Komuniti saintifik di seluruh dunia berlumba-lumba mencari penawar dan vaksin yang efektif untuk mengh4puskan Covid-19. Dan dalam sesetengah kajian, ada yang bersikap kreatif dengan mencari penyelesaian bukan ortodoks. Salah satu daripadanya ialah memanfaatkan antibodi llama.

Llama?! Di negara kita, ia agak asing tetapi di Amerika Selatan, ia amat dikenali oleh penduduk benua itu. Llama ialah sejenis binatang berbulu tebal daripada genus Lama yang berasal dari Amerika Selatan dengan rupa seakan-akan unta tetapi tidak mempunyai bonggol dan biasanya digunakan untuk mengangkut barang.

Tidak ramai tahu, pengamal perubatan saintifik banyak berpaling kepada llama bagi mendapatkan antibodi haiwan berkenaan. Perkara ini bukan sesuatu yang baru kerana antibodi llama digunakan untuk mengekang pelbagai jenis virus dari HIV hinggalah SARS dan MERS.

Tetapi bagaimana ia boleh digunakan untuk merawat Covid-19? Antibodi llama rupanya boleh menghasilkan dua jenis antibodi dengan salah satunya sama seperti antibodi manusia. Tetapi satu lagi antibodi bersaiz 25% daripada saiz antibodi manusia. Walaupun antibodi llama masih boleh membentuk Y tetapi lengannya lebih pendek kerana ia tidak mempunyai rantaian protein yang ringan.

Antibodi kecil ini boleh mengakses mana-mana bahagian protein berduri yang kecil dan sempit (protein yang membenarkan virus menceroboh masuk ke dalam badan dan menjangkiti hos), sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh antibodi manusia. Dan ia merupakan senjata efektif menewaskan koronavirus.

Satu lagi kelebihan antibodi llama ialah ia boleh dimanipulasi termasuk digabungkan dengan antibodi spesis lain termasuk antibodi manusia dan terus kekal stabil selepas menjalani proses berkenaan. Ini didedahkan pakar virologi molekular dari Universiti Ghent, Dr Xavier Saelens.

Antibodi llama ini juga berkongsi ciri-ciri genetik dengan semua haiwan dari keluarga camelid termasuk unta, alpaka dan guanako. Para penyelidik berharap antibodi ini boleh dimanfaatkan sebagai rawatan profilaktik dengan menyuntik mana-mana individu yang belum dijangkiti seperti petugas kesihatan.

Tetapi walaupun ia dapat memberi kesan positif iaitu perlindungan daripada jangkitan, ianya hanya berkekalan selama beberapa bulan melainkan individu diberi suntikan tambahan. Pendekatan sebegini mungkin mengambil masa berbulan-bulan tetapi ia kini semakin menghampiri fasa ujian klinikal.

Bagaimanapun, lebih banyak kajian tambahan perlu dibuat bagi menilai sama ada suntikan antibodi llama pada manusia selamat atau tidak. Tetapi jika berjaya, ia boleh memberi impak yang bukan sedikit dalam perjuangan melawan Covid-19.

RUJUKAN:

Kramer, Jillian. (2020). Coronavirus: Llamas offer hope in fight against the outbreak. The Independent. https://www.independent.co.uk/news/science/coronavirus-llamas-antibody-prevent-winter-belgium-a9503411.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.