Muzium Negara, Planetarium Negara, Pusat Sains Negara dan Aquaria; itu secara umumnya adalah institusi di Malaysia yang masing-masing berperanan sebagai penyampai ilmu kepada masyarakat tentang selok-belok dunia sejarah, astronomi, sains dan hidupan laut.

Glotaria secara ