“Setiap anime mempunyai satu pattern, iaitu menafi tuhan.”

1. Saya pernah mendengar pernyataan tersebut diucapkan. Pernyataan ini tidak salah, tetapi pernyataan ini adalah incomplete form bagi suatu maksud. Memandangkan isu yang dibangkitkan, iaitu menafi tuhan, merupakan isu besar, maka, tak sempurnanya bentuk (incomplete) pernyataan ini mendatangkan suatu masalah yang besar, iaitu suatu pemikiran antagonis yakni pemikiran yang disempitkan atau dihadkan pada satu-satu tingkat, yang sedangkan, ianya mempunyai tingkat yang lebih luas atau lebih tinggi daripada itu.

2. Satu persoalan dilontarkan, anime adalah buatan orang kafir, kartun animasi Barat pun buatan orang kafir. Tetapi mengapa, hanya anime sahaja yang mempunyai pattern seperti yang didakwa?

3. Untuk pergi lebih lanjut, kita perlu petik pernyataan seorang novelis yang juga penulis ilmiah, iaitu Helmi Effendy (juga penulis The Patriots).

“Para penulis kita perlu belajar melihat naskhah-naskhah karya tidak dari kaca-mata sebagai seorang peminat. Kerana dengan itu, kita hanya akan meraih hiburan semata. Jika kita memandang sebagai seorang pengkritik, pengulas mahupun penganalisis, kita akan menelaah setiap sudut yang dihidangkan dan kita akan meraih dapatan-dapatan yang mampu memajukan lagi corak penulisan kita.”

Apakah yang dimaksudkan sebagai ‘setiap sudut’?

– Cerita keseluruhan
– Pemisahan arc-demi-arc
– Pemisahan babak-demi-babak
– Pemisahan watak-demi-watak
– Pemisahan konflik-demi-konflik
– Pemisahan babak canon dan babak filler
– Permainan plot (pembinaan dan peleraian)
– Jenis konflik yang dihidangkan
– Character development
– Saduran fakta (kalau ada)

Kita tidak hanya melihat anime Sakurasou no Pet na Kanojo hanya sebagai Sakurasou no Pet na Kanojo. Tetapi juga, pengembangan hidup Kanda Sorata, pengembangan hidup Aoyama Nanami, pengembangan hidup Mitaka Jin, pengembangan hidup Kamiigusa Misaki, pengembangan hidup Akasaka Ryuunosuke, pengembangan hidup Shiina Mashiro dan pengembangan hidup Rita.

Malah, kita akan melihat pembinaan dan peleraian tentang cita-cita; bermula dari kebosanan kerana kekosongan matlamat, kepada semangat kerana visi yang teguh. Kita akan melihat pembinaan dan peleraian tentang berdikari; bermula dari ‘I can do it myself’ (pseudo-berdikari yg memakan diri) kepada ‘Sorry, can you help me? I can’t keep all of it up myself.” (Berdikari yang tidak mementingkan diri) Dari fasa-demi-fasa, kita akan melihat fasa gila-gila Sakurasou, fasa kegagalan masing-masing, fasa peretakan dalam hubungan, fasa bekerjasama, fasa perpisahan, dan macam-macam. Secara keseluruhan, kita akan melihat Sakurasou penuh dengan warna-warna kehidupan.

Demikian, antara cara melihat sesebuah karya. Adjust sudut menonton kita dari satu sudut ke satu sudut. Dari seluas-luasnya, hingga ke sekecil-kecilnya, secara serentak. Sesebuah karya dihidangkan bukan hanya untuk kita lihat penamatnya, tetapi juga untuk meneroka setiap sudut yang boleh diteroka. Dan… hanya diri kita yang menentukan batasan kepada sudut-sudut itu!

4. Ketika kita menonton anime, letakkan pada minda bahawa pembikinnya adalah orang kafir yang tidak percaya kepada Tuhan yang Satu. Istilah god bagi mereka berbagai, dan untuk memahaminya, kita perlu selami mitologi mereka. Apabila kita selami, kita akan kenali beberapa dewa (tuhan) mereka yang terawal, iaitu Amaterasu, kemudian Izanagi, Izanami, dan kemudian kita akan mengetahui mereka memiliki dewa-dewa, separa-dewa, dan manusia-jadi-dewa. Konsep ini sama sahaja dengan Greek, Rom, Mesir Purba dan Arab. Mesir dengan Amon-Ra, Seth, Horus dan lain-lain. Greek dengan Zeus, Dionysus dan entah lain-lain. Rom dengan Jupiter, Saturnus dan entah apa lagi. Arab dengan Alilat (al-Latta) umpamanya. Malah, Bali pula dengan Barong dan Rangda. Dewa Olympia tidak hanya ada dalam budaya Greek sahaja, tetapi dalam hampir seluruh bangsa, dengan nama yang berbeza. (Olympia bukan nama dewa, tapi ‘parlimen’ dewa).

Jadi, ketika kita menonton anime, peletakan paling mudah di minda kita adalah bahawa mereka ini ateis. Mereka tidak menggunakan akidah tauhid untuk memahami nilai ketuhanan. Mereka menggunakan aras pemikiran, logik akal, mantik, atau bahasa mudahnya, falsafah. Mereka membina struktur pemikiran, dengan peletakan justifikasi-justifikasi dalam mencapai rasionalisasi. Atau boleh diperkatakan, mereka tidak mempercayai Tuhan yang wujud sedia ada, tapi mereka membina tuhan mereka sendiri menerusi pembentukan cara berfikir. Mereka mencari tuhan, tetapi dengan cara berfikir (falsafah), bukan dengan hati nurani (cahaya hidayah). Tapi, disebabkan mereka tidak mempunyai alat (iaitu Islam), mereka tidak akan dapat langsung mencapai Tuhan yang Sebenar, walaupun jalan yang mereka lalui itu benar dan terang cahayanya.

Seperti kata Dr. Ali Muhammad Sallabee, hikmah dihantarnya Islam ke tanah Arab kerana hanya di tanah Arab, kekafiran/kemusyrikan masyarakatnya tidak didasari dengan kerumitan cara berfikir. Bila cara berfikirnya tak rumit, maka mudah untuk kita pecahkan minda kafirnya, dengan menyatakan bahawa hanyasanya Allah itu Tuhan yang layak disembah. Dalam kes lain, tak perlu pun dijustifikasikan. Terus boleh terima Islam. Berbeza dengan ahli-ahli atheis/kafir yang berfikir (berfalsafah). Untuk mengislamkannya, perlu patahkan hujah A, hujah B, hujah C dan mungkin sampai hujah Z mengikut kerumitan cara berfikir dia.

5. Kerana itu, untuk melihat sisi atau nilai ketuhanan dalam anime, kita perlu menggunakan pasakan ilmu Islam, dan mengasimilasikannya pada pemahaman atheis. Ini kerana, walaupun pembuatnya demikian, kita juga perlu letak di minda, bahawa kita diajar yang hikmah (kebijaksanaan) boleh diambil tidak hanya dari Islam.

6. Bila bicara seperti ini, kita telah pun tiba pada point penting, iaitu, apabila kita selak sejarah Islam, kita akan dapati, Islam (selepas zaman Nabi) mencapai keagungannya dengan penerapan ajaran Islam ke dalam falsafah Greek. Sebelum falsafah Greek berjaya diislamkan oleh cara-berfikir (falsafah) tasawuf, falsafah ini banyak melahirkan atheis, yang bukan calang-calang. Perdebatan masyhur Imam Hanafi adalah salah satu contoh. Perhatikan period pertembungan antara falsafah Tasawuf dengan falsafah Greek, kerana period tersebut, berulang di zaman ini.

7. Saya utarakan contoh paling ringkas. Perhatikan maksud lirik lagu bagi anime Charlotte ini.

Which will you choose,
and which will you give up?
Who am I
To make that decision?
It’s already been decided
Which will be chosen
Are you sure?
I ask the gods

Perhatikan 2 nota di bawah:

1. Lihat kata gods, bukan god.
2. Renungi nilai atheisme di situ (elemen hamba, tapi tuhan)
(di bahagian Are you sure?)

Cuba kita asimilasikan dengan falsafah ‘tasawuf’ pula.

