Antara Kuasa Ekonomi Dan Politik, Mana Lagi Penting?

601

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kalau nak hurai sejarah atau peradaban sesuatu tamadun, aku selalunya pecahkan pada 3 aspek iaitu Politik, Ekonomi dan Sosial.

Orang Melayu selalu anggap yang aspek Politik adalah yang paling tinggi. Kononnya dengan kuasa Politik, boleh buat apa saja. Sebab tu orang Melayu lebih pulun dalam bab Politik. Pemikiran hanya fikir untuk rebut kerusi Politik sampai berlaku gaduh kafir mengkafir kerana taksub Parti. Bagi orang Melayu, Politik ni Tujuan Utama Perjuangan (Maqasid) bukan suatu Alat Perantaraan bagi perjuangan yang lebih besar (Wasilah).

Terbalik dengan bangsa lain, Ekonomi itu lebih berkuasa dari Politik. Ekonomi (kekayaan) itu adalah TUJUAN manakala Politik hanyalah ALAT. Orang Melayu percaya dari Kuasa Politik lah akan dapat kekayaan, manakala bangsa lain percaya dari Kuasa Ekonomi lah akan dapat “kuasai” Politik walaupun tanpa perlu kerusi yang banyak.

Ini kerana, dengan kuasa Ekonomi, mereka boleh mempengaruhi Kuasa Politik dan keadaan Sosial. Mereka tak bernaung di bawah Parti Politik. Mereka bernaung di bawah Dewan Perniagaan. Dewan Perniagaan tu lah yang menentukan Parti mana boleh naik, Parti mana perlu diboikot. Mereka tak kisah sangat pun Parti Politik mana yang memerintah, janji kepentingan Ekonomi mereka terjaga.

Sebab itu dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan mereka, kita dapat lihat Parti Kerajaan dan Parti Pembangkang dari kalangan mereka boleh capai kata sepakat lalu mampu mendesak walau Parti Melayu mana sekalipun yang jadi pemerintah pada ketika itu. Walau ada satu kerusi dalam Kerajaan sekalipun, mereka boleh tekan segala kepala Politik Melayu sebab mereka ada Ekonomi. Tapi kalau mereka dapat dua-dua Kuasa, lagi seronoklah.

Contoh lain bagi membuktikan Kuasa Ekonomi lebih besar dari Kuasa Politik, kalau kita nak tubuh Parti Politik untuk “capai kuasa” (founder), kita kena ada dana dulu (funder). Belum lagi bab nak lancarkan kempen politik. Mana nak cekau duit kalau bukan dari Dana Politik? Dana ni tak lain tak bukan datang dari Taikun Ekonomi. Suntikan Modal nak buat Parti ni mesti ada imbal balik. “I help you, you help me. Ngam ngam soi la”.

Kalau Parti politik tak jaga kepentingan Ekonomi pihak itu, sabotaj Ekonomi akan dibuat. Parti Politik akan tercekik halkum. Itu yang jadi U-Turn tu. Dengan ada kuasa Ekonomi, kita boleh ugut ahli Politik dengan pelbagai cara. Ekonomi yang paling mencengkam adalah bisnes Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap. Bab ini kerajaan dan pihak berkuasa sukar nak banteras sebab Jerungnya memegang Ekonomi. Boleh tangkap Bilisnya saja.

Itu pasal, kalau berlaku apa-apa isu, kita lihat akan datang Persatuan-Persatuan yang entah dari mana tak pernah dengar sebelum ini bertindak mempertahankan kepentingan mereka. Persatuan Perniagaan lah, Persatuan Pendidikan lah, Persatuan Kebajikan lah Persatuan Hiburan lah. Pusat Hiburan pun depa ada buat persatuan tau! Mereka suka berpersatuan kerana di situ lah mereka urus (cuci) masuk keluar Duit, lari cukai dan susun strategi bisnes.

Walau Persatuan tu nampak kecil, tapi Kerajaan begitu prihatin terhadap desakan mereka kerana mereka ada Ekonomi. Lain dari orang Melayu. Tak suka berpersatuan. Suka buat Parti Politik. Sebab dalam otak hanya fikir Politik adalah Tujuan sedangkan bangsa lain hanya anggap Politik adalah Alat manakala Ekonomi lah Tujuan. Melayu kalau berpersatuan pun, nanti akan berpecah sebab tak pandai urus perselisihan. Suka bawa pergaduhan dalaman ke luar.

Kalau masuk dalam kampung manapun, mesti akan ada kedai runcit bangsa lain. Bab nak berebut jawatan Ketua Kampung/JKKK mereka tak ambil port. Itu Melayu gaduh lah berebut sama sendiri. Mereka tak kisah sapa jadi Ketua Kampung/JKKK. Janji jangan kacau ekosistem bisnes dia. Kalau kacau ekosistem bisnes dia, nanti dia akan buat sabotaj bisnes kau pula.

Orang Melayu kalau tiada Ekonomi, kau melalak la di Dataran Merdeka ka, depan Sogo ka, hantar memorandum ka, cium keris sekalipun, Kerajaan takkan dengar. Cuba tengok berapa banyak desakan dan sidang media yang ISMA, PEMBELA, UMMAH dah buat. Ada kerajaan respons? Tiada. Sebab Melayu bersuara tanpa pengaruh Ekonomi. Kalau kerajaan respon pun, sebab nak jaga hati tapi tak laksanakan pun. Respon itu hanya retorik dan juga tanda pilihanraya dah nak dekat.

Kesimpulannya, Ekonomi itu adalah punca kekuasaan, Politik itu hanyalah alat untuk melindungi kepentingan Ekonomi. Manakala Sosial pula adalah tempat untuk menyedut Ekonomi. Inilah “Scheme of Thing” bagi Cycle of Power antara Ekonomi-Politik-Sosial.

Kalau payah sangat nak faham contoh kepentingan Ekonomi yang terlampau teknikal di atas, kau boleh ambil analogi mudah yang sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian kau. Ingat, kalau kau ada Ekonomi, ganggu perempuan pun dianggap EFFORT. Sebaliknya jika tiada Ekonomi, itu dinamakan PERVERT.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.