Manusia memang unik. Purata ketinggian manusia dalam lingkungan 180 sentimeter sahaja. Tetapi usus kecil manusia boleh mencecah 600 sentimeter, berselirat dalam perut dengan diameter hampir satu inci.

Bahagian usus ini diperbuat daripada tisu yang berperanan untuk menyerap zat daripada makanan dan minuman.

Usus besar pula menyerap cecair dalam makanan, hingga menjadi naj.is yang merangsangkan “rasa” untuk membuang (Hoffman, 2019). Berzaman-zaman lamanya, inilah fitrah dalam manusia.

Dalam bahagian usus besar, ada satu bahagian yang berbentuk tiub iaitu appendiks. Panjang appendiks hanya 8.89 sentimenter sahaja. Tetapi appendiks amat berbeza jika dibandingkan dengan usus.

Sementara usus membawa ke bahagian lain (rektum misalnya), appendiks pula “jalan ma.ti” yang saintis sendiri masih keliru tentang fungsinya.

Charles Darwin menyingkap fungsi evolusi dalam perspektif evolusi: appendiks ialah organ yang diwarisi manusia melalui proses evolusi.

Nenek moyang manusia dulu katanya makan daun – dan appendiks menjadi alat untuk mencernakan makanan tersebut. Jadi sekarang, menurut Darwin, appendiks ialah organ tidak bergua lagi (Choi, 2009).

Pendapat saintifik daripada pemikir abad ke-19 tidak seharusnya menjadi rujukan mutlak hari ini. Appendiks sebenarnya mempunyai fungsi tersendiri yang mungkin orang ramai terlepas pandang.

Seorang saintis bernama William Parker daripada bahagian perubatan Universiti Duke telah menjalankan kajian yang terperinci tentang appendiks. Dan beliau mengenal pasti yang appendiks mungkin berfungsi sebagai “tempat perlindungan”.

Begini. Seorang manusia tidak boleh hidup tanpa makanan dan minuman. Kedua-dua keperluan asas ini selalunya menyumbang zat pada badan.

Tetapi kadangkala mereka membawa “bagasi” tidak sepatutnya iaitu bak.teria, para.sit atau virus. Tubuh badan jatuh sa.kit kerana sistem imunisasi menjadi aktif untuk menyingkirkan semua unsur asing ini.

Dalam proses ini, bak.teria baik yang mencernakan makanan turut disingkirkan sekali. Jadi bak.teria baik ini berkerumun dalam appendiks. Apabila badan sudah sembuh, mereka keluar untuk mencernakan makanan (Bollinger, et al., 2007).

Menurut seorang pakar biologi daripada Universiti Midwestern, appendiks diperbuat daripada tisu “lymphoid. Tisu jenis ini berupaya untuk menghasilkan sel dar.ah putih untuk mela.wan kuman dalam makanan atau minuman.

Gambaran yang mudah: appendiks mungkin menjadi “pintu belakang” untuk sistem imunisasi masuk dan tunggu kedatangan mµsµh yang mence.rob.ohi melalui “pintu depan” (mulut).

Peranan Imunisasi Dalam Badan

Konsep evolusi amat menarik jika diulas. Namun untuk memahaminya, semua perlu berfikiran terbuka. Jangan kerana perkataannya, terus fikir “manusia berasal daripada beruk”. Sebenarnya Charles Darwin sendiri tidak pernah menyatakan sedemikian.

Tiada siapa dalam kalangan Darwinis berpegang yang manusia berevolusi terus daripada beruk. Persepsi ini hanya ditabur golongan anti-Darwinisme, tanpa sebarang asas kebenaran.

Evolusi ialah suatu proses yang memakan masa sangat lama, melalui beberapa peringkatbeza. Darwin berhujah tentang peranan appendiks semasa manusia silam makan daun. Jadi sekarang ia hanya warisan tanpa fungsi.

Kajian Universiti Duke mengupas tentang appendiks dalam topik evolusi. Saintis-saintis berkenaan mengkaji sejauh 80 juta tahun dahulu, dan appendiks dikenal pasti dalam 32 haiwan berspesis mamalia yang lain seperti landak, koala dan wombat antaranya.

Semua spesis ini memakan daun hingga hari ini. Tetapi saintis tidak dapat menemui sebarang bukti “peranan” appendiks dalam kalangan herbivor ini. Mereka hanya menemui sumbangan appendiks pada sistem imunisasi sahaja. Selama ini, appendiks bantu meningkatkan kualiti kesihatan tubuh badan.

Hari ini manusia mungkin bergantung pada anugerah sains yang berjaya menghasilkan ubat dan vaksin untuk merawat dan mencegah sesuatu peny.akit. Namun dulu, manusia sangat bergantung pada imuniti sendiri.

Dan setiap hari, ada saja bak.teria, parasit dan virus yang masuk dalam badan (melalui makanan atau minuman).

Tanpa appendiks, manusia silam tidak mampu mela.wan penya.kit. Entahnya manusia boleh pµpµs andainya appendiks “hilang” sekitar 200,000 tahun dahulu.

Bercakap tentang “hilang” pula, hari ini ramai dalam kalangan manusia hidup tanpa appendiks. Ini satu masalah dengan appendiks, mudah dijang.kiti peny.akit (menyebabkan appendicitis) yang memerlukan pembed.ahan (dipanggil appendectomy).

Seperti yang diceritakan, appendectomy tidak menjejaskan tahap kesihatan badan kerana ubat-ubatan moden yang jauh lebih menjaminkan. Jadi pihak doktor amat mengetahui jika terpaksa dibuang atau boleh dirawat (Schröder, 2015).

RUJUKAN:

Bollinger, R.R., et al. (2007, Disember 21). Biofilms in the large bowel suggest an apparent function of the human vermiform appendix. Journal of Theoretical Biology. 249 (4): 826-831.

Choi, C.Q. (2019, Ogos 24). The Appendix: Useful and in Fact Promising. Live Science.

Hoffman, M. (2019, Mei 18). Picture of the Intestines. Web MD.

Shröder, M.O. (2015, Ogos 25). Should I Have My Appendix Removed? Health US News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.