Pesawat Uthmaniyyah yang pertama, gambar bertarikh 21 April 1912

Sejarah penerbangan dalam tentera Turki bermula pada tahun 1909 ketika Perancis dijemput ke Istanbul untuk melakukan demonstrasi, sejak itu, pemerintah tentera Uthmaniyyah nekad memulakan kajian dalam bidang ini.

Pada 2 Disember tahun yang sama, ruang udara Turki menyambut ketibaan pesawat temp*r buat julung kalinya, setelah menerima undangan dari Menteri Per*ng Uthmaniyyah, Mahmut Şevket Pasha, seorang juruterbang Belgium bernama Baron de Catters datang ke Istanbul dan melakukan persembahan penerbangan dengan pesawat biplane (pesawat bersayap ganda) Voisin.

Semasa Baron de Catters terbang di udara Istanbul, terdapat ramai dari kalangan pegawai Uthmaniyyah menyatakan rasa kagum:

“Mesin terbang yang kami saksikan masih agak sederhana.  Walaupun tidak dapat dijangka dari sekarang sejauh mana mesin ini akan berkembang di masa depan, kami berpendapat bahawa manusia akan mampu bersiar-siar di udara dalam masa terdekat. Walaupun mungkin tidak sesuai untuk menghasilkan variasi jenis pengangkutan sebegini dalam waktu terdekat, mungkin tidak lama lagi mereka akan memainkan peranan secara aktif di medan per*ng.”  (petikan disahkan oleh Stuart Kline)

Hasil kajian awal mula membuahkan hasil tidak lama kemudian, langkah penting diambil dengan mengirim delegasi ke International Aviation Conference di Paris. Pada akhir tahun 1910, keputusan dibuat oleh Perintah Tertinggi Uthmaniyyah untuk menghantar pegawai mereka ke Eropah bagi dilatih sebagai seorang juruterbang.

Namun kerana kesulitan dari segi kewangan yang dihadapi oleh Uthmaniyyah pada masa itu, rancangan ini terpaksa ditunda. Hanya segelintir pelajar Turki yang telah lama tinggal di Paris dibawa menyertai sekolah penerbangan hingga berjaya mendapatkan sijil kelayakan mereka di sana.

Mahmut Şevket Pasha di hadapan pesawat REP Fesa Bey dan Deperdussin

Mahmut Şevket Pasha telah lama menjangka akan kepentingan penerbangan dalam ketenteraan, dia menyedari hakikat bahawa negara-negara Eropah berlumba-lumba untuk memperkasakan pasukan udara mereka.

Pada bulan Jun 1911, dia mengarahkan Lt.Col. Süreyya Bey untuk mendapatkan belon udara dan pesawat bagi mengatur latihan untuk juruterbang dan untuk menyelaraskan pembinaan fasiliti penerbangan. Akhirnya Suruhanjaya Penerbangan ditubuhkan di bawah payung Unit Penyelidikan Saintifik Kementerian Per*ng Uthmaniyyah.

Lapan tahun selepas kejayaan penerbangan Wright Brothers, Turki meraih kedudukan di antara rakan sejawatnya iaitu Amerika Syarikat, British, Perancis, Jerman, Itali, Austria dan Russia dalam bidang penerbangan.

Suruhanjaya Penerbangan mengumpulkan maklumat mengenai kemajuan bidang penerbangan Eropah melalui atase-atase tentera Uthmaniyyah yang berada di ibu negara Eropah. Salah satu atase yang melapor kepada suruhanjaya tersebut adalah yang berada di Berlin, Mayor Enver Bey, yang menulis tentang belon udara dan artileri anti-belon udara.

Pada bulan Julai 1911, dua orang pegawai elit Uthmaniyyah, iaitu Kapten Kavalri Fesa Bey dan Lieutenan Jurutera Yusuf Kenan Bey, dihantar ke Sekolah Penerbangan Bleriot di Perancis untuk dilatih sebagai juruterbang.

Juruterbang Turki

Ketika Itali menceroboh Tripolitania, Uthmaniyyah masih belum bersedia untuk menggunakan pesawatnya dalam pertemp*ran. Terdapat percubaan untuk membeli pesawat dari Perancis dan menghantarnya ke medan per*ng melalui Algeria, tetapi rancangan ini gagal dilaksanakan.

Sementara itu, tentera Itali mengerahkan angkatan tentera udara dengan kekuatan sebanyak 28 buah pesawat pejuang dan 4 buah belon udara, ia menjadikan Itali sebagai negara pertama yang menggunakan pesawat pejuang tentera dalam peper*ngan.

Sesungguhnya Per*ng Turko-Itali merupakan per*ng “pertama” yang melibatkan pesawat dalam ketenteraan. Pasukan Uthmaniyyah melepaskan tembakan terhadap pesawat pejuang Itali pada 15 Disember 1911, sekaligus menjadi operasi artileri anti-pesawat yang pertama sepanjang sejarah ketenteraan dunia.

Pesawat pertama yang terhempas dalam peper*ngan adalah pesawat yang dipandu Lt. Manzini, ia telah ditembak jatuh pada tarikh 25 Ogos 1912 dan pesawat pertama yang ditawan adalah pesawat Kapten Moizo, pada tarikh 10 September 1912.

Perintis Penerbangan Turki

Kapten Fesa Bey dan Lieutenan Yusuf Kenan Bey telah berjaya menamatkan latihan mereka di Perancis pada bulan Mac 1912 dan ber*ngkat pulang ke tanah air. Mereka menjadi juruterbang ketenteraan pertama untuk Empayar Uthmaniyyah, dan mereka diberikan dua buah pesawat REP Deperdussin, yang merupakan sebahagian di antara 15 pesawat yang dibeli melalui sumbangan yang dikumpulkan dari kalangan rakyat.

Dengan pesawat ini, Fesa Bey dan Yusuf Kenan Bey telah terbang di ruang udara Istanbul pada 27 April 1912, mereka menjadi juruterbang Turki pertama yang menerbangkan pesawat di ruang udara tanahair mereka.

Pelatih-pelatih sekolah penerbangan di Yeşilköy

Uthmaniyyah membuka Sekolah Latihan Penerbangan di Yeşilköy, terletak di pinggir kota Istanbul, pada 3 Julai 1912, dan mula melatih juruterbang mereka sendiri. Pengarah pertama sekolah itu ialah Mejar Mehmet Cemal Bey. Ini merupakan satu langkah penting ke arah pembangunan bidang penerbangan ketenteraan Turki.

Pada waktu itu, terdapat beberapa kemajuan yang signifikan dalam penyelidikan bidang penerbangan Turki, jumlah personel terlatih meningkat, skuadron udara dibentuk dalam unit ketenteraan, dan juruterbang diberikan tugasan aktif di pengkalan.

Pada masa itu tentera Uthmaniyyah memiliki 17 buah pesawat dan 18 orang juruterbang (Fesa dan Yusuf Kenan dilatih di Bleriot; Salim, Fevzi, Nuri, Refik, Mithat, Şükrü, Salim dan Cemal dilatih di REP Flight School; Fethi, Aziz, Saffet, Fazıl, Abdullah, Sabri dan Mehmet Ali dilatih di Bristol Flight School).

Pada bulan Oktober 1912, negara-negara Balkan mengisytiharkan per*ng terhadap Empayar Uthmaniyyah.  Sembilan pesawat temp*r dan empat pesawat latihan mengambil bahagian dalam Per*ng Balkan. Selama fasa pertama per*ng tidak ada kejayaan yang signifikan bagi juruterbang Turki, bahkan empat buah pesawat mereka hilang.

Namun, fasa kedua dengan misi pemantauan melalui penerbangan rondaan yang berjaya telah dilaksanakan oleh juruterbang seperti Fesa Bey, Salim Bey, Fethi Bey, Fazıl Bey dan Kemal Bey, ia secara tidak langsung telah banyak menyumbang kepada hasil ser*ngan balas Uthmaniyyah yang berjaya terhadap negara-negara Balkan.

