Baru-baru ini Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan peratusan pertumbuhan ekonomi negara iaitu KDNK (GDP) untuk suku yang ketiga tahun 2017 adalah sebanyak 6.2% akan tetapi banyak suara sumbang yang berkata apa yang tercatat tidak mencerminkan realiti ekonomi negara yang sebenarnya.

Pertama kalinya kita perlu tanam dalam pemikiran kita yang perkembangan ekonomi negara ini adalah secara menyeluruh yang mencerminkan jumlah nilai perbelanjaan yang terhasil dari semua barangan dan perkhidmatan dalam tempoh masa yang tertentu dalam sebuah negara.

Pengiraan ini sangat kompleks tetapi secara jika dilihat secara asasnya pengiraan boleh dilakukan melalui dua cara; dan secara logiknya kedua-dua langkah itu seharus mencapai kira-kira jumlah yang sama;

  • dengan menjumlahkan apa yang semua orang perolehi dalam satu tahun melalui pendekatan pendapatan dalam negara
  • atau dengan menjumlahkan apa yang dibelanjakan oleh semua orang melalui kaedah perbelanjaan dalam negara.

Maka dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.2%, ini telah menunjukkan yang perbelanjaan/pendapatan dalam negara telah meningkat sebanyak 6.2% untuk suku tahun yang ketiga tahun ini.

Jika pertumbuhan positif ekonomi negara ini dicemuh oleh penghuninya sendiri saya tidak boleh bayangkan jika angka pertumbuhan ekonomi ini menunjukkan yang sebaliknya iaitu MENGUNCUP bermaksud peratusannya adalah negatif, saiz ekonomi mengecil, perbelanjaan dan pendapatan secara menyeluruh dalam negara menurun.

Saya mengambill contoh unjuran ekonomi Malaysia pada tahun 1997/98 yang telah menguncup sebanyak -7.4% (sumber seperti dalam jadual dibawah) dan apakah yang telah dialami oleh penghuni negara Malaysia pada ketika itu dengan angka yang negatif ini? Mari kita nilai dengan rasional;

(Sumber Bank Negara Malaysia Ekonomi 1998)

1. Kerajaan terpaksa membuat pinjaman jangka masa panjang dari Jepun yang bernilai USD2 billion melalui “New Miyazawa Initiative” untuk membantu masalah kekurangan dana yang serius untuk program pemulihan ekonomi pada ketika itu. Ini wawancara bersama News Strait Times pada Ogos 1998;

“Dr Mahathir telah berkata di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 1998 bahawa Malaysia sedang berusaha untuk meminjam USD 1 bilion sehingga USD 2 bilion dari Jepun, dengan mengatakan bahawa dia mahukan pinjaman itu dalam mata wang yen berbanding US dollar.”

2. Kadar faedah meningkat tinggi mencecah 15-18% dan ia semestinya telah memberi kesan kepada rakyat iaitu peminjam secara amnya dan banyak syarikat pengedar kereta telah gulung tikar dan penjualan kereta pada tahun 1998 telah merosot sebanyak 68.1%!.

Sekarang? Mengikut Malaysia Automotive Association (MAA) statistik penjualan kereta menurun hanya 1.8% manakala kadar pengeluaran telah meningkat sebanyak 4% perbandingan diantara Oktober 2016 dengan Oktober 2017.

“Jumlah jualan pada bulan November 2017 dijangka lebih tinggi daripada Oktober 2017 disebabkan oleh pelancaran model baru dan kempen promosi akhir tahun yang agresif.”

Myvi yang baru dilancar pada 16 November juga telah berjaya mengumpul tempahan sebanyak 5 ribu unit!

3. Pada ketika itu juga kerajaan terpaksa campur tangan dengan menubuhkan Danaharta untuk membantu institusi-institusi yang mempunyai masalah kewangan dan Danamodal pula untuk menyelamatkan bank-bank yang diambang muflis. Sekarang institusi perbankan seperti Maybank telah mencatatkan kenaikan keuntungan sebanyak 16.5% dan CIMB pula 43.7% untuk suku kedua tahun ini 2017!

4. Betapa kritikal sektor kewangan dan perbankan pada ketika itu dan bagaimana puluhan ribu rakyat telah hilang pekerjaan akibat dari syarikat yang telah gulung tikar dan penyusunan semula organisasi kesan dari krisis kewangan dan ekonomi negara. Secara tepat 75,716 orang telah diberhentikan kerja seperti dilaporkan pada November 1998 oleh Utusan;

“Lim berkata sejak awal tahun ini, 75,715 pekerja telah diberhentikan kebanyakannya kerana kemerosotan pasaran produk dan penyusunan semula organisasi serta penggulungan syarikat.”

Adakah kita semua ingin Malaysia mengulangi situasi sukar yang sama seperti tahun 1997/98 barulah kita ingin bersyukur atas kenikmatan yang ada di muka bumi Malaysia sekarang?

Betul akan terdapat golongan yang tidak dapat menikmati limpahan pertumbuhan ekonomi negara ini tetapi janganlah sesekali kita menidakkan pertumbuhan itu yang memberi nikmat kepada sebahagian besar penghuni Malaysia secara menyeluruh.

Persoalannya siapakah yang dapat mengubah supaya kita dapat menikmati peluang limpahan pertumbuhan ekonomi ini? Pergi lihat dalam cermin, ya orang dalam cermin itu yang boleh mengubahnya bukan Datuk Seri Najib Razak atau Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selamat menilai semua.

Sumber arkib kadar faedah 1998;

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0623&sec=Rencana&pg=ot_05.htm

Sumber arkib Danaharta;

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0610&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm

Sumber arkib kehilangan pekerjaan pada 1998;

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_01.htm

Sumber arkib jualan kereta 1998;

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=bs_03.htm

Statistik penjualan kereta Oktober 2017

http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/11/16/maa-expects-vehicles-sales-to-pick-up-in-november/#t2xDHjZyVsPDHWsY.99

Keuntungan Maybank dan CIMB Q1 2017

https://www.bharian.com.my/node/285956

https://www.bharian.com.my/node/286399

Fumitaka FURUOKA, May Chiun LO and Iwai KATO, Japan Foreign Aid Policy Towards Malaysia (2007)

News Strait Times, Japan looking into providing soft loans to Malaysia (20 Ogos 1998)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku masih lagi mencari identiti dalam disiplin penulisan ini dan berharap setiap penulisan aku ini dapat membuka benak pemikiran pembaca dan juga diri sendiri. InsyaAllah.

Leave A Reply