Apa Bezanya Israel Dan Zimbabwe?

0
4383
views

Sesiapa yang lahir ketika 1980-an mungkin terlepas pandang betapa kerdilnya Israel di pentas dunia. Kemana-mana sahaja Israel pergi, mereka ditertawakan dan diperlekehkan. Sebuah negara yang baru merdeka memerlukan sahabat-sahabat untuk mengukuhkan kedudukan. Dan Israel membuat permulaan yang buruk dengan konflik bersama jiran-jiran kaya. Mereka berpaling kepada Amerika Selatan. Namun delegasi mereka hanya dapat menawarkan barangan remeh seperti buah-buahan dan gigi palsu.

Itulah Israel ketika dahulu. Tetapi pada hari ini, kisah lain pula bermain di akhbar. Tetapi pencapaian mereka tidak berlaku sekelip mata, jauh sekali kerana dana-dana yang disalurkan oleh Amerika Syarikat. Hakikatnya, Amerika Syarikat menyalurkan banyak dana di negara-negara lain. Jauh sekali mereka berkembang menjadi Israel. Pada 1984, ekonomi Israel layak disekutukan dengan Zimbabwe kini. Selepas Perang Ramadhan (Yom Kippur) pada 1973, kerajaan Israel bertindak untuk tingkatkan perbelanjaan.

Tetapi petadbiran Golda Meir dan Yitzhak Rabin bocor akibat ketirisan. Bank Negara Israel mencetak wang tanpa kawalan. Apa yang berlaku adalah inflasi yang menggila, dengan kos sara hidup melambung ke tahap negara-negara Afrika moden. Bila keyakinan dalam ekonomi lenyap, para pelabur mula melarikan diri. Dan status Israel yang mempunyai hutang luar negara dijadikan tanda tanya.

Berbeza bukan dengan keadaan sekarang?

Tahun 1985 adalah “turning point” yang menjaminkan kedudukan Israel pada hari ini. Kehebatan dari segi ketenteraan bermula daripada buah fikiran Yizhak Modai dan Michael Bruno. Gandingan mereka menghasilkan program yang berjaya menurunkan inflasi besar Israel. Pada asalnya, inflasi yang dianggarkan akan mencecah 1000% berjaya diturunkan pada 20% dalam masa dua tahun. Parlimen Knesset meluluskan rang undang-undang yang memotongkan perbelanjaan kerajaan (sekaligus mengimbangkan defisit kepada kutipan).

Waqaf Saham

Percetakan wang pula dihadkan, dan akibatnya, matawang Shekel susut nilai. Dengan kesatuan-kesatuan buruh yang ada, Israel menggerakkan kearah kapitalisme, sambil mementingkan nasionalisme. Disiplin dalam kalangan rakyat dikukuhkan dengan program ketenteraan. Seketika ramai yang berusia 19 tahun di serata dunia selesa di rumah, anak-anak muda Israel diletakkan di medan perang dengan apa-apa jua kerja pun. Sebab itulah ada dalam kalangan ahli politik Israel telah merasai kehilangan adik-beradik. Contohnya, Benjamin Netanyahu sendiri kehilangan abangnya dalam misi di Uganda.

Lima tahun selepas Program Kestabilan Ekonomi Israel, berlaku satu kejadian yang ibaratkan rezeki. Kemusnahan blok komunisme sekitar 1990-an menyaksikan perpindahan besar-besaran para Yahudi daripada Kesatuan Soviet. Dinafikan Amerika Syarikat, mereka memilih Israel. Dan dalam masa tujuh tahun, seramai 710,000 imigran membeli rumah dengan simpanan negara asal. 60% daripada bilangan ini mempunyai pendidikan tinggi pula. Mereka kemudian mencari dan membina peluang pekerjaan, yang membantu kerajaan dari segi cukai dan sokongan perniagaan tempatan dan pasaraya besar.

Maka datangnya jurutera, pengurus, profesor – mereka memenuhi prasyarat kejayaan iaitu bangsa yang diciptakan untuk pergaulan. Hasilnya, Israel mendapat keuntungan anggota dan otak. Seketika kematian Kristian dikatakan punca Barat merudum, Israel berpegang teguh kepada agama. Apa yang berlaku sebenarnya tidak begitu jauh dengan apa yang cuba dilakukan Islam. Namun Israel juga mempunyai kelemahan, apabila negara tersebut berkabilah dengan bangsa.

Israel sangat terdesak untuk memastikan Yahudi kekal sebagai majoriti. Sebab itulah mereka tidak mampu mengambil Tebing Barat dan Semenanjung Gaza tanpa merancakkan program-program perumahan haram. Namun, kadar kesuburan wanita-wanita Arab meskipun ditekan ekonomi terbukti berjaya menangkis usaha mereka. Pada awal 2000-an, jurang antara kadar kelahiran Arab dan Yahudi sangat jauh. Namun, atas insentif-insentif diskriminasi Israel, ibu-ibu Yahudi bertambah lebih-lebih lagi apabila kerajaan Israel menganggap perkahwinan campur ibaratkan pengkhianatan kepada negara.

 

 

Previous articleKerajaan Chakri Atau Kerajaan Rattanakosin?
Next articleDikepung Antara Helang dan Beruang: Balasan Dosa Jepun Ketika Perang Dunia Kedua
Meskipun sibuk dengan perniagaan restoran, Ahmad Faezal tetap merupakan pengikut setia astronomi, geologi dan sejarah yang telah menjadi sebahagian daripada minat bervariasi beliau. Beliau juga mengimpikan bahawa dalam masa seratus tahun, bangsa Melayu mampu melibatkan diri dalam bidang aeroangkasa, seiringan dengan bangsa-bangsa lain. Namun, asas kepada kejayaan ini terletak kepada empat huruf utama iaitu ILMU.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here