Putera Bersama Andorra (Co-Princes of Andorra) merupakan 2 orang ketua negara (Cap d’Estat) bagi Andorra. Andorra merupakan sebuah negara daratan yang terletak di barat daya Eropah dan bersempadan antara Sepanyol dan Perancis. Antara fakta menarik tentang Andorra ialah negara mewah ini terkenal dengan sektor pelancongan dan statusnya yang bebas cukai.

Namun yang menjadi sorotan ialah Andorra mempunyai sistem pemerintahan yang unik kerana negara ini diketuai oleh 2 individu yang bergelar Putera . Uniknya lagi, individu ini masing-masing mestilah berasal daripada Perancis dan wilayah kecil Urgell yang  terletak di Sepanyol. Bukan setakat itu, pelantikan Putera Andorra yang berasal dari Perancis dipilih secara demokratik dan mengejutkan bukan rakyat Andorra yang memilih tetapi rakyat Perancis melalui pilihan raya presiden.

Manakala Putera seorang lagi mestilah seorang Bishop of Urgell yang dilantik secara terus oleh Pope yang berpusat di Vatican. Kini Bishop of Urgell, Joan Enric Vives Sicília dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron merupakan Putera Bersama Andorra yang bertugas sebagai ketua negara bagi negara kecil itu.

Bagaimana Sistem ini bermula?

Secara ringkasnya, sistem pemerintahan dwi-raja atau diarki (diarchy) bermula apabila piagam Paréage pertama ditandatangani pada abad ke-13. Piagam ini ditandatangani bagi meleraikan perselisihan antara Bishop of Urgell dan Count of Foix (sebuah kerajaan yang terletak di kawasan Perancis sekrang) soal kedaulatan keatas Andorra.

Akhirnya, pada tahun 1278, Aragon (sebuah kerajaan yang terletak di kawasan Sepanyol sekarang) menjadi orang tengah untuk meleraikan konflik ini. Setelah itu, piagam Paréage pun ditandatangani yang membuka jalan kepada perkongsian kedaulatan keatas Andorra antara Bishop of Urgell dan Count of Foix.

Bagaimana pula Presiden Perancis boleh menjadi Putera Bersama Andorra? Melalui pewarisan, Count of Foix memindahkan taktahnya kepada kerajaan Navarre. Selepas Raja Henry ke-III daripada Navarre menjadi Raja Henry ke-IV Perancis, baginda menitahkan pada tahun 1607 untuk mengisytiharkan Raja Perancis dan Bishop of Urgell sebagai Putera Bersama Andorra.

Sejak daripada itu, siapapun yang menjadi ketua negara Perancis samada Raja, Maharaja, mahupun Presiden akan tetap menjadi Putera Bersama Andorra yang merupakan salah seorang ketua negara Andorra.

Tugas-tugas Putera Bersama Andorra

Kebanyakan tugas-tugas mereka sama seperti tugas seorang ketua negara bagi negara yang mengamalkan konsep raja berperlembagaan. Menariknya, sebelum tahun 1993, tiada sebarang garis panduan yang jelas dalam perlembagaan Andorra tentang tugas Putera Bersama bahkan Putera Bersama. Setelah itu, tugas Putera Bersama Andorra disebut secara jelas dalam perlembagaan. Antara kuasa yang mereka boleh jalankan tanpa nasihat ketua kerajaan ialah:

  • Kuasa pengampunan
  • Setiap Putera Bersama boleh melantik seorang ahli Majlis Tertinggi Keadilan dan seorang ahli Tribunal Perlembagaan
  • Membentuk apa jua perkhidmatan yang dianggap perlu untuk memenuhi tugas mereka sebagai ketua negara, dan melantik individu-individu yang dianggap sesuai bagi mereka untuk mengisi jawatan tersebut

Kesimpulan

Andorra merupakan negara yang unik kerana mereka mempunyai dua ketua negara dari 2 negara yang lain. Bishop of Urgell, Sepanyol dan Presiden Perancis merupakan Putera Bersama Andorra yang menjadi ketua negara bagi Andorra. Seperti negara-negara raja berperlembagaan yang lain, kuasa Putera Bersama Andorra terhad kepada simbol sejarah, budaya, tradisi, dan tidak terlibat secara langsung dalam politik.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang yang meminati subjek politik, ekonomi, dan falsafah. Cenderung kepada konservatism, Keynesian, dan berpegang kepada Ahlus Sunnah wal Jamaah. Namun begitu, saya hanyalah seorang guru di pusat pendidikan swasta dan bercita-cita melahirkan generasi intelektual dan bermoral tinggi serta bersedia mempertahankan agama, raja, dan negara.

Comments are closed.