Penerbangan sulung belon udara Parseval

Belon udara pertama yang diperoleh Tentera Uthmaniyyah iaitu Parseval PL-9 telah diterbang tinggi di udara Yeşilköy pada 23 Julai 1913. Krew yang terdiri daripada pegawai dan jurutera Jerman dan Turki yang mengendalikan belon itu berjaya terbang hingga mencapai ketinggian 300 meter.

Penerbangan Jarak Jauh

Dengan berakhirnya Per*ng Balkan, yang menyebabkan Tentera Uthmaniyyah tidak lagi memiliki satu pun pesawat yang berfungsi, kajian dimulakan untuk mereformasi dan membangunkan sistem penerbangan ketenteraan Uthmaniyyah.

Seorang kapten tentera udara Perancis, Marquis de Gois de Mazeyrac, dilantik sebagai tenaga pengajar, pesawat yang baru dibeli dan Sekolah Penerbangan Tentera Laut dibuka di Yeşilköy.

Sementara itu, Lieutenan Nuri Bey dan Lieutenan Hami Bey terbang dengan pesawat Deperdussin dari Edirne ke Istanbul. Penerbangan jarak jauh pertama tentera udara Uthmaniyyah itu mengambil masa tiga jam lima minit.

Belkıs Hanım sedang menaiki pesawat Deperdussin

Lima hari selepas penerbangan yang berjaya ini, pada 29 Oktober 1913, Kapten Salim Bey dan Kapten Kemal Bey terbang di atas Laut Marmara dan pada 30 November 1913, Belkıs Şevket Hanım, ketua Persatuan Hak Asasi Wanita menjadi salah seorang wanita Turki pertama yang menerbangkan pesawat tentera selain daripada Sabiha Gökçen (anak angkat Mustafa Kemal Ataturk).

Inilah era yang merintis dunia penerbangan dan melahirkan juruterbang yang berani sekaligus mendorong diri mereka dengan pesawat mereka ke tahap maksimum. Pada awal tahun 1914, ketika dunia sedang memuji juruterbang Perancis yang berjaya terbang dari Paris ke Kaherah, pihak berkuasa Uthmaniyyah memutuskan untuk melakukan penerbangan yang serupa di seluruh Empayar mereka.

Pada bulan Februari 1914, satu ekspedisi dilancarkan dengan tujuan untuk melakukan penerbangan sejauh 2,370 km dari Istanbul ke Iskandariah di Mesir. Berikut adalah laluan yang diluluskan oleh pihak berkuasa: Istanbul-Eskişehir-Afyon-Ulukışla-Adana-Aleppo-Homs-Beirut-Damsyik-Baitmaqdis-El Arish-Port Said-Kaherah -Iskandariah.

Ekspedisi itu sangat penting kerana juruterbang Turki akan membuktikan kemampuan mereka dalam penerbangan jarak jauh, ia mengeratkan hubungan wilayah-wilayah di dalam empayar. Penerbangan itu juga dilihat sebagai satu kesempatan untuk menbina prestij yang tinggi lagi tersendiri.

Misi bermatlamat tinggi itu diamanahkan kepada dua pasukan dibawah pegawai tentera Uthmaniyyah. Kapten Fethi Bey dan Kapten Sadık Bey akan menerbangkan monoplane Bleriot XI yang diberi nama Muavenet-i Milliye, sementara Lieutenan Nuri Bey dan Lieutenan Ismail Hakkı Bey akan menerbangkan monoplane Deperdussin B bernama Prens Celaleddin.

Fethi Bey dan Sadık Bey bertolak dari Istanbul pada 8 Februari 1914, dan tiba di Beirut dalam masa tujuh hari. Setelah mereka berlepas dari Beirut, mereka terpaksa melakukan pendaratan kecemasan kerana kerosakan enjin. Setelah pesawat Bleriot itu dibaiki, mereka meneruskan perjalanan menuju ke Damsyik.

Pada 3 Mac, di dalam keadaan cuaca yang teruk di sekitar Dataran Tinggi Golan, pesawat itu terhempas berhampiran Samakh, di sebelah timur Laut Galilea. Fethi Bey dan Sadık Bey telah terkorb*n dalam kemalangan itu. Jenazah mereka dikebumikan di Damsyik, bersebelahan makam Salahaddin al-Ayyubi di sekitar Masjid Umayyah.

