Angka Kes 3333 Dalam Qur’an?

1,089

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Angka 3,333 kes kumulatif Covid-19 digembar-gemburkan dengan konon adanya perintah duduk di rumah dalam Al-Qur’an. Padahal angka 3,333 itu tidak ada kena mengena dengan ayat ke 33 surah ke 33 kerana;

1) Perintah untuk duduk diam di rumah yang disebut di dalam ayat ini khas merujuk kepada Ummahatul Mukminin dan Ahlil Bayt Rasulullah ﷺ dari kalangan WANITA.

Perhatikan kalimat;

بُيُوتِكُنَّ
Maksudnya: Rumah-rumah kalian

Dhomir (Kata ganti diri) ‘Kalian’ dalam ayat ini jelas menunjukkan Jamak bagi Wanita kerana hadirnya Nun Jamak Muannath.

Kaedah umum,jamak muannath hanya khusus bagi muannath(wanita) dan tidak akan merangkumi mudzakkar (lelaki) namun bersalahan jamak mudazkkar tidak terhad kepada mudzakkar sahaja dan boleh merangkumi muannath bersekaligus.

2) Perintah berdiam di rumah ketika ini adalah furu'(cabang) ketaatan kepada Waliyyul Amri (pemerintah) dan bukanlah perintah khusus dari Al Qur’an.

3) Sedangkan ayat ke 33 surah Al Ahzab ini membicarakan tentang perintah-perintah khusus bagi Ummahatul Mukminin dan Ahlil Bayt Rasulullah ﷺ dari kalangan WANITA yang berkesinambungan dari ayat sebelumnya dan seterusnya.

4) Perintah berdiam dalam ayat ini dengan tujuan menjaga muruah (kehormatan) dan bukan kerana menghindarkan penyakit!

Berhentilah bernujum,teka-meneka dengan ayat-ayat Allah tanpa ilmu,kerana dibimbangi hal ini termasuk dari kalangan membicarakan tentang Al-Qur’an tanpa ilmu.

TAKUTLAH dengan ANCAMAN dari sabda Rasulullah ﷺ;

وَمَنْ قَالَ فِي الْقُرْآنِ بِرَأْيِهِ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Maksudnya: Sesiapa yang berkata sesuatu pada Al-Quran dengan menggunakan pendapatnya sendiri maka bersiap sedialah tempatnya di dalam neraka.
Riwayat At-Tirmidzi

و الله أعلم

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.