Aokigahara: Hutan Bvnuh Diri Di Jepun

2,336

Bagi yang pernah berkunjung atau menetap di Jepun sebagai ekspatriat, pasti maklum dengan kewujudan Hutan Aokigahara. Hutan yang terletak 60 batu di barat daya Jepun dianggap tempat suci bagi rakyat negara Matahari Terbit itu. Namun, ramai lebih mengenali hutan tersebut sebagai Hutan Bvnvh Diri berikutan banyak kes orang mengambil nyawa mereka sendiri di situ.

Bagi wartawan ABC7 Eyewitness News, David Ono, biasanya jika berkunjung ke kawasan-kawasan belantara, selalunya kita akan mendengar bunyi hidupan seperti burung-burung berkicauan. Tetapi di Aokigahara, ia amat senyap sekaligus mewujudkan aura menyeramkan menyelubungi kawasan hutan tersebut dan menambah kebimbangan sesiapa saja yang datang ke situ.

Dan jika ditanya penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengan hutan berkenaan, nasihat mereka mudah saja. Ono masih teringat salah satu nasihat yang diberi ialah, “Jangan pergi ke situ. Itu bukan tempat kamu. Itu tempat yang menyeramkan.”

Menurut Dr Dominic Steavu dari University of California, Santa Barbara (UCS), kebanyakan individu yang mahu mengambil nyawa mereka di Aokigahara memilih kaedah sama ada mengg4ntung diri dari atas pokok atau mengambil pil secara berlebihan.

Dan sejak 1970, pihak berkuasa tidak lagi menyiarkan statistik individu yang membvnvh diri di situ kerana bimbang ia menggalakkan ramai orang melakukan perkara sama di Aokigahara. Bagaimanapun, mengikut statistik tidak rasmi, terdapat 100 kes bvnvh diri berlaku di hutan berkenaan.

Dan biasanya, kes dijangka meningkat pada bulan Mac di mana ia merupakan tempoh akhir tahun fiskal di Jepun. Selalunya yang memilih mengambil nyawa mereka sendiri ialah mereka yang mengalami tekanan emosi akibat isu seperti masalah kewangan atau keluarga.

Justeru, tidak hairanlah di pintu masuk Aokigahara, pihak berkuasa memasang papan tanda yang menggesa individu yang mahu membvnvh diri agar tidak masuk dan berpatah balik. Amaran tersebut dibuat bagi mengelakkan mereka ditelan oleh ‘kegelapan’ kerana dikhuatiri mereka tidak akan kembali lagi.

Rajah 1: Papan tanda yang dipasang di pintu masuk Aokigahara menggamit kehadiran pengunjung yang tiba di situ.

Selain di pintu masuk, banyak kawasan di Aokigahara turut dipasang papan tanda yang menggesa individu sebegini mengingati orang tersayang dan segera mendapatkan bantuan. Dan untuk mengelak kejadian bvnvh diri di hutan berkenaan, pihak berkuasa turut mengeluarkan larangan berkhemah di Aokigahara.

Mungkin ada menganggap larangan sebegini sebagai aneh. Tetapi bagi yang memilih berkhemah di situ, itu menunjukkan mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada hendak membvnvh diri atau tidak. Kadang-kadang, ada yang berkhemah di Aokigahara selama berhari-hari kerana tidak dapat memutuskan apa yang patut mereka lakukan.

Bagi yang bernasib baik, pasukan peronda anti-bvnvh diri Aokigahara akan menemui mereka dan menyakinkan mereka untuk tidak melakukannya. Ada pula menggunakan tali yang diikat pada sepanjang laluan mereka semasa memasuki hutan. Jika mereka memilih untuk terus hidup, mereka boleh berjalan keluar tetapi jika sebaliknya menurut Ono, maka pasukan peronda akan menemui m4yat yang terg4ntung di kawasan berkenaan.

Tali bukan sekadar digunakan oleh pengunjung Aokigahara tetapi juga pihak berkuasa. Ini berikutan kawasan hutan yang mengelirukan boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan arah dan tersesat sekaligus boleh menyebabkan individu tersebut berpotensi m4ti di hutan menyeramkan itu.

Tambah Steavu, mengikut kepercayaan masyarakat Jepun, si m4ti harus mendapat layanan ritual sebaiknya sebelum berpindah ke alam barzakh. Sekiranya perkara tersebut gagal dilakukan, maka si m4ti akan terus berlegar dalam alam ini. Senang cerita, mereka menjadi hantu.

Rajah 2: Yurei antara entiti menakutkan yang menggoda manusia untuk membvnvh diri bila berada di Aokigahara.

Dalam kes Aokigahara, mana-mana individu yang mengambil nyawa mereka sendiri akan menjadi hantu atau yurei dan akan sentiasa menghantui tempat mereka m4ti. Mengikut cerita rakyat Jepun, yurei bersifat pendendam, sentiasa mengganggu sesiapa saja yang datang dan menggoda mereka mengikut jejak langkah yurei ini.