Nuri Bey dan İsmail Hakkı Bey telah berlepas dari Istanbul pada hari yang sama dengan rakan mereka Fethi Bey dan Sadık Bey. Pesawat mereka mengalami beberapa masalah teknikal, tetapi mereka berjaya tiba ke Damsyik pada 27 Februari dan Jaffa pada 10 Mac.

Ketika mereka meninggalkan Jaffa untuk ke Baitulmaqdis pada keesokan harinya, pesawat mereka tidak mendapat altitud yang cukup dan terhempas di kawasan berbatu ketika menuju ke arah  laut. Nuri Bey gagal menyelamatkan diri kerana lemas akibat lebihan berat dari pakaiannya ketika dia cuba berenang kembali ke pantai. Jenazahnya juga dikebumikan di Damsyik bersebelahan kubur Fethi Bey dan Sadık Bey. Ismail Hakkı Bey terselamat tetapi mengalami trauma yang amat teruk.

Tugasan itu kemudian diberikan kepada Salim Bey dan Kemal Bey yang ber*ngkat dari Istanbul, menerbangkan pesawat Bleriot XI. Mereka juga terhempas sekali namun terselamat dalam nahas itu, kemudian mereka meneruskan perjalanan dengan pesawat baru dan menyemp*rnakan ekspedisi setelah tiba di Iskandariah pada 15 Mei 1914.

“Perjalanan ini tidak boleh ditinggalkan separuh jalan walaupun kem*tian rakan seperjuangan. Penerbangan ke Kaherah merupakan impian rakyat dan bangsa, ia juga menjadi satu penghormatan bagi juruterbang seperti kami”. Salim Bey

P*rang Dunia Pertama

Kapten Erich Serno bersama Ali Rıza Bey

Ketika Empayar Uthmaniyyah menyertai Per*ng Dunia Pertama, mereka hanya memiliki tujuh buah pesawat dan sepuluh juruterbang yang siap sedia. Sebaik sahaja Empayar berada dalam peper*ngan, Empayar Russia melancarkan ser*ngan di medan Kaukasus dan Tentera Ketiga yang ditempatkan di sana memohon pesawat untuk melakukan tugas pengintaian.

Dua pesawat Bleriot bernama Edremit dan Tarık bin Ziyad yang akan diterbangkan oleh Fesa Bey dan Salim Bey dibawa menggunakan kapal pengangkut akhirnya ditenggelamkan oleh pihak Russia. Uthmaniyyah kehilangan dan juruterbang mereka yang ditawan dihantar ke kem tahanan di Siberia.

Bagi menjawab kepada permohonan Perintah Tertinggi Uthmaniyyah, sejumlah juruterbang Jerman mengunjungi Tentera Udara Uthmaniyyah pada tahun 1915 dan pegawai-pegawai Turki mula dihantar ke Jerman untuk menerima latihan penerbangan.

Pada masa yang sama, Kapten Erich Serno dari Tentera Udara Jerman diberikan tugas untuk memodenkan angkatan udara tentera Uthmaniyyah. Dia tiba dengan 12 buah pesawat, juruterbang, juruteknik, dan dia dilantik sebagai pengarah Sekolah Penerbangan.

Pada tahun-tahun awal per*ng, ada masalah serius berkaitan dengan pengangkutan pesawat dari Jerman ke Turki. Jerman sedang berper*ng dengan Serbia, manakala Bulgaria dan Romania kekal berkecuali, yang bermakna bahawa laluan darat disekat.

Atas sebab ini, pesawat dibawa ke Hungary Selatan dengan kereta api dan kemudian diterbangkan ke Turki.  Hanya setelah Serbia dikalahkan dan Bulgaria menyertai per*ng dengan memihak Kuasa Tengah, masalah logistik ini akhirnya berjaya diselesaikan. Sumbangan Jerman dari segi pesawat dan juruterbang memainkan peranan penting dalam memperkasakan usaha penerbangan Turki dalam per*ng.

Jumlah pesawat akhirnya meningkat kepada 40 buah pada tahun 1915, dan 90 buah pada tahun 1916. Pihak tentera telah menggunakan sejumlah 450 pesawat semasa per*ng, yang diterbangkan oleh 100 juruterbang Turki dan 150 Jerman.

Juruterbang Turki di Jerman di hadapan pesawat Albatros

Pada tahun 1915, ketika pesawat baru dibeli dan juruterbang dilatih di Sekolah Penerbangan, Uthmaniyyah turut mer*ngka semula struktur angkatan udara. Pasukan udara ditubuhkan di Çanakkale, Uzunköprü, Keşan, Adana, Damsyik, Iraq dan Kaukasus.

Hanya sejumlah juruterbang Turki yang bertugas di beberapa skuadron, manakala beberapa juruterbang Turki dan Jerman bertugas secara bersama di pasukan yang lain. Sementara itu, sebilangan kecil unit udara bebas Jerman, yang dikenali sebagai unit Pascha (Filegerabteilungen 300-305) beroperasi selaras dengan unit Turki di Syria dan Palestin.

“Kerjasama Jerman dan Uthmaniyyah memang layak dikagumi. Ia terus berjalan lancar tanpa rintangan. Terdapat ikatan persahabatan di antara mereka. Juruerbang Turki mengorb*nkan keselesaan mereka hanya untuk meringankan beban rakan-rakan Jerman dan itu membantu mereka membiasakan diri mereka dan membuang sentimen perasaan sebagai orang asing. Mereka menghargai pengetahuan teknikal Jerman dan peralatan yang canggih. Juruterbang Turki bekerja keras dengan tekad dan cinta untuk menyerap sepenuhnya pengetahuan itu.  Sebilangan dari mereka menjadi juruterbang pesawat pejuang yang cemerlang, yang lain melakukan operasi pengintaian yang sangat baik”.  — Kapten Serno dalam memoirnya

Sepanjang tempoh ini, Angkatan Udara Uthmaniyyah terdiri daripada unit-unit seperti Sekolah Penerbangan, Stesen Udara, Skuadron Udara, Skuadron Belon Stabil, Artileri Anti-Pesawat dan Stesen Meteorologi. Pasukan Udara Tentera Laut dan Sekolah Penerbangan Angkatan Laut bertugas di bawah Kementerian Tentera Laut.

Gambar dari udara ketika Pertemp*ran Çanakkale

Ketika pendaratan Bersekutu bermula di Gallipoli, pertahanan Zon Benteng Çanakkale memiliki skuadron udara meliputi empat pesawat (tiga Albatros B1 dan satu Rumpler B1). Skuadron ini terbukti sangat berkesan dalam tugas pengintipan, rondaan dan sokongan.

Pengintip udara telah memainkan peranan penting pada 18 Mac 1915 ketika usah armada Pasukan Bersekutu untuk menembusi Selat Dardanelles telah digagalkan. Kemudian skuadron pesawat pertama, yang dibantu dengan pemerhati Turki dan Jerman dan beberapa pesawat, meneruskan tugas pengintaian dan pengeboman ke atas pasukan British dan Perancis di pulau-pulau luar pesisir.

Bom dijatuhkan menggunakan tangan dan pada waktu itu sistem persenjataan pesawat masih tidak berkesan. Pesawat pertama yang dilengkapi dengan mesingan di kokpit belakang memulakan perkhidmatan pada bulan Ogos 1915.

Sekumpulan juruterbang Turki

Pada 5 Julai 1915, sebuah unit penerbangan tentera laut kecil yang terdiri dari Gothaseaplanes tiba dari Jerman.  Seminggu kemudian, empat pesawat baru menambah kekuatan skuadron pertama, yang dibawah perintah Lieutenan dari Jerman, Ludwig Preussner, kemudian diikuti oleh Kapten Tahsin Bey.

Unit ini terus memberikan sokongan udara kepada Tentera Kelima untuk saki baki kempen Gallipoli. Kualiti maklumat yang diberikan oleh laporan pengintaian bertulis ditingkatkan dengan sistem fotografi yang sangat baik setelah kamera yang direkabentuk untuk tujuan ini telah diterima pada musim luruh.

Antara bulan September-Disember 1915, pesawat Fokker Jerman tiba di Gallipoli. Mereka semua diterbangkan oleh juruterbang Jerman, dan walaupun mereka mengambil bahagian dalam aksi tersebut untuk jangka waktu yang singkat, mereka menghasilkan kejayaan besar.

Komander kumpulan ini, Lieutenan Hans Joachim Buddecke berjaya menjatuhkan empat pesawat musuh, selain lima pesawat musuh yang ditembak oleh juruterbang lain, Schulz, Meinecke dan Muhra. Ketika tentera Bersekutu cuba berundur meninggalkan semenanjung Gallipoli, pesawat Fokker Jerman masih terus memburu kapal Inggeris.

Di Palestin, skuadron udara dengan  empat pesawat pada mulanya berperanan menyokong Tentera Darat Keempat. Namun, mereka tidak lagi berguna. Salah satu darinya terhempas semasa latihan, yang lain ditinggalkan begitu  saja.

Tidak ada unit udara yang tersedia untuk kempen di Mesopotamia, namun Uthmaniyyah mula sedar bahawa mereka mungkin boleh menggunakan pesawat British yang ditawan. Lieutenan Fazıl Bey dihantar dari Palestin ke Iraq untuk mengatur operasi ini, namun kebanyakan pesawat British sudah tidak berguna, kerana banyak komponen pentingnya hilang ketika ditawan. Kemudian, pada bulan Disember 1915, Uthmaniyyah menghantar skuadron udara ke medan Mesopotamia.

Enver Pasha di hadapan bangkai pesawat British

Tentera Udara Uthmaniyyah memperoleh kuasa penuh hanya pada tahun 1916. Pada bulan Mei 1916, semua unit penerbangan digabungkan di bawah Biro Pemeriksaan Hal Ehwal Udara Perintah Tertinggi Uthmaniyyah. Pada bulan Disember 1916, angkatan udara mereka terdiri daripada 90 pesawat, 81 juruterbang dan 57 pemerhati.

Penstrukturan semula utama angkatan udara Uthmaniyyah berlaku pada bulan Julai 1918. Pada masa itu Tentera Udara mempunyai 46 juruterbang, 59 pemerhati, tiga unit belon pemerhati dan 92 pesawat, 14 di antaranya adalah pesawat laut. Terdapat juga 13 juruterbang dan 22 pelatih pemerhati dan 21 pesawat latihan di Yeşilköy.

Pada 30 Oktober 1918, gencatan senjata ditandatangani dan pasukan Sekutu mula menguasai wilayah-wilayah Uthmaniyyah. Dengan berlakunya perjanjian ini, aktiviti penyingkiran bermula dalam tentera Uthmaniyyah, dan juruterbang Jerman mula meninggalkan negara itu.

Pasukan Bersekutu mengambil alih Stesen Udara Safraköy di utara ke Yeşilköy dan menempatkan unit udara mereka sendiri di sana. Biro Pemeriksaan Utama Tentera Udara dibubarkan dan yang tinggal hanyalah sekadar plat nama buat kenangan.

Kemudian, terdapat usaha untuk mewujudkan tiga stesen udara (di Istanbul, Izmir dan Konya) dan dua skuadron udara (di Elazığ dan Diyarbakır) melalui usaha juruterbang Turki menggunakan peralatan-peralatan yang tersisa dari per*ng. Namun, pada 25 Jun 1920, Kementerian Per*ng menutup seluruh Biro Pemeriksaan Utama Tentera Udara sepenuhnya dan membubarkan seluruh anggota angkatan udara. Ini mengakhiri zaman angkatan udara tentera Turki Uthmaniyyah.

RUJUKAN:

  • Emin, A., “Turkey in the World W4r”, Yale University Press, New Haven, 1930.
  • Erickson, E.J., The Ottoman Army in the First World W4r: Çanakkale, Kut al-Amara and Palestine Fronts),
  • Ottoman Army Effectiveness in World W4r I: A Comparative Study” terbitan 2007
  • WW1 Ottoman Empire Aircraft (1914-1917) : https://www.militaryfactory.com/aircraft/ww1-ottoman-empire-aircraft.asp

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.