Eh, ni nak panggil UK ke England? Great Britain ni apa pulak? Niall Horan ni dari UK ke Ireland?

Pastinya ramai yang tertanya tanya tentang persoalan di atas. Saya kongsikan sedikit pembacaan saya tentang perbezaan tersebut.

Kita mulakan dengan United Kingdom atau singkatannya UK.

UK merupakan sebuah negara yang berdaulat yang merangkumi England, Wales, Scotland dan Utara Ireland. Mesti susah nak faham lagikan?

UK ditubuhkan pada tahun 1707 menerusi Act Of Union, namun nama UK diambil selepas tahun 1801 selepas kemasukan Ireland.

Great Britain pula kepulauan atau tanah besar yang didiami 3 negara iaitu England, Scotland dan Wales.

Nama Britain diambil dari perkataan Roman, iaitu Britannia. Terdapat 2 konflik yang menyebabkan terdapatnya perkataan “Great” di hadapan Britain. Yang pertamanya ialah disebabkan mahu membezakan sebutan sebuah kawasan di Perancis iaitu Brittanny. Kedua, ia disebabkan ego Raja James I yang mahu menyatakan bahawa baginda bukan sahaja raja kepada ‘Old Roman Britain’ tetapi raja kepada keseluruhan pulau, lalu menggelarkan beliau sebagai ‘King Of Great Britain’.

England merupakan sebuah negara seperti Wales dan Scotland. England merujuk kepada sebuah negara, tetapi ia bukan sebuah negara yang berdaulat. England merupakan sebuah negara terbesar di dalam UK dari segi keluasan mahupun populasi. England merupakan nadi kepada UK dan kota London merupakan ibu negara kepada UK.

Oleh sebab itu, England seringkali dianggap (walaupun salah) sebagai UK secara keseluruhannya.

Secara konklusinya, dapatlah kita rumuskan bahawa:

1. UK merupakan sebuah negara yang berdaulat yang terdiri daripada England, Scotland, Wales dan Utara Ireland.

2. Great Britain merupakan sebuah tempat/pulau yang menempatkan England, Scotland dan Wales.

3. England merupakan sebuah negara dibawah United Kingdom.

KENAPA FIFA WORLD CUP ATAU EURO TIDAK BERTANDING ATAS TIKET UNITED KINGDOM ?

Hal ini disebabkan pertubuhan bola sepak (FA) telah ditubuhkan dan ia berkembang secara berasingan pada akhir tahun 18-an. FIFA telah ditubuhkan pada tahun 1904. Secara ringkasnya, FIFA telah bersetuju untuk membenarkan negara dibawah UK bermain di perlawanan antarabangsa secara berasingan.

England seperti yang kita tahu negara yang paling sukses di antara negara UK yang lain diperingkat antarabangsa.

Kredit gambar: newsthump.com

MACAM MANA PULA DENGAN SISTEM PEMERINTAHAN UK?

Secara ringkasnya, UK ditadbir oleh sistem berparlimen yang berpusat di London. UK juga merupakan sebuah negara yang berdasarkan Raja Berpelembagaan. Sama seperti Malaysia.

Setiap negara dibawah UK akan ditadbir oleh Menteri yang dilantik dan berpusat di tempat masing masing. Lebih kurang macam Menteri Besar atau Ketua Menteri jika di Malaysia. Cuma England sahaja tidak memiliki sistem pemerintahannya sendiri kerana ditadbir secara terus oleh kerajaan United Kingdom (lebih kurang seperti Wilayah Persekutuan jika di Malaysia)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan seorang penulis, markerter dan pemerhati bebas yang sering kali berkongsi pendapat dan info di media sosial. Pemilik salah sebuah agensi pemasaran media yang ada di Malaysia dan seorang usahawan yang sedang menceburi pelbagai cabang perniagaan. Impian terbesarnya adalah untuk membantu ummah untuk maju bersama, kerana beliau yakin itu salah satu cara berjihad demi bangsa, agama dan negara.

Comments are closed.