Menjadi kaya adalah idaman hampir setiap orang kerana kita dapat membeli pelbagai barangan dan membantu orang lain untuk terus hidup. Apa yang menjadi masalah adalah ramai beranggapan kejayaan itu diukur dari aspek kekayaan. Kalau tidak percaya, cuba buka media sosial dan nilailah sendiri. Anda boleh lihat seseorang yang mampu beli Honda Ketam second hand recon dianggap sudah berjaya.

Mentaliti beginilah yang banyak lahirkan fake rich sehingga masyarakat terpengaruh untuk jadi seperti mereka. Sampai satu tahap ada yang kata, tidak belajar pandai-pandai pun masih lagi boleh kaya. Sifat ini sangat bertentangan dengan real rich.

Jadi apa beza antara fake rich dan real rich?

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

1. Pengiktirafan

Kalau ada perasan, kebanyakan ponder-ponder yang wujud di Malaysia ini gemar tayang segala harta benda mereka kepada seluruh dunia. Manakala golongan-golongan seperti Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary dan Robert Kuok, kita tidak pernah tahu aset apa yang mereka ada.

Kepada ada perbezaan pula, padahal semuanya orang kaya. Jawapannya adalah fake rich memerlukan pengiktirafan masyarakat untuk menjadikan mereka kaya. Anda boleh lihat sendiri lambakan golongan ini di media sosial. Malah ada yang gunakan duit dan emas palsu demi justifikasi masyarakat terhadap kekayaan mereka.

Real rich pula tidak perlukan pengiktirafan daripada masyarakat kerana itu tidak memberi kesan kepada mereka. Orang tahu atau tidak tahu, mereka tetap jadi kaya.

2. Berbelanja Tanpa Ada Hari Esok

Golongan real rich sentiasa beranggapan berbelanja secara berlebihan adalah membazir. Hal ini kerana lebih baik mereka gunakan duit itu untuk tujuan pelaburan. Sebagai contoh, Warren Buffett yang menjadi antara manusia paling kaya di dunia masih lagi berjimat cermat dalam membeli makanan. Malah setia menggunakan kereta lama selagi mana tidak rosak.

Fake rich pula gemar menghabiskan ribuan ringgit dalam masa sehari hanya untuk berbelanja sahaja. Alasan yang selalu diberi adalah self reward sahaja.

3. Hidup Untuk Gaji

Disebabkan golongan fake rich ini mahu kelihatan kaya, mereka akan berbelanja sehingga menghampiri jumlah pendapatan. Pada mereka, tidak perlu risau kerana setiap bulan pendapatan mereka akan sentiasa konsisten. Tindakan ini akan menyebabkan fake rich tidak mampu menyimpan jika terjadi hal-hal yang tidak diingini.

Real rich seperti Ingvar Kamprad pula lagi gemar beli barang di bazar karat dan pasar malam kerana harga yang lebih murah. Jadi lebihan pendapatan boleh dijadikan simpanan dan pelaburan.

4. Pakaian

Fake rich akan cuba sedaya upaya mengenakan pakaian yang mahal bagi membuatkan masyarakat kagum kepada mereka. Tambahan pula, pakaian mahal pula akan membuktikan kepada dunia bahawa fake rich ini benar-benar kaya. Malah pernah ada yang kantoi memakai baju berjenama tiruan.

Bagi golongan real rich pula, pakaian ini tidaklah begitu penting tetapi tidak bermakna mereka sentiasa gemar pakai selekeh sahaja. Mark Zuckerberg hanya gemar pakai tshirt kelabu hampir setiap hari. Baru-baru ini, Elon Musk cuma pakai tshirt sahaja ketika berbincang dengan Jokowi berkenaan potensi Tesla di Indonesia.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

5. No Action, Talk Only

Dalam bahasa kasarnya, fake rich ini sukar sembang kencang kasi bimbang. Di media sosial, anda akan lihat terdapat beberapa individu yang gemar bercakap tentang rumah besar, sports car dan duit bertimbun-timbun. Anehnya, anda tidak pernah lihat sekalipun segala apa yang mereka cakap. Jika terjadi begitu, ada kemungkinan mereka hanya berbohong sahaja.

Sebagai contoh golongan MLM gemar bercakap tentang kereta adalah lambang kejayaan. Mereka sendiri akan tayang di media sosial bahawa kereta idaman sudah dimiliki. Padahal itu adalah kereta sewa yang bayarannya dikongsi sehingga 10 orang. Jadi selepas ini kalau nampak orang sembang kencang macam geng MLM, pijak sahaja mereka.

Kesimpulannya, menjadi kaya tidak salah. Tapi apa yang salah adalah anda terlalu try hard tayang kekayaan anda. Seharusnya anda perlu ubah pemikiran bahawa menjadi kaya adalah untuk membantu anak bangsa yang lain keluar daripada belenggu kemiskinan.

RUJUKAN:

Amirah. (n.d). Fake rich vs real rich: How to tell if someone is rich. Goody Feed. Dipetik daripada https://goodyfeed.com/heres-how-to-know-whether-someone-is-real-wealthy-or-is-just-faking-it/

Muller, C. (2020, Jun 2). How to identify the fake rich from the real rich. Money Mozart. Dipetik daripada https://www.moneymozart.com/how-to-identify-the-fake-rich-from-the-real-rich/

Wiki Smart. (n.d). How do i distinguish a fake rich vs real rich? Dipetik daripada https://wikismart.id/how-do-i-distinguish-a-fake-rich-vs-real-rich/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply