Animal Farm: Kritikan Halus Orwell Terhadap Stalinism

0
309
views

Animal Farm merupakan salah satu daripada karya fiksi George Orwell yang sangat terkenal. Ia merupakan sebuah novel ringan yang menceritakan mengenai sekumpulan haiwan di sebuah ladang yang dimiliki oleh keluarga Mr. Jones. Tidak tahan dengan penindasan yang dikenakan oleh manusia, haiwan-haiwan di ladang tersebut bertekad untuk memberontak terhadap manusia untuk menjamin kebebasan mereka.

Pada awalnya, revolusi mereka telah diketuai oleh seekor babi hutan yang bernama Old Major. Old Major merupakan haiwan tertua di ladang tersebut dan dihormati oleh kesemua haiwan-haiwan lain oleh kerana kebijaksaan beliau. Pada waktu malam, mereka semua melakukan sebuah perjumpaan yang tersembunyi di ladang Mr. Jones dan Old Major telah menyemarakkan api revolusi dalam kalangan haiwan-haiwan.

Jetpack Langkawi

Namun umur Old Major tidak panjang dan beliau kemudiannya meninggal dunia, meninggalkan haiwan-haiwan lain di ladang Mr. Jones. Selepas kematian beliau, dua ekor khinzir yang bernama Napoleon dan Snowball telah mengambil alih posisi pucuk kepimpinan. Dengan usaha serta kebijaksaan haiwan-haiwan, mereka telah berjaya memberontak dan mengambil alih ladang Mr.Jones. Bagi menyemarakkan lagi semangat revolusi dalam kalangan haiwan, mereka telah mencipta sebuah lagu revolusi khas yang bertajuk ‘Beasts of England’ (Raksasa England).

Lirik lagu ‘Beasts of England’:

Beasts of England! Beasts of Ireland!
Beasts of land and sea and skies!
Hear the hoofbeats of tomorrow!
See the golden future rise!

How does the life of an animal pass?
In endless drudgery.
What’s the first lesson an animal learns?
To endure its slavery.
How does the life of an animal end?
In cruel butchery.

Beasts of England! Beasts of Ireland!
Beasts of land and sea and skies!
Hear the hoofbeats of tomorrow!
See the golden future rise!

Now the day of beasts is coming,
Tyrant man shall lose his throne
And the shining fields of England
Shall be trod by beasts alone.

Pull the rings from out your noses
Tear the saddle from your back!
Bit and spur must rust forever,
Cruel whips no more shall crack.

Beasts of England, seize the prizes,
Wheat and barley, oats and hay,
Clover, beans and mangel wurzel
Shall be ours upon that day.

Dengan kerjasama kesemua haiwan, mereka telah berjaya untuk menghalau Mr Jones dari ladang beliau sendiri. Berita mengenai kejayaan mereka membebaskan diri daripada cengkaman kejam manusia tersebar luas di seluruh pelusuk negeri dan telah memberi inspirasi untuk haiwan-haiwan lain juga untuk memberontak.

Namun hubungan Napoleon dan Snowball semakin renggang yang berpunca daripada kedengkian Napoleon terhadap pengaruh Snowball yang semakin besar. Napoleon telah bertindak untuk melatih sekumpulan anak anjing untuk menjadi pengawal peribadi beliau dan telah menggunakan mereka semua untuk menghalau Snowball dari ‘Animal Farm’.

Bagaikan pepatah ‘Keluar mulut buaya, masuk mulut harimau’, harapan asal haiwan-haiwan di ladang Mr. Jones untuk memiliki kehidupan baharu yang bebas daripada penindasan menjadi tidak kenyataan apabila Napoleon menjadi semakin kemaruk dengan kuasa yang dimilikinya. Secara perlahan-lahan beliau berubah menjadi seorang diktator kejam yang menindas haiwan-haiwan lain.

Penulis ‘Animal Farm’, George Orwell dikatakan sedang mengkritik Stalin melalui karyanya yang popular ini. ‘Animal Farm’ merupakan sebuah alegori politik yang menggambarkan semula kejadian yang berlaku sewaktu ‘Revolusi Rusia’ pada tahun 1917. Watak Old Major mewakili Karl Marx yang pada asalnya mencipta falsafah Marxism untuk mewujudkan keadilan dalam kalangan rakyat marhaen. Namun ketamakan Stalin terhadap kuasa menyebabkan beliau telah bertindak mencemarkan perjuangan asal Marx.

Manakala, watak Napoleon dan Snowball pula masing-masing mewakili Joseph Stalin dan Leon Trotsky. Seperti di dalam buku ‘Animal Farm’, Stalin telah bertindak menghalau Trotsky dari Rusia selepas berakhirnya Revolusi Rusia 1917.

Menurut Orwell, beliau telah mendapat inspirasi untuk menulis ‘Animal Farm’ selepas beliau melihat seorang budak lelaki sedang menyebat dan memukul seekor kuda. Pada ketika itu, beliau terfikir, bagaimana agaknya keadaan dunia jikalau haiwan-haiwan sedar bahawa mereka juga mempunyai kekuatan untuk mengatasi kekuatan manusia? Sepertimana manusia sering mengeksploit haiwan, golongan kaya juga mengeksploit golongan proletariat.

RUJUKAN:

1) Orwell, G. (2008) Animal Farm, London, United Kingdom: Penguin Books Ltd.