Jalan yang mana akan diambil,
jalan yang mana akan ditinggalkan?
Siapakah aku
untuk buat keputusan itu? (kita sebagai hamba, mengakui bahawa kita ini hamba yang lemah, di hadapan Tuhan yang Maha Mengetahui)
Ia telah pun diputuskan, (telah pun diputuskan oleh Takdir Tuhan)
jalan mana  yang akan diambil
Benarkah ini takdirku?
Aku bertanya kepada Tuhan (persis istikharah)

Lihat bagaimana falsafah tasawuf mencairkan elemen hamba, tapi tuhan (qadariyah, tapi jabbariyah) dan menjadikannya Ahli Sunnah wal Jamaah.

Untuk lebih ekstrim, mari kita lihat maksud lirik bagi lagu yang sama.

Who am I,
and why do I
Bear this role
Like I’m a god?
The thought of even moving forward
Is becoming unbearable
“I want to rest”,
I spit at the gods

Dipertanggungjawabkan dengan tugas yang begitu berat, hanya diri yang boleh jalankannya. Tak sanggup nak teruskan, tapi tetap juga kena teruskan. Persoalan; “Kenapa aku!” yang pada tingkat tertinggi, menghasilkan ucapan; “Aku nak rehat wahai Tuhan.”

Pada satu sisi, ini kebiadapan ekstrim. Tapi jika kita pandang satu sisi, ini juga merupakan sebuah pengaduan ekstrim.

Letakkan kita dalam situasi orang yang dirogol walau dah sempurna tutup aurat umpamanya. Atau diseksa dengan kejam tanpa kita buat salah apa-apa. Satu sisi, kita redha; “Ini takdir aku. Aku akan teruskan hidup” Tapi satu sisi, kita akan persoalkan Tuhan; “Wahai Tuhan, kenapa Engkau duga aku seperti ini? Kenapa aku, tidak orang lain? Apa dosa aku?” (polemik ini digarapkan dengan baik dalam anime Angel Beats)

Dalam hal ini, dengan 2 kaedah falsafah tasawuf mencairkannya.

Satu, kisah mengenai Siti Maryam. (pernyataan yang beliau nak bunuh diri tu disematkan dalam al-Quran)

Kedua, kita semakin bertambah kagum dengan Nabi Muhammad. Manakan tidak, bila kita dengar lagu ini, kita teringat bagaimana Yu Otosaka punya tugas, ‘baru setakat itu’, dah dilagukan dengan frasa; “Aku nak rehat wahai Tuhan.” Bagaimana pula dengan misi Nabi Muhammad? Tidak pernah Nabi berkata; “Aku nak rehat wahai Tuhan!”

Rasanya cukup kut itu sahaja contohnya.

8. Sekali lagi saya nyatakan, bahawa saya percaya, Korea dan Jepun merupakan ‘Falsafah Greek’ di zaman ini. Perhatikan hakikat K-Pop, drama korea, filem korea, anime, sedang mencengkam dunia. Itu semua adalah dinding-dinding yang perlu dirobohkan! Tak mampu robohkan? Asimilasikannya!

9. Dan perhatikan kontradiksi antara ‘testimoni’ orang awam (pencinta ‘universe’ itu) dgn pernyataan ‘ulama’ tentang ‘universe’ ini. Satu pihak menyatakan; “Kerana inilah saya belajar itu dan ini, saya hargai kehidupan dan saat bersama keluarga dan rakan…” Sedangkan satu pihak pula mengatakan; “Kerana inilah umat Islam makin mundur dan rosak. Kesemua nilai murni sudah ada pada sirah Nabi Muhammad. Untuk apa kita belajar dari orang kafir sedang kita ada Nabi?”

Kontradiksi di antara dua pernyataan ini perlu diteliti dan diselesaikan. Pada titik mana timbul harmoni? Pada titik mana anime ini merosakkan? Pada titik mana anime ini beri kebaikan? Benar, kita miliki sirah, tetapi, mengapa kita lebih memilih untuk belajar dari selain sirah?

Sekiranya benar, anime ini merosakkan, mengapa di luar sana, ramai yang awalnya terjerumus ke lembah kebinasaan, ‘diselamatkan’ oleh dunia tersebut? Semestinya, ‘selamat’ di sini tidaklah memaksudkan ‘till jannah’. SBS One Piece merekodkan, babak Nico Robin menjerit; “I want to live,” berjaya beri semangat kepada seorang budak yang telah berputus-asa terhadap kehidupan (ada bahasa yg lebih khusus bagi penyakit tu. Lupa. Mungkin apathy).

