Sekarang tular cerita pasal Bon Odori yang bakal dianjurkan di Malaysia. Ramai menyatakan rasa kesal melihat orang Melayu turun menyertai sekali. Mereka berhujah pada landasan agama, khususnya mengenai “barangsiapa yang cuba menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” Jadi kami mengambil kesempatan ini untuk bercerita tentang asal-usul Bon yang semakin hangat menjadi perbualan umum. Pada penghujung rencana ini, semua boleh buat kesimpulan sendiri tentang majlis yang dibincangkan.

Pada dasarnya, Bon adalah sebuah majlis Jepun – sebuah bangsa yang sangat kaya dari segi kebudayaan. Terlalu kaya sampai mereka mempunyai tiga hari berbeza untuk menyambut Bon. Macam ini ceritanya. Jepun pada zaman dulu mengamalkan sistem monarki kebangsawanan. Maharaja tiada kuasa mutlak, yang dipegang bangsawan seperti shogun. Sistem ini diubah semasa pemerintahan Mutsuhito (Meiji), yang menghembuskan bau pemodenan di Jepun. Salah satu harga yang dibayar Jepun adalah nilai kebudayaan.

Sesi berdoa supaya roh tidak disiksa.

Selama ini Jepun menggunakan kalendar qamari (lunar calendar). Meiji mengubah ikut sistem kalendar suria (Gregorian calendar). Bukan semua orang setuju. Ada yang sambut Shichigatsu Bon (Bon bulan Julai). Ada yang sambut Hachigatsu Bon (Bon bulan Ogos). Dan ada yang sambut Kyu Bon (antara 8 Ogos hingga 7 September). Ini kira pertembungan zaman moden dengan budaya tradisional yang diilhamkan adat Buddhisme dan Confucianisme.

Tidak kira bila tarikhnya, tujuan Bon kekal sama: menghormati roh nenek moyang yang sudah lama meninggal dunia. Jadi pada hari Bon, keluarga akan menziarah kubur dan roh pula akan menziarah mazbah keluarga (Cain, 2019). Ini yang mencetuskan perbualan. Sebab ada unsur keagamaan yang asing dengan Islam. Namun itu adalah Bon. Apakah Bon sama dengan Bon Odori?

Tarian Berpohon Bon

Semua sudah tahu agaknya Bon Odori adalah tarian. Kalau ikut budaya Nenbutsu, tarian pada hari Bon (Bon Odori) mengalu-alukan kedatangan roh si mati. Cara sambutannya berbeza mengikut tempat. Setiap tempat pula ada muzik tersendiri yang berspiritual dengan cara masing-masing. Bandar Hokkaido guna lagu Soran Bushi. Bandar Tokyo guna Tokyo Ondo. Dan sebagainyalah. Melalui persembahan ini, penari-penari Bon menunjukkan sejarah bandar sekali. Bandar Kyushu tunjuk tarian dengan pergerakan mengorek tanah, menolak troli dan memegang tanglung – tiga benda yang dibuat pelombong (miner) sempena Lombong Arang Batu Miike.

Bergendang semasa Bon Odori Jepun (jetalone/CCBY-2.0).

Walaupun mengabadikan sempena sejarah dan kerja, mereka masih beradablah. Kalau satu bandar terkenal dengan gusti, memang tidaklah menari bertumbuk bagai. Kenyataan ini bukan satu penghinaan atau sindiran terhadap bangsa Jepun. Semua kena faham – Bon Odori sudah tembus keluar daripada Jepun.

Pengaruh Bon Odori Di Dunia

China, Korea dan India mempunyai variasi tersendiri untuk mempersembah perayaan seperti Bon. China menganjurkan Perayaan Zhongyuan/Yulanpen. India membuat Pitri Paksha, iaitu 16 hari penganut Hindu menghormati nenek moyang mereka melalui makanan. Korea mempamerkan versi Baekjung, siap tarian bertopeng lagi. Namun ini adalah variasi. Macam Aidilfitri – Melayu sambut dengan bakar lemang; Turki sambut dengan manisan tradisional; khabarnya ada kanak-kanak Amerika pergi rumah ke rumah berzanji atau membaca surah pendek (macam Christmas Carol yang diIslamkan). Bagi yang tidak faham Christmas Carol, ingat macam mana Mr. Bean bawa coklat untuk budak-budak menyanyi. Habis menyanyi saja, beliau tutup pintu tanpa beri coklat.

Pengaruh Bon Odori menembusi sempadan luar ibaratkan “bakar lemang” tetapi di Canada. Dan Bon Odori sampai di Malaysia, dipercayai hasil usaha Pertubuhan Imigran dan Expatriate Jepun.

Poster undangan Bon Odori.

Walau bagaimanapun, kepekatan Buddhisme dalam Bon Odori Malaysia sudah dikurangkan supaya lebih selaras dengan budaya kebangsaan (NSMG, 2016). Kurang tentang agama. Tebal pada tradisional bangsa. Dari segi hukum, benda ini biar alim ulama menjawab. Sebagai umat marhaen, apa yang bukan warisan baginda SAW selagi tidak ada kena mengena dengan agama lain (Hari Lahir misalnya) – baik elakkan.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

RUJUKAN:

Cain, C. (2019). Attunement: Living in Harmony with Nature. Wipf and Stock Publishers. Halaman 88.

NSMG. (2016, Ogos 23). Byodo-In Temple Celebrates Ancestors During Its 2016 Obon Festival.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply