Apa akan berlaku pada dekad akan datang bermula dari tahun 2020? Berikut merupakan beberapa ramalan kasar.

Gaji pekerja yang statik, sara hidup yang tidak menentu bagi kelas miskin dan pertengahan, jurang kekayaan semakin tinggi, kerap berlaku rusuhan dan pemberontakan, perpecahan politik yang berterusan, lebih ramai golongan elit merebut kekuasaan yang terbatas dan juga golongan elit mencetuskan gerakan radikal.

Terima kasih kepada idea globalisasi, perkara-perkara ini tidak akan berlaku hanya pada satu dua negara, tetapi hampir satu dunia. Kita akan melihat kancah geopolitik yang membahagikan dunia kepada persekutuan-persekutuan dan blok-bok baru.

Kebarangkalian untuk peristiwa pencetus (trigger event) untuk berlaku berada pada tahap rendah hingga ke sederhana.

Peristiwa pencetus ialah peristiwa kejutan seperti krisis persekitaran, wabak dan kejatuhan ekenomi yang akan melahirkan peristiwa keganasan yang ekstrim.

Kebarangkalian agak rendah untuk kemajuan teknologi mengejar cetusan revolusi industri pada masa hadapan.

Ramalan ini bukan ramalan berasaskan andaian semata-mata. Ramalan ini dibuat berdasarkan peralatan dinamik-klio (cliodynamics) yang digunakan dalam perlbagai kajian peradaban sepanjang 5,000 tahun untuk melihat corak matematik dalam sejarah manusia.

Salah satu cabang dinamik-klio ialah teori struktur-demografi (demographic structural) yang menjelaskan kitaran lazim bagi kemajuan dan kejatuhan suatu tamadun. Mari kita memahami contoh kitaran penuh (full cycle) dari sejarah Rom.

Setelah perang Punic kedua pada tahun 201 SM, republik Rom mengalami kemajuan dan kekayaan yang tinggi. Jurang kekayaan antara kaya dan miskin begitu kecil. Jumlah golongan elit juga sangat kecil.

Apabila populasi meningkat, pemilik tanah kecil terpaksa menjual ladang mereka.

Tanah-tanah kecil bergabung menjadi ladang besar yang dikelola oleh golongan elit dan pekerjanya dalam kalangan hamba.

Golongan elit meningkat, jurang kekayaan bertambah lebih besar, orang biasa menjadi semakin tersepit dan ramai orang kaya tidak mempunyai kuasa pemerintahan.

Apabila orang kaya diminta untuk melakukan referomasi ke atas tanah-tanah, mereka menolak. Seterusnya, golongan elit berpecah menjadi dua blok iaitu Optimates dan Populares.

Kurun berikutnya telah mencetuskan pemberontakan hamba dan perang saudara. Kestabilan muncul semula setelah Augustus menewaskan semua penentangnya pada 30 SM dan mengakhiri pemerintahan berbentuk republik. Akhirnya, kitaran membangun (growth cycle) yang baru pun bermula.

Teori struktur-demografi melihat ekonomi, kekuatan politik negara, umur dan pemilikan populasi, serta saiz kekayan kelas elit untuk mendiagnos kesihatan masyarakat dan meramalkan ke mana bentuk masyarakat ini akan menuju.

Kalau melihat sejarah, apa yang kita lihat hari ini boleh menjadi petanda yang buruk berlaku di masa hadapan. Pemendapan pendapatan, jurang kekayaan yang sangat jauh dan meningkatnya jumlah orang kaya yang bersaing.

Selain itu, sekiranya generasi sebelum kita menyaksikan pertumbuhan yang pesat dan rancak, maka kemungkinan besar generasi kita hampir sampai ke kemuncak pertumbuhan tersebut melainkan telah berlakunya inovasi dan polisi yang dapat meneruskan pertumbuhan tersebut.

Sistem global moden telah mengalami pertumbuhan begitu rancak yang belum pernah terjadi sebelumnya sejak 1945. Pertumbuhan ini sering digelar sebagai “Pecutan Agung” (Great Acceleration).

Namun, banyak negara kita lihat hari ini masih tidak meningkat gaji rakyatnya, jurang kelas yang meningkat serta jurang kekayaan yang tidak dapat dikawal.

Kalau dilihat pada kaca mata masa lampau, era populasi kelas elit yang melampau akan dikuti dengan krisis (persekitaran atau ekonomi) yang seterusnya akan melahirkan ketidakstabilan sosiopolitik dan keganasan.

Persaingan antara kelas elit akan menjadikan krisis semakin teruk. Hal itu akan menjadikan populasi penduduk menurun dan hanya akan berakhir setelah kelas elit keletihan ataupun dibunuh.

Kitaran ini telah meletuskan Perang-perang Ros (Wars of the Roses) antara Lancastrian dan Yorkis pada kurun ke-15 di England, pergelutan antara Optimates dan Populares di Republik Rom dan pelbagai lagi konflik dalam sejarah.

Ketika zaman pertumbuhan, permusuhan dinasti-dinasti, badan politik dan agama kurang diberikan perhatian kerana banyak perkara yang lebih rancak. Tetapi pada waktu kejatuhan, hal itulah yang sering menjadi tumpuan.

Kita sentiasa berbunuhan antara satu sama lain apabila tercapainya kitaran tertentu. Apabila kita mula memasuki tahun dekad 2020, kita sering berasa marah memabi-buta ketika melihat laporan dan berita yang naik di media sosial.

Disebabkan masyarakat dan ekonomi hari ini lebih bersatu daripada sebelum-sebelumnya, peningkatan perpepecahan politik yang berlaku di Australia dan Amerika Syarikat turut berlaku di seluruh dunia.

Keganasan antara Bharatiya Janata Party (BJP) dan Trinamool Congress di Bengal, polarisasi politik di Brazil selepas pencalonan Jair Bolsonaro dan selainnya adalah sebahagian daripada corak global.

Kita dapat jangka kejatuhan di seluruh dunia akan berterusan dengan perlahan untuk dekad seterusnya melainkan terdapat peristiwa tertentu yang akan mencetuskan krisis dan keganasan yang ekstrim. Peristiwa-peristiwa sebegini turut pernah berlaku pada masa lepas.

Sebagai contoh, pada kurun ke-12, populasi di Eropah meningkat dan sara hidup turut meningkat. Ketegangan mula muncul pada lewat kurun ke-13.

Kemudian, Kebulurun Agung (Great Famine) yang berlaku pada tahun 1315 – 1317 telah meletuskan perbahalan dan meningkatkan lagi keganasan. Kemudian, muncul lagi peristiwa yang lebih besar iaitu Kematian Hitam (Black Death) pada tahun 1347 – 1351.

Setelah berlakunya dua peristiwa tersebut, pergaduhan antara elit telah menyebabkan pembunuhan di seluruh Eropah.

Pada zaman ini, kebarangkaliannya rendah hingga sederhana untuk munculnya peristiwa besar seperti itu. Ia mungkin dapat muncul selepas 10 tahun. Namun, nyalaan untuk peristiwa besar itu telah pun bertapak.

Untuk memastikan kita tidak menuju pada kitaran keruntuhan, kemajuan teknologi merupakan salah satu penyelesaian yang baik. Teknologi berjaya menghentikan kejatuhan dan keruntuhan suatu tamadun pada masa lalu.

Pada pertengahan abad ke-11 di Eropah, contohnya, pembersihan tanah baru dan kaedah agrikultur telah meningkatkan kadar produksi yang telah meningkatkan kekayaan dan kestabilan pada abad ke-12.

Melihat pada situasi kita sekarang, tenaga berasaskan pelakuran nuklear (nuclear fusion) yang banyak, murah dan bersih mungkin dapat mengubah situasi kita. Kemungkinan untuk hal ini terjadi pada dekad ini mungkin rendah.

Apa-apa pun, kemajuan teknologi satu-satunya harapan kita.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.