Sekiranya anime itu merosakkan, mengapa boleh lahir sebuah review seperti ini?

“When does a man die?
Is it when he’s shot in the heart with a pistol? No!
When he’s stricken with a deadly disease? No!
When he eats soup made from a deadly mushroom? No!
It’s when… he is forgotten.” – Dr. Hiluluk (satu watak dlm One Piece)

We all fear death, right? Hiluluk didn’t. Because he knew that his legacy would go on. This is the greatest thing about human achievement. We can be remembered in what we do and what mark we leave on the world. It also captures I feel the very soul of a Manga artist.

These legends are going to die at some point. Akira Toriyama, Masashi Kishimoto, Eiichiro Oda, Tite Kubo, Hiro Mashima, they’re all going to die one day. But they’ll never disappear because of the fantastic works they’ve left in their wake. To bring hope and light to people even after death through your own take on the world, implanting your ideals and messages to future generations through you characters… that’s what Manga is.

So quit your 9 till 5 office jobs! Tear off that suit and tie! Throw away your Microsoft Excel! Pick up that pen and start writing, drawing, I don’t care which! Manga can change the world, people!

Demikian, kata seorang reviewer selepas menonton arc mengenai karakter Chopper (One Piece).

10. Sungguh! Selepas baca review ini, saya berasa sebak. Dan pantas, saya doakan hidayah buat para Mangaka. Manakan tidak, teringat kisah Sayyidina ‘Umar menangis melihat seorang rahib yang zuhud terhadap dunia, melakukan kesemua kebaikan, senang kata, mengabadikan hidupnya untuk beribadat, tetapi rahib itu tidak Islam. Merenung betapa inspirasi dan motivasi yang digarapkan oleh para Mangaka dalam karya mereka, sangat menyedihkan kalau jasa-jasa mereka yang telah mereka abadikan hidup mereka untuknya, dibalas dengan penghumbanan mereka ke dalam neraka hanya kerana mereka tidak Islam.

11. Sebab itu, bagi orang yang menyatakan frasa seperti di awal artikel, tahniah. Sebab dari kalangan ramai orang Islam yang menonton anime, anda berjaya meraih satu kesedaran tentang hal tersebut. Anime membawa kepada atheisme (tidak percaya pada tuhan). Itu benar. Tetapi, sebagai seorang Islam, kita mempunyai alat yang tidak dimiliki oleh selain Islam. Maka, gunakan alat itu untuk memusingkan maksud tersebut, dari maksud kepada atheisme, kepada maksud pengEsaan. Ketahuilah, dengan mengislamkan falsafah Greek, Islam menjadi semakin kuat. Hal yang sama mungkin akan berlaku, Islamkan falsafah di sebalik anime, Islam akan menjadi lebih kuat.

12. Sebagai nota, Syeikh Nazrul Nasir pernah menerangkan mengenai sanad dan kekuatannya dengan beranalogikan topi jerami Monkey D. Luffy (One Piece). Metodologi ‘nak rapat ngan bebudak kaki lepak, kenalah lepak sama dengan diorang’, diterapkan dengan kadar pelepakan yang lebih ‘daring’, tanpa mencabut ‘izzah’ yang harus mereka tinggikan. ‘Abdullah Nasih ‘Ulwan mencatatkan yang Sultan Salahuddin mengetahui kisah-kisah mitologi (Mesir pastinya). Ini kerana, mitologi itu sendiri sebenarnya salah satu cabang dari ‘uruf’ (adat/budaya) sesebuah bangsa. Dengan mengetahui mitologi animisme masyarakat Melayu dulu, ulama’ yang datang kemari perkenalkan budaya tahlil sebag ganti kepada upacara ritual yang bersandarkan kepada sesebuah mitologi. Perlu dinotakan, mitologi melibatkan elemen so-called mengarut seperti dakwaan sebahagian masyarakat yang anti kepada ‘fantasi kuasa-kuasa’ ini. Dan untuk membicarakan polemik ini, artikel bertajuk; ‘Digital: Medium Dakwah Yang Belum Berjaya Dieksploitasi’, insyaAllah akan ditulis.

Artikel ini disumbangkan oleh Amirzayyanid kepada The Patriots. Apa yang ditulis dalam artikel ini tidak semestinya melambangkan pemikiran The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.