Sibuk dengan chivalry punya pasal, tertinggal tren polemik Bahasa Kebangsaan.

Dah masuk tahun 2017 pun masih ada lagi yang pertikaikan kepentingan Bahasa Melayu dalam segala urusan?

Negara kita terlalu lembut dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Sampai keluar kenyataan tak reti malu berbunyi “patients don’t see us for our SPM-level BM cert”.

Memanglah itu bukan sebabnya. Kalau nak doktor ramai pekerja Bangladesh pun memiliki ijazah kedoktoran. Masalahnya kita orang Malaysia. Syarat minta lulus saja pun, bukannya minta skor A.

Tak boleh bayangkan di Korea Selatan atau Jepun ada doktor profesional yang tak boleh berbahasa ibunda. Rasanya belum sempat menjejak kaki ke hospital dah kena rejam dengan telur.

Sebenarnya sebab utama Bahasa Melayu diremeh-remehkan ialah ketiadaan rasa cinta terhadap Bahasa Melayu. Maka seribu dalil diciptakan untuk tidak menggunakannya: tak ilmiah lah, tak antarabangsa lah, tak kelas lah.

Kenapa tak cinta? Sebab tak kenal. Tahu berbahasa tapi tak semestinya “kenal” bahasa. Kunci untuk mengenal Bahasa Melayu adalah tulisan Jawi. Hanya dengan memahami tulisan Jawi kita dapat memahami jiwa Bahasa Melayu.

Boleh bayangkan Jepun tak guna tulisan Kana? China tak guna tulisan Hanzi? Atau Korea tak guna tulisan Hangul? Bayangkan dekat poster drama DOTS terpapar tulisan Rumi “Taeyang-ui Huye” bukannya “태양의 후예”.

Mesti rasa pelik kan? Rasa macam keperibadian dan jiwa mereka tercabut. Habis kenapa kita rasa selesa dengan tulisan Rumi?

Di Asia, hanya ada tiga rumpun bangsa saja yang guna tulisan Rumi: Turkik (negara Turki, Azerbaijan, Uzbekistan, Turkmenistan), Vietnam dan Melayu/Nusantara (Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina). Semua sama ada tulisan asal mereka dimansuh penjajah atau dimansuh puak modenis. Di Malaysia, Jawi dimansuh atas desakan ASAS 50 dan disokong oleh elit berfahaman modenis.

Proses pe-Rumi-an Bahasa Melayu sebenarnya dilakukan secara terburu-buru. Jadi Rumi yang kita guna tak dapat menggambarkan sebutan asal Bahasa Melayu. Kalau dalam Bahasa Turki, ada huruf khas (ç, ş, ğ, ı, i, ö, ü) untuk menggambarkan bunyi Bahasa Turki yang berbeza dengan sebutan Latin. Sama juga di Vietnam, ada huruf unik (ă, â, đ, ê, ô, ơ, ư) yang berbeza dengan huruf Latin biasa.

Tapi Rumi bagi Bahasa Melayu memang zalim. Contohnya, “ﺡ” dan “ﻩ” yang berbeza bunyi telah disamakan dengan huruf “h”. “ﺽ” dan “د” disamakan dengan “d”. “ﻁ” dan “ﺕ” disamakan dengan “t”. Maka hilanglah sebutan betul perkataan-perkataan seperti “hadir” (حاضير), “sihat” (صيحت), “taat” (طاعة), “asal-usul” (اصل-اصول) dan sebagainya.

Nampak tak cara bahasa dibunuh? Sampai ada orang Melayu sendiri pun tak tahu macam mana nak sebut perkataan dengan betul.

Mungkin ada orang akan kata tak perlulah nak mengagung-agungkan Jawi, sedangkan orang Melayu pun pernah guna tulisan Rencong. Bagi mereka, Jawi terlalu Islamik dan Arabik.

Masalahnya Rencong adalah untuk Bahasa Melayu Kuno. Bunyinya “sana tatkalana”. Bahasa Melayu yang kita guna pakai sekarang (Bahasa Melayu Moden) adalah berpunca daripada Bahasa Melayu Klasik yang dilahirkan melalui tulisan Jawi. Suka atau tidak, Bahasa Melayu merupakan produk proses Islamisasi Nusantara abad ke-11 hingga 15.

Bahasa Jepun dan Korea juga berpunca daripada Bahasa Cina. Tidak pula mereka alergi dengan asal-usul bahasa sendiri setelah bermusuhan dengan China. Kita yang terlebih “Islamo-phobic” dan “Arabo-phobic”.

Tanpa Jawi, kita tidak lagi kenal asal-usul dan makna setiap perkataan. Macam mana nak tahu perbezaan kegunaan perkataan “maksud” dan “makna” kalau tidak merujuk kepada istilah asal dalam Bahasa Arab? Macam mana kita nak tahu bila masa nak guna “mengadakan” dan bila masa kita kena guna “mewujudkan” kalau kita tak faham maksud “wujud” (وجود) dalam metafizik Islam?

Jawi umpama “quality control” ke atas Bahasa Melayu. Kalau pakai Jawi, tak akan ada ejaan Marikh seperti “aqew” “cayunk” “qau” “gilerw2”.

Orang juga memandang remeh terhadap Bahasa Melayu kerana anggap Bahasa Melayu “meniru” Bahasa Inggeris: “radio” jadi “radio”, “drama” jadi “drama”. Tapi di Jepun dan Korea, istilah “radio” dan “drama” pun terus diambil dari Bahasa Inggeris, tapi setelah ditapis oleh tulisan sendiri ia jadi dorama (ドラマ) dan deulama (드라마), maka tidak dilihat “meniru” tapi “meminjam”.

Martabat Bahasa Melayu akan diangkat dengan tulisan Jawi.

Jadi, daripada memperlekehkan kepentingan Bahasa Melayu, lebih baik kita fikir bagaimana untuk menghidupkan kembali tulisan Jawi yang telah dibuang 50 tahun yang lalu.

Tak kisah lah anda doktor atau jurutera yang sehebat mana, anda bukan seorang yang “educated” selagi tidak menguasai dan mencintai Bahasa Kebangsaan.

Dan simpati padamu kalau tak dapat membaca apa yang ditulis dalam gambar.

#TeamA1BahasaMelayuC6MatematikSPM


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply