“Rakyat Turki yang mendirikan Republik Turki, disebut sebagai Türk milleti (Turkish nation/bangsa Turki)” — Mustafa Kemal Ataturk

Istilah ‘Turk’, pada konteks moden adalah perkataan Inggeris untuk merujuk kepada orang yang menyebut diri mereka sebagai seorang ‘Türk’. Tetapi pada dasarnya istilah atau nama ini dianggap pertama kali digunakan oleh orang-orang Proto-Mongolik dari suku etnik Hsien-pi di Asia Tengah.

Ia digunakan oleh suku Hsien-pi untuk merujuk kepada sekelompok golongan elit terkemuka dari suku-suku Konfederasi Hun yang tinggal di sekitar kawasan antara Sungai Ural dan Gunung Altai (wilayah yang disebut sebagai Tamadun Scythia oleh orang Yunani).

Manakala, perkataan Turk dikesan kali pertama digunakan sebagai nama untuk sebuah entiti politik ketika zaman kerajaan Türk Khaganate yang bermula di Gunung Altai pada pertengahan abad ke-6 yang kemudiannya dikenali sebagai ‘Köktürk’ (Gokturk Khaganate).

Empayar Goturk.

Gokturk Khaganate atau Empayar Gokturk ini dipersetujui oleh para sejarawan Turkologi sebagai kerajaan berdaulat bangsa Turk yang pertama di dunia. Tamadun China dan Yunani juga didapati turut menggunakan perkataan yang sama iaitu “Turk” berdasarkan sistem abjad masing-masing.

Setelah runtuhnya Empayar Türk Kaghanate yang Kedua, zaman pergolakan yang besar menyebabkan berlaku penyebaran dan penghijrahan besar-besaran suku dari pecahan empayar Gokturk di sekitar Asia Tengah.

Akhirnya hari ini mereka telah membentuk pelbagai negara berdasarkan identiti budaya bangsa Turkik yang dimulakan melalui proses migrasi dan asimilasi campuran etnik baru di sepanjang perjalanan mereka.

Hasilnya, masing-masing pecahan ini akhirnya membentuk variasi suku kaum dengan nama yang berbeza, namun memiliki persamaan ketara dari segi bahasa, budaya dan pegangan agama.

PERSOALAN TENTANG ASAL USUL OGHUZ TURK

Di antara kumpulan-kumpulan Turkik yang bermigrasi ini ialah Konfederasi Oghuz, mereka bergerak mengikut laluan pinggir laut Caspian menuju ke semenanjung Anatolia di mana mereka kemudian bergaul dan bercampur dengan kumpulan etnik tempatan, akhirnya mewujudkan bangsa ‘Turki’ (Turkish) dan mengangkat dialek Oghuz Turkic mereka sebagai bahasa Turki.

Antara fakta penting yang harus diketahui ialah orang Turki tidak pernah “ethnically homogenous” atau tidak memiliki susurgalur keturunan yang sama secara langsung dengan orang Turkik sejak awal permulaan sejarah mereka. Orang-orang Turk Oghuz dari awal lagi tidak pernah kelihatan atau memiliki ciri-ciri fizikal Asiatic-Mongoloid pada asalnya. (bermata sepet, berkulit kuning langsat)

Cabang Turk Oghuz, Kipchak dan Karluk memiliki sifat antropologi suku Yörük moden Anatolia yang yang sempurna, suku ini juga dikenali sebagai salah satu pecahan genetik masyarakat dari cabang Turk Oghuz.

Menurut beberapa penelitian antropologi Rusia, orang Turk nomadik memiliki lebih banyak ciri-ciri ciri Europid semenjak kira-kira abad ke-6 hingga abad ke-9. Teori yang menegaskan bahawa bangsa Turk yang asli mestilah memiliki rupa fizikal Asiatik seperti Mongol dan bermata sepet adalah sekadar kenyataan bersifat politik.

Fakta lain yang tidak boleh dipertikaikan adalah bahawa catatan sejarah kontemporari tidak mengemukakan sebarang bukti mengenai proses asimilasi yang sistematik, atau masyarakat Kristian dipaksa memeluk Islam di Anatolia.

