Dewan Parlimen India dianggotai 543 ahli yang nampaknya sudah jemu bergelagat seperti monyet dalam dewan. Jadi mereka mengupah 40 orang luar untuk mengikut resmi monyet.

Keputusan ini mungkin bunyi lucu. Walaupun sebahagian besar dalam kalangan Ahli Parlimen India dituduh melakukan banyak jen.ayah (AFP, 2019), tidakan ini sebenarnya berasbab.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Pada tahun 2007, New Delhi dikejutkan dengan berita buruk tentang Timbalan Datuk Bandar mereka. S.S. Bajwa digegaskan ke hospital, selepas diser.ang.

Beliau mengalami keced.eraan sangat serius di bahagian kepala dan akhirnya meninggal dunia di hospital (CBS, 2007).

Siapa yang menye.rang Bajwa? Sekumpulan monyet rhesus (macaca mulatta). Dalam banyak-banyak baha.ya India, Bajwa sebenarnya terbµnµh angkara empat ekor monyet. Beliau cuba menghalau… tetapi terjatuh semasa melarikan diri.

Pemergian Bajwa akhirnya mengejutkan India daripada mimpi. Kerajaan India terngadah dan menyedari bahawa masalah monyet semakin meruncing di bangunan pentadbiran, kuil keagamaan dan tempat kejiranan.

Punca di sebalik masalah ini adalah kerana masyarakat yang tidak cakna tentang sains. Ramai dalam kalangan rakyat India percaya bahawa monyet ialah jelmaan dewa Hanuman. Lalu mereka memberikan makanan kepada haiwan-haiwan ini.

Sudah dapat makanan percuma, takkan mahu susah payah lagi – banyak monyet membanjiri kawasan awam, sekali gus mengganggu ketenteraman dan keselamatan setempat.

India cuba menggunakan spesis langur (semnopithecus entellus) untuk menghalau monyet-monyet ini. Namun monyet masih mengga.nas kerana masalah ini berlaku akibat isu sistemik.

India tidak kisah jika langur digunakan. Bukannya langur ada kerja lain pun. Daripada menganggur, baik buat kerja.

Ramai dalam kalangan aktivis alam sekitar mendedahkan bahawa langur dizal.imi semasa melakukan kerja ini. Mereka siap mendapatkan perintah mahkamah, kerana khuatir jika langur akan dibi.akkan tanpa sifat perikemanusiaan.

Suka atau tidak, kerajaan India terpaksa mengupah orang lain. Skop kerja sebenarnya mudah: buat bunyi langur (entah apa yang ditulis dalam resumé nanti).

Punca Monyet Berkampung Di Tempat Awam

Kumpulan 40 orang ini perlu bersembunyi di sebalik pokok terlebih dahulu. Apabila monyet semakin berkelompok, barulah mereka keluar – memekik bunyi langur dengan kuat, hingga monyet-monyet ini lari bertempiaran (BBC, 2014). Cuma mereka tidak perlu berpakaian seperti langur.

Selama ini pun mereka berkemahiran dalam lakonan pentas sebagai beruk (Anand, 2014). Jadi kemahiran sedia ada sedang diguna pakai demi negara yang sedang menghadapi musibah 40,000 monyet tanpa kawalan.

Gejala monyet ini terlalu serius sampai menjadi sebahagian daripada manifesto politik (Menon & Kataria, 2018).

Inilah contoh yang mana ahli politik membuat kerja lagi teruk daripada monyet. Sekurang-kurangnya monyet berleluasa mendapat makanan. Ahli politik membuat masalah saja. Asalnya monyet tenang di dalam habitat asal.

Tetapi bandar raya India berkembang terlalu pesat, hingga menjejaskan tempat tinggal monyet. Kekurangan makanan, mereka terpaksa berkampung di tempat awam, sambil menjejaskan potensi tempatan.

Mungkin bahasa yang monyet faham.

Mereka mengganggu ketenteraman. Mereka mencuri makanan. Mereka menyer.ang orang.

Dan satu bandar kadangkala menjadi mang.sa keadaan, kerana monyet-monyet ini mengunyah kabel fiber optik yang tergantung di tebing Sungai Ganga.

Memang dasar monyetlah, lari bertempiaran apabila agen langur membuat bunyi… tetapi kembali setelah mereka semua pergi.

Cara Sebenar Menangani Gejala Monyet

Haiwan tidak mempunyai akal untuk mengetahui baik buruk. Ilmunya terbatas dalam bentuk fitrah. Ia hanya bertindak atas dasar cari makan. Ia tahu makanan elok dan busuk atau basi. Semuanya berdenyut mengikut naluri. Jika berasa ingin makan, ia tidak kisah jika makanan tersebut halal (bukan dicuri).

Jadi masalah mereka perlu dicegah menggunakan fitrah juga. Fitrah ini perlu dikenal pasti terlebih dahulu, melalui pengetahuan saintifik tentang cara hidup mereka.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Monyet mempunyai jangka hay.at yang singkat. Seekor monyet dijangka boleh hidup selama 27 tahun sahaja. Jika hidup di liar, jangka hay.at mereka hanya 15 tahun kerana terdedah dengan segala penyakit.

Membµnµh monyet ialah satu tindakan yang tidak beretika. Tetapi memµtµskan rantaian populasi mereka menunjukkan potensi penyelesaian masalah, asalkan dibuat dengan teliti untuk mengelakkan kepµpµsan kawasan.

Seorang saintis bernama S.M. Mohnot mencadangkan kaedah pemandµlan kepada pihak kerajaan untuk mengurangkan populasi monyet dalam jangka panjang.

RUJUKAN:

AFP. (2019, Mei 25). 40% of India’s MPs face (ditapiskan) charges, including (ditapiskan) and (ditapiskan): Study. The Straits Times.

Anand, A. (2014, Ogos 1). Indian parliament hires monkey impersonators to restore order. The Guardian.

BBC. (2014, Ogos 2). India employs 40 mimics to scare off parliament monkeys.

CBS. (2007, Oktober 22). Indian Official (ditapiskan) After Monkey (ditapiskan).

Menon, M., & Kataria, S. (2018, Disember 11). Monkeys run (ditapiskan) in India’s corridors of power. Reuters.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.