Apa Beza White House, Capitol Dan Pentagon?

1,239

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Baru-baru ni. Amerika Syarikat digemparkan dengan penc3robohan sekumpulan peny0k0ng Presiden Trump ke Bukit Capitol sebagai tanda protes terhadap kekalahan Donald Trump semasa Pilihanraya Presiden tempoh hari. Kalau sebut je pasal Amerika, mesti akan ada White House, Capitol atau Pentagon.

Jadi apa beza White House, Capitol dan Pentagon sebenarnya?

Sebelum tu penulis ingin menerangkan bagaimana sistem di kebanyakan negara pada hari ini. Umumnya, setiap negara mempunyai 3 bidang pengasingan kuasa, iaitu :- Executive (Eksekutif), Legislatif (penggubal undang-undang) dan Judisiari (Kehakiman).

Bidang pengasingan kuasa ini diadakan kerana untuk melicinkan pentadbiran Di samping itu, ia juga adalah untuk mengelakkan berlakunya salah guna kuasa yang akan menyebabkan masalah yang lebih besar seperti korupsi, tirani dsb.

White House

White House

White House merupakan kediaman rasmi bagi Ketua Eksekutif di Amerika Syarikat. Senang cerita, pejabat Presiden lah. Selain dari kediaman Presiden, White House juga menempatkan Oval Office, pejabat rasmi Presiden Amerika Syarikat.

Kalau di Malaysia, kira White House ni macam Seri Perdana la yang terletak di Putrajaya manakala Bangunan Perdana Putra merupakan pejabat rasmi Perdana Menteri.

Pentagon

Kalau kita selalu tengok filem-filem Hollywood yang bercorakkan aksi atau per1s1kan, mesti arahan tu ada kena mengena dengan Pentagon. Tapi apa sebenarnya Pentagon ni?Pentagon merupakan ibu pejabat bagi Pertahanan Amerika Syarikat (United Departments Of Defense) . Oleh kerana jumlah pekerjanya melangkaui 2 juta orang, jadi sebuah pejabat perlu diwujudkan. Tambahan pula, untuk mengekalkan Amerika sebagai adikuasa dunia, Pentagon amat diperlukan sebagai imej bagi pertahanan Amerika Syarikat.

Kalau di Malaysia, kira macam Kementerian Pertahanan lah yang berpusat di Padang T3mb4k, Kuala Lumpur. Sewaktu insiden 9/11 tempoh hari, Pentagon telah dijadikan sebagai salah satu dari sasaran dan mengalami kerosakan setelah dil4ngg4r oleh pesawat.

The Capitol

US Capitol

 

Bangunan yang menjadi perhatian sejak akhir-akhir ini fungsinya ialah sebagai tempat legislatif menggubal undang-undang dan bersidang. Kalau di USA mereka ada United State Congress. US Congress mengamalkan bicameral system.

Bicameral system adalah sistem dua house, ada lower house (house of representative) dan upper house (senate). Macam di Malaysia pun kita practice bicameral system, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.  Ada juga sesetengah negara menggunakan konsep satu dewan sahaja, iaitu Unicameral seperti Iraq dan Venezuela.

Senate USA

Kesimpulannya, setiap bangunan iaitu White House, Pentagon dan Capitol merupakan tempat yang berbeza berdasarkan fungsi-fungsinya yang tersendiri. Jika White House sinonim dengan Presiden Amerika, Pentagon pula sinonim dengan pertahanan negara itu manakala Capitol merupakan tempat ahli Senat menggubal dasar i.e bertekak.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.