Agama, bahasa, budaya, dan tradisi kaum-kaum minoriti bukan Islam terselamat dan terpelihara walaupun hidup di bawah pemerintahan bangsa Turki selama hampir satu milenium, kerana orang Turki sentiasa menjadi elemen dominan secara demografi dan mendominasi kelas pemerintah di Anatolia, ia seperti sudah ditakdirkan, tuah bangsa Turki nampak di Anatolia.

Atas sebab ini, orang-orang Eropah Barat mula memanggil wilayah Anatolia sebagai “Turkey-Turchia”, yang bermaksud tanah orang Turki, sejak seawal abad ke-12. Jadi, tanah itu telah lama dinamakan bersempena nama sebuah etnik secara tidak langsung.

Ringkasnya, ‘Orang Turkik’ hari ini adalah “Orang Türk yang tersakiti” kemudian tersebar melalui proses etnogenesis sepanjang milenium yang melahirkan pelbagai bangsa yang saling berkait, dan keturunan sub-kelompok tertentu yang bernama Oghuz, dan berasimilasi dalam skala besar dengan genetik Mediterranean, kini bangsa ini menggunakan kata istilah Türk sebagai nama kebangsaan mereka.

SALAH FAHAM TENTANG ISTILAH TURKIC

Istilah “Turkic” adalah sejenis idea atau konsep buatan yang dicipta pada zaman moden secara politik, ia dicipta oleh para ahli bidang Turkologi dari Kesatuan Soviet.

Joseph Stalin, diktator Kesatuan Soviet ingin memecahbelahkan kesatuan orang Turki selama-lamanya. Dia melaksanakan dasar pemisahan budaya dengan membayangkan sebuah Republik artifikal di atas peta, dan masing-masing menjadi sebahagian daripada wilayah Kesatuan Soviet, seperti Uzbekistan dan Azerbaijan.

Orang Rusia memberikan nama yang berbeza kepada setiap pecahan bangsa Turk yang dibawah pengaruh mereka. Oleh itu, politik Rusia lebih terkenal sebagai kuasa pemisah.

Budaya yang berbeza diterapkan ke atas setiap republik “Turkik” ini. Budaya, huruf dan abjad ditukar untuk memecahkan kesatuan, bahkan kesannya masih boleh dilihat hingga hari ini melalui sempadan-sempadan Stalin yang memisahkan bangsa Turk.

Dengan kata lain, Kazakh, Uzbek, Azerbaijani, Kyrgyz, Turkish (Anatolia), Turkmen, Altai atau Bashkurt, mereka semua ini secara kolektif hanyalah orang Turk.

Setiap pecahan suku kaum ini memiliki dan berkongsi sejarah, asal usul, budaya, dan bahasa yang sama. Keluarga linguistik dan etnologi yang disebut “Turkic” merupakan catatan pertama yang diketahui tentang orang Turk dan berusia satu milenium lebih tua daripada konsep moden.

Hari ini, istilah Turkic lebih sinonim dikaitkan dengan istilah etno-linguistic yang melibatkan pecahan kaum yang berbeza-beza tetapi bertutur dalam satu kumpulan keluarga bahasa yang sama iaitu bahasa “Turkic”.

KAUM MINORITI MAMPU MENDOMINASI POPULASI

Tradisi negara dan asal-usul bangsa Kazakh bermula dengan kaum Hun secara teorinya, Setelah kaum Hun, tibalah zaman Empayar Göktürk, Setelah Göktürk, bangsa Mongol bangkit menakl*k sepertiga dunia.

Kemudian muncul era Pax Mongolica yang menyaksikan proses asimilasi dan pertukaran budaya besar besaran berlaku, secara beransur-ansur membentuk Kazakhstan yang merdeka pada zaman moden ini. Ini menjelaskan bahawa suku Kazakh tidak muncul dengan begitu sahaja tanpa sebab.

Sebaliknya, menurut bancian penduduk pada tahun 2006, struktur etnik Turki ditunjukkan seperti berikut:

-Turki 90%
-Kurdi 7%
-Zaza 1%,
-Arab 1%
-Circassian 0.3%
-Laz 0.2%
-Lain-lain 0.4%.

Berdasarkan angka-angka ini, ia menunjukkan bahawa satu-satunya kumpulan etnik minoriti dengan jumlah populasi yang besar dan boleh mempengaruhi struktur etnik secara umum, adalah orang Kurdi.

