Moving Forward As One

Apa Akan Jadi Kalau Kita Tertukar Badan Dengan Orang Lain?

1,977

Menurut kajian, kalau kita bertukar badan dengan orang lain, personaliti, kepercayaan & identiti kita akan turut berubah dalam masa yang singkat. Tubuh fizikal & persekitaran sosial memberikan impak dalam pembentukan identiti. Berbeza seperti ditayangkan dalam fiksyen.

Kimi No Nawa adalah filem animasi yang cukup terkenal yang memaparkan dua watak iaitu Taki dan Mitsuha bertukar tubuh badan. Sejak dari awal sampai ke akhir, kita dapat lihat perubahan identiti dan personaliti yang tak begitu signifikan walaupun mereka bertukar tubuh.

Taki rasa kekok dan terus kekalkan kelelakiannya dalam tubuh Mitsuha. Mitsuha pun kekok dan terus kekalkan keperempuanannya dalam tubuh Taki.

Tetapi kajian yang saya lampirkan menunjukkan sebaliknya. Apabila bertukar tubuh, ia memberikan impak pada pembentukan identiti.

Pertukaran tubuh secara virtual dalam kajian cuma berjalan beberapa minit sahaja dan hasilnya menunjukkan perubahan yang begitu menakjubkan. Masing-masing merasakan mereka bukan lagi diri mereka sendiri tetapi mula berubah menjadi orang lain.

Tubuh fizikal dan persekitaran sosial ialah parameter penting dalam pembentukan identiti diri. Kalau kita dilahirkan sebagai orang kaya, identiti kita berbeza dengan mereka yang lahir dalam keluarga sederhana.

Begitu juga dengan rangkaian sosial kita.

Rangkaian sosial berbeza akan membentuk identiti yang berbeza. Rangkaian orang akademik akan membentuk identiti yang akademik, sama juga dalam rangkaian sosial dalam dunia industri, kesenian, korporat, politik dan sebagainya.

Tubuh badan fizikal memberikan pengaruh dalam darjah keyakinan, keceriaan, sekaligus memberikan impak bagaimana kehidupan kita berfungsi.

Orang yang melihat tubuhnya tidak cantik, biasanya mempunyai keyakinan yang rendah. Orang yang rasanya dirinya elok, keyakinannya tinggi.

Kenapa rangkaian sosial memberikan impak dalam pembentukan identiti diri? Sebab itu cara kita untuk beradaptasi supaya diri kita diterima & mudah untuk kita berfungsi. Kalau rangkaian pergaulan kita buruk, kita cenderung membentuk identiti buruk supaya tak terciduk dalam rangkaian itu.

RUJUKAN:

Tacikowski, P., Weijs, M. L., & Ehrsson, H. H. (2020). Perception of Our Own Body Influences Self-Concept and Self-Incoherence Impairs Episodic Memory. iScience, 101429.

Ruangan komen telah ditutup.