Anglish: English Tung Without Outland Wordstock

342

Anglish secara ringkasnya adalah Bahasa Inggeris yang tidak dipengaruhi oleh bahasa asing. Tajuk “Anglish: English Tung Without Outland Wordstock” telah dipilih untuk menggantikan tajuk sedia ada iaitu “Pure English: English Language Without Foreign Vocabulary” yang merupakan kata pinjaman daripada pelbagai bahasa asing.

Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, ia menjadi “Bahasa Inggeris Asli: Bahasa Inggeris Tanpa Istilah Asing”. Artikel ini membincangkan tentang antara istilah yang berjaya dicipta dalam Bahasa Inggeris Asli ini.

Antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish adalah “Tung”. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “Bahasa”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Language” yang berasal daripada Bahasa Perancis, “language”.

Selain itu, “Outland” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “Asing”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Foreign” yang berasal daripada Bahasa Perancis, “forain”.

Di samping itu, “Wordstock” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “Istilah”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Dictionary” yang berasal daripada Bahasa Latin, “dictionarium”.

“Rainshade” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “Payung”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Umbrella” yang berasal daripada Bahasa Itali “Ombrella”.

“Bookcraft” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “Kesusasteraan”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Literature” yang berasal daripada Bahasa Perancis, “littérature”.

“Moonapple” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “Pisang”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Banana” yang berasal daripada Bahasa Wolof, “banaana”.

“Worldken” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “Fizik”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Physics” yang berasal daripada Bahasa Yunani, “phusikós”.

“Waterstuff” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “Hidrogen”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Hydrogen” yang berasal daripada Bahasa Perancis, “hydrogène”.

“Toolcraft” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “Teknologi”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Technology” yang berasal daripada Bahasa Yunani, “tekhnología”.

“Farspeaker” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “Telefon”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Telephone” yang berasal daripada Bahasa Perancis, “téléphone”.

“Farseeer” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “Televisyen”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Television” yang berasal daripada Bahasa Perancis, “télévision”.

“Dawnland” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “Jepun”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Japan” yang berasal daripada Bahasa Portugis, “Japão”.

“Sweetling” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “Manifesto”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Manifesto” yang berasal daripada Bahasa Itali, “manifestare”.

“Watchmen” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “Polis”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Police” yang berasal daripada Bahasa Perancis, “police”.

“Lawmaker” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “ahli Politik”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Politician” yang berasal daripada Bahasa Perancis, “politique” dan Latin, “-iānus.

Kemudian, “Takeoff” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “lancar”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Lauch” yang berasal daripada Bahasa Melayu, “lancar”.

Seterusnya, “Leafwof” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “teh”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Tea” yang berasal daripada Bahasa Amoy, “tê”.

Akhir sekali, “Greatwave” adalah antara istilah yang berjaya dicipta dalam Anglish. Dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut adalah bermaksud “tsunami”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan istilah sedia ada iaitu “Tsunami” yang berasal daripada Bahasa Jepun, “tsunami”.

Kesimpulannya, itu adalah antara istilah yang terdapat dalam Bahasa Inggeris Asli ataupun “Anglish”. Istilah sedia ada yang diambil daripada bahasa Yunani, Perancis, Latin, Sanskrit dan sebagainya digantikan dengan Inggeris Kuno (Old English), Jerman, Belanda, Sweden dan sebagainya. Anglish secara asasnya adalah “Germanic-strict Vocabulary”. Apa pendapat anda tentang pemurnian ataupun pembersihan bahasa seperti Anglish? Sila berikan maklumbalas anda kepada kami.

RUJUKAN:

The Anglish Moot . Retrieved June 26, 2019 from  anglish.fandom.com/wiki/Main_leaf

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.