Dalam laporan lain yang dikemukakan oleh Suruhanjaya EU pada tahun 2005 yang bertajuk “Europeans and Languages”, 93% penduduk Turki menyatakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa Turki. Justeru, menyuarakan ‘klaim’ seperti “terdapat 24, 36, atau bahkan 47 etnik di Turki” dengan memanipulasi fakta dan angka juga merupakan usaha yang bermotifkan politik.

SOLUSI MENURUT MUSTAFA KEMAL

Istilah “Turkishness-Türklük” digambarkan sebagai “mempunyai hubungan kewarganegaraan dengan Negara Turki” dalam perlembagaan Turki. Mustafa Kemal Atatürk, pengasas Republik Turki moden, juga menggambarkan konsep kebangsaan melalui perlembagaannya sebagai berikut:

“Rakyat Turki yang mendirikan Republik Turki, disebut sebagai Türk milleti (Turkish nation/bangsa Turki)”

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, istilah “Türkiyeli / dari Turki” dicipta dan dilaksana berdasarkan pendapat awam. Sebagai contoh, kita tidak mungkin dapat melihat definisi seperti “seseorang dari Jerman, Perancis, atau Britain” sebagai mewakili satu nama bangsa secara kolektif dalam perlembagaan negara-negara Eropah ini.

Oleh itu, tidak hairanlah seorang warganegara Republik Turki sentiasa dirujuk sebagai “orang Turk”, yang merupakan unsur dominan dan tiang pendiri negara bangsa itu.

Secara ringkasnya, seperti yang sering kita baca di laman sesawang perbincangan tamadun seperti Quora dan platform yang sewaktu dengannya, anggota dari mana-mana negara tertentu, dan bahkan seorang yang bukan berbangsa Turki tetapi memiliki kewarganegaraan Turki berusaha sedaya upaya untuk membuktikan bahawa orang Turki tidak wujud atau tidak asli.

Tetapi ketika mereka melakukannya, kebiasaannya mereka gagal meneruskan perbahasan ke satu titik penemuan baharu, mereka biasanya akan merosakkan perbincangan dengan “membawang” tentang isu-isu gosip dan politik semasa.

Perkataan “Turkic” merupakan konsep buatan yang direka ahli Turkologi Soviet untuk memisahkan negara-negara “Turkic” berdasarkan identiti dan bahasa sebagai sebahagian daripada proses asimilasi secara sistematik yang dilaksanakan oleh Republik Kesatuan Soviet.

Strategi ini, yang boleh dikatakan berjaya sampai ke batas tertentu, diselesaikan ketika menjelang akhir dekad 1930-an setelah melakukan penindasan luar biasa terhadap pemimpin ideologi dan intelektual yang hanya menyebut diri mereka sebagai orang Turki, dan bahasa mereka sebagai bahasa Turki.

Malahan, 20 jenis bahasa “Turki” yang berbeza dihasilkan untuk membezakan identiti negara-negara Turkik di bawah cengkaman Soviet dan lagi menggunakan satu bahasa sastera umum.

Peralihan dari tulisan Arab ke abjad Latin bertujuan untuk menguatkan lagi pemisahan identiti dan juga untuk menjauhkan rakyat Turk Azerbaijan dengan rakyat Turkistan dari pengaruh bangsa Turki di Anatolia. Namun reformasi bahasa oleh Mustata Kemal Atatürk pada tahun 1928 mengakibatkan usaha tersebut menemui kegagalan.

Sebelum akhir tahun 1930-an, sistem tulisan Cyrillic diserap terhadap bangsa Turkik. Karakter yang berbeza disesuaikan pada setiap bahasa sastera Turkik untuk sebutan perkataan yang serupa. Pada mulanya, perkataan “Turkic” jarang digunakan oleh sumber Barat dan Inggeris. Selepas separuh kedua tahun 1970-an, ia mula digunakan secara meluas ketika Per*ng Dingin sedang berlangsung.

Jadi, perkataan “Turki” mewakili status kewarganegaraan dan kebangsaan orang yang tinggal di Turki tanpa mengira agama dan etnik. Seperti yang dijelaskan oleh Mustafa Kemal Atatürk, “Rakyat yang mendirikan negara Republik Turki disebut sebagai bangsa Turki”, yang masih menjadi definisi yang sah hingga saat ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.