budaya menuntut Ilmu.

Leave A Reply