Nama Aokigahara menjadi terkenal apabila dijadikan sebagai latar tempat novel tragis karangan Seicho Matsumoto, Kuroi Jukai. Novel tersebut mengisahkan seorang wanita yang patah hati yang memilih hutan berkenaan sebagai tempat mengambil nyawanya sendiri.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Dan usah terkejut semasa pihak berkuasa menyemak barang peribadi mangsa yang membvnvh diri, mereka menemui sebuah buku yang bertajuk The Complete Svicide Manual. Buku ini menjadi rujukan mereka yang mahu membvnvh diri terutama yang memilih melakukannya di Aokigahara. Aokigahara dipilih kerana menurut manual tersebut, ia merupakan tempat terbaik untuk m4ti.

Tetapi jika ada mengatakan fenomena bvnvh diri di Aokigahara ini hanya berlaku pada zaman moden, anda silap. Menurut mitos penduduk tempatan, Aokigahara dikatakan menjadi pilihan penduduk yang melakukan ubasute/oyasute yang bermaksud mengabaikan orang tua. Mengabaikan di sini ialah meninggalkan mereka dalam belantara untuk m4ti.

Rajah 3: Contoh adegan ubasute dari filem The Ballad of Narayama.

Ada menganggap kisah ubasute ini tidak ubah seperti kisah rakyat semata-mata. Tetapi jika legenda sebegini dianggap benar, ubasute boleh terjadi atas beberapa sebab. Amalan kejam ini sentiasa berkait dengan keadaan kehidupan secara makro di sesebuah wilayah.

Sekiranya sesebuah wilayah mengalami masalah bencana alam yang dahsyat sehingga memberi kesan kepada penghasilan makanan bagi populasi wilayah tersebut. Dan bila keadaan ini berlaku seperti letusan Gunung Berapi Asama pada tahun 1783 yang memulakan tempoh kebuluran Tenmei, ia mengakibatkan penderitaan yang dahsyat dalam kalangan penduduk.

Fenomena kes bvnvh diri Aokigahara bikin ramai saintis dan penyelidik menggaru kepala. Ada yang mengadakan teori tanah tersebut dipengaruhi oleh unsur-unsur jahat dan ia boleh dirasai oleh manusia. Bagi Dr Travis Taylor, perkara tersebut bukan mustahil kerana manusia pada hakikatnya ialah alat pengukur saintifik terunggul.

Jika seseorang itu merasakan ada sesuatu tidak kena menerusi petunjuk fizikal dan otak mengatakan perkara serupa, maka ia sudah pasti satu amaran yang patut diberi perhatian. Dan dalam kes Aokigahara, ia sebenarnya berkait dengan bagaimana ia terbentuk lebih satu alaf yang lalu.

Muka bumi Aokigahara mula terbentuk selepas Gunung Fuji meletuskan laharnya buat kali terakhir pada tahun 864 Masihi sekaligus meninggalkan banyak lohong kosong sekitar kawasan hutan berkenaan. Dan dalam sesetengah kes menurut Ono, ada yang mengambil pil secara berlebihan dalam lohong-lohong ini dan m4ti di situ bila ditemui oleh pasukan pencari.

Tambah Dr Taylor, tidak mustahil berikutan muka buminya yang kaya dengan mineral besi magnet, ia berupaya menghasilkan medan elektromagnet yang boleh memberi kesan kepada tingkah laku manusia termasuk aktiviti bvnvh diri. Dan ini turut disokong oleh banyak kajian berkenaan kesan medan elektromagnet terhadap fisiologi manusia termasuk kesihatan mental.

Teori ini turut disokong oleh Dr Michael Dennin, seorang ahli fizik dari University of California, Irvine. Beliau berpandangan individu sebegini pada mulanya tidak mahu mengambil nyawa mereka sendiri dan tidak selesa dengan idea tersebut. Tetapi bila mereka pergi ke tempat-tempat di mana berlakunya interaksi antara medan elektromagnet dengan fisiologi manusia, mereka akan menjadi mudah terpengaruh dan meneruskan idea gila tersebut.

Reputasi Aokigahara sebagai Hutan Bvnvh Diri sedikit sebanyak mencalarkan reputasinya sebagai antara tempat tarikan pelancong di Yamanashi. Di sebalik itu, itu tidak menghalang pelancong menikmati keindahan Gunung Fuji dan meneroka kawasan seperti Gua Ais Narusawa, Gua Angin Fugaku dan Gua Kelawar Tasik Sai. Selain itu, ia juga menjadi lokasi latihan komando t3ntera darat Jepun sejak tahun 1956.

RUJUKAN:

Puchko, Kristy. (2016). 15 Eerie Things About Japan’s Svicide Forest. Mental Floss. https://www.mentalfloss.com/article/73288/15-eerie-things-about-japans-suicide-forest

The UnXplained. (2019). Episod 1: Evil Places. History.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.