Sejak zaman-berzaman, kucing menjadi antara haiwan pilihan – baik sebagai sembahan mahupun belaan. Di Mesir Purba, ia dipuja sebagai Bastet. Di China, ia disembah sebagai Li Shou dan di Poland, ia dihormati sebagai Ovinnik.

Kedudukan kucing cukup signifikan kerana ia melindungi hasil tanaman dari haiwan per.os.ak seperti tikus. Justeru, kucing disayangi khususnya oleh masyarakat purba yang kehidupan mereka amat bergantung pada hasil pertanian.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Pernah dalam sejarah, sebuah kota sanggup menyerah kalah dalam pe.rang semata-mata kerana enggan mengapa-apakan kucing. Kota yang dimaksudkan ialah Pelusium, sebuah kota subur dan kaya milik Mesir Purba yang dise.ra.ng oleh Kisra Cambyses II dari Parsi pada tahun 525 SM.

Dalam se.ra.ngan tersebut, Cambyses II mengarahkan ten.teranya supaya melukis imej kucing pada perisai masing-masing di samping meletakkan segerombolan kucing di barisan hadapan. Helah ini dilakukan kerana beliau mengetahui yang kucing merupakan haiwan suci buat orang-orang Mesir.

Kesannya, ten.tera-ten.tera Mesir terpaku dan tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka lantas memilih untuk meletakkan sen.jat.a berbanding menc.eder.akan kucing yang mereka puja.

Dalam tradisi agama Islam juga, kucing menempati kedudukan yang istimewa apabila larangan untuk menz.ali.minya disebutkan secara khusus dalam sebuah hadis, selain ia menjadi haiwan kesayangan seorang sahabat Nabi yang sehingga kini dikenali sebagai ‘Bapa Kucing’ (Abu Hurairah).

Pada hari ini, kucing menjadi haiwan peliharaan nombor dua di dunia selepas anjing. Data tahun 2018 mendapati sebanyak 470 juta ekor anjing dibela di dunia berbanding kucing peliharaan yang sebanyak 370 juta ekor.

Penelitian pada Februari 2021 pula mendapati yang kucing lebih popular berbanding anjing di 91 buah negara (rata-ratanya di Eropah dan Asia) sambil anjing pula lebih popular di 76 buah negara lain (kebanyakannya di Oceania, Afrika, dan Amerika).

Namun di sebalik kepopulariti kucing sebagai haiwan peliharaan yang comel dan menguit hati, siapa sangka yang ia juga merupakan pemang.sa besar dalam kalangan haiwan.

Pada tahun 2013, kajian mendapati di Amerika Syarikat sahaja, kucing memb.unu.h sebanyak 2.4 billion burung dalam tempoh setahun. Ini tidak termasuk enam hingga 22 billion mamalia kecil, sekali gus menjadikan secara keseluruhan, kucing terlibat sebagai punca kepupusan 63 spesis haiwan terutama spesis endemik.

Antara mang.sanya ialah burung traversia lyalli, iaitu spesis burung endemik di Pulau Stephens, New Zealand.

Lokasi Pulau Stephens dan ilustrasi burung traversia lyalli

Kisah bermula pada Februari 1894, saat seorang naturalis bernama David Lyall dipindahkan bersama 16 individu lain ke Pulau Stephens, sebuah pulau terpencil yang diapit oleh kedua-dua pulau New Zealand. Keberadaan Lyall di sana adalah sebagai pembantu penjaga rumah api.

Untuk menjadikan suasana lebih meriah dan menghiburkan, Lyall turut membawa bersama seekor kucing peliharaan yang sedang bunting. Namanya ialah Tibbles.

Kehadiran Tibbles (dan anak-anaknya) bagaimana pun mengundang b.encan.a buat ekosistem sedia ada.

Sebagaimana resmi mana-mana kucing, setiap hari, Tibbles akan membawa pulang hasil bu.ruannya dan menunjukkannya kepada Lyall. Sebagai seorang naturalis, Lyall dapat mengecam setiap spesis yang dibawakan kepadanya. Cuma, ada satu spesis yang beliau gagal kenali – iaitu sejenis burung.

Sepanjang berada di Pulau Stephens, beliau hanya pernah menyaksikan burung tersebut dua kali. Lyall menyifatkannya sebagai “burung batu” memandangkan ketika terlihatnya, burung tersebut sedang berlegar di sekitar batu.

Saiz burung itu kecil sahaja, hampir seperti tikus. Pergerakannya laju dan ia tergolong sebagai burung yang tidak boleh terbang – satu sifat yang tidak asing bagi spesis burung di New Zealand, memandangkan pulau itu terpencil sejak sekian lama tanpa sebarang pemang.sa baik dari kalangan haiwan atau manusia.

Spesimen burung tersebut kemudian dikumpulkan dan dihantar ke England untuk diteliti. Ia seterusnya disahkan oleh seorang pakar burung bernama Walter Buller sebagai satu spesis baru. Namun ketika itu, segala-galanya sudah berakhir.

Tahun 1895, Lyall mengirim surat kepada Buller dan antara kandungannya berbunyi, “… kucing-kucing di sini dah makin menjadi-jadi. Habis semua burung dikerjakannya.”

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Bermula tahun tersebut, spesis burung itu tidak lagi ditemui. Usaha-usaha pencarian yang dilakukan pada tahun berikutnya oleh H.H. Travers, seorang ahli naturalis yang turut dihubungi Lyall juga gagal.

Apapun menerusi kontak dengan Travers, Lyall sempat menjual sembilan spesimen burung tersebut kepada seorang ahli zoologi bernama Walter Rothschild dengan dua spesimen terakhir miliknya dijual pada harga £50 setiap satu (£5,000 atau RM29,047 nilai hari ini).

Rothschild kemudian menamakan spesis burung tersebut sebagai traversia lyalli bersempena nama Travers dan Lyall.

Spesimen burung traversia lyalli

Empat tahun berikutnya, iaitu tahun 1898, rumah api di Pulau Stephens menerima penyelia baru bernama Robert Cathcart. Perkara pertama yang dilakukan oleh Cathcart adalah meminta bekalan senapang patah dari Marine Department.

Tujuannya cuma satu; mengh.apu.skan kucing-kucing yang ada di pulau tersebut. Dalam tempoh sembilan bulan, lebih 100 kucing habis dib.unu.hnya dan 27 tahun kemudian, iaitu pada 1925, Pulau Stephens bebas sepenuhnya dari kucing.

Namun, keadaan ini sama sekali tidak dapat mengembalikan traversia lyalli yang sudah p.upu.s.

RUJUKAN

Andrei, Mihai. (15 Mei 2021). How Tibbles the cat possibly caused an entire species to go extinct. ZME Science.

Budget Direct. (10 February 2021). Cats vs Dogs: Which Does the World Prefer?

Muftiwp.gov. (21 April 2020). Al-Kafi #1707: Benarkah Rasulullah S.A.W Pernah Memiliki Kucing Bernama Muezza?

Patowary, Kaushik. (6 July 2018). How a Single Cat Hunted to Extinction the Entire Species of Stephens Island Wren. Amusing Planet.

Sizemore, Grant. (n.d.) Cats and birds: The combination can be disastrous. ABC Birds.

Ward, Jason. (18 July 2021). The Cat Responsible for the Death of an Entire Species. Medium.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.