Bila bercakap tentang french fries, pasti Mekdi akan jadi sebutan walaupun cepat kejung. Burger King nampak benda ni lantas lancarkan Perang French Fries terhadap Mekdi.

Macam mana perang ini boleh berlaku?

Sejak awal lagi, Burger King sentiasa kalah dengan Mekdi biarpun kedua-duanya menawarkan menu yang hampir sama. Tapi ada satu kelemahan Mekdi yang Burger King dapat kesan iaitu french fries.

Masalah utama french fries Mekdi adalah cepat kejung dan keras bila dah sejuk. Ditambah lagi, biasanya pelanggan tidak akan menghabiskan french fries yang kejung lalu berlaku pembaziran.

Apa yang Burger King buat adalah bereksperimen untuk menghasilkan french fresh yang rangup dan tak cepat kejung. Burger King berjaya menemui resepi terbaik dengan mengaulkan jejari kentang bersama tepung ubi.

Tapi resepi baru itu masih belum mampu tarik ramai pelanggan. Jadi Burger King beri french fries percuma kepada 500 pelanggan terpilih untuk dapatkan maklum balas. Hampir kesemua pelanggan menyukai french fries tersebut.

Mekdi yang melihat situasi itu kekal tenang. Sebab hampir 9 juta pelanggan membeli french fries setiap hari. Setakat hilang 500 orang pelanggan, sikit pun tak goyang.

Burger King membalas balik dengan memberi 15 juta french fries percuma kepada pelanggan setiap hari. Respon yang diterima amatlah positif sehingga ramai pelanggan setia Mekdi turut menggemari french fries Burger King.

Habis menggelabah beruk Mekdi. Lepas tu dia terus tawarkan french fries percuma jika pelanggan beli set large. Burger King pula hanya gelak saja lihat reaksi Mekdi. Katanya deme tak tergugat pun dengan strategi Mekdi.

Tak boleh jadi ni sebab dah nak hampir kalah. Mekdi pun menyerang menu Burger King yang lain iaitu whopper dengan menawarkan Big Xtra. Strategi itu berjaya dan Burger King terpaksa memberikan fokus bagi menghadapi Mekdi dalam persaingan burger pula.

Lama-kelamaan, french fries mula terabai dan ramai pelanggan semakin tidak menggemarinya. Malah ada yang cakap makan french fries Burger King macam telan kacang panjang yang disalut kertas pasir.

Bermula sejak itu french fries Mekdi mendapat sambutan kembali kerana keaslian resepinya biarpun cepat kejung. Burger King pula kurangkan asakannya terhadap Mekdi dan memberikan fokus kepada whopper.

 

 

Tak tahu nak buat apa masa makan french fries kejung, jom baca ENAM ANGKA MENJELANG DISEMBER. Boleh beli di https://bit.ly/3XNFpky


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply