Selalunya bila menaiki pengangkutan awam terutama bas, semua penumpang mempunyai ragam masing-masing semasa hendak menuju ke destinasi yang dituju. Tetapi jika rakan penumpang anda ialah seekor anjing, sudah pasti reaksi pertama ialah terkejut beruk. Tetapi bagi yang sudah biasa, anjing ini disambut bak seorang rakan lama. Situasi ini berlaku di Seattle, Washington.

Perkenalkan seekor anjing baka campuran Mastiff dan Labrador hitam bernama Eclipse.

Setiap hari, dia akan ke taman dengan menaiki bas berhampiran rumahnya di Seattle dan berada di taman selama beberapa jam bermain dengan anjing-anjing lain. Selepas beberapa jam, dia akan pulang dengan menaiki bas dengan menggunakan tiket yang disertakan pada bahagian kolarnya, bersedia untuk makan malam.

Jadi bagaimana Eclipse boleh melakukan perkara sebegini rupa? Pada suatu hari, Eclipse dan tuannya, Jeff Young hendak ke taman untuk bersiar-siar dan bermain. Sementara menunggu bas yang belum tiba, Jeff mengambil keputusan merokok sebentar. Tetapi bila bas sudah datang, tuannya masih belum selesai merokok. Terlalu seronok hendak ke taman dan tidak mahu terus menunggu, Eclipse terus melompat naik ke dalam bas. Jeff tidak dapat menahannya kerana pada ketika itu, bas sudah berlalu pergi.

Eclipse bernasib baik kerana pemandu bas itu mengenali dirinya dan tuannya itu. Tidak mahu menghampakan anjing itu, dia menurunkan penumpang bertuah itu di taman sebelum Jeff dapat mengejar Eclipse semula. Sejak itu, selepas Eclipse membuat perjalanan solonya sebanyak beberapa kali, Jeff memutuskan untuk membiarkan Eclipse pergi ke taman secara solo dan menyertakan tiket bas pada kolarnya kerana tahu anjing kesayangannya itu akan kembali semula ke rumah dalam masa beberapa jam.

 

Bagi penumpang bas yang berkongsi bas dengannya, mereka berpeluang mengenali anjing yang cerdik itu. Dan seperti dijangka, kehadiran Eclipse membuatkan mereka tersenyum. Malah, ada yang berkongsi pengalaman mereka di laman media sosial seperti yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook bernama Robbie Lauren:

Eclipse juga turut mempunyai halaman Facebooknya sendiri yang diberi nama Eclipse Seattle Bus Riding Dog. Di sinilah, pengguna laman media sosial terutama yang pernah menumpang bas dengannya berkongsi pengalaman dan gambar dengan anjing cerdik ini.

RUJUKAN:

  1. Brent, Harry. (2020). Dog rides bus by herself every day to play in local park – then takes bus home again. The Irish Post. https://www.irishpost.com/news/dog-rides-bus-every-day-play-local-park-takes-bus-home-178196?fbclid=IwAR1-C7TjUduTdvZEzMsdwGLocTDXUQ9s1R-U49O0jfdBSNzUVSoLAVU4efI
  2. Matthews, Luke. (2020). Dog rides bus to and from dog park every day to play for two hours by herself. Daily Mirror. https://www.mirror.co.uk/news/weird-news/dog-rides-bus-dog-park-21376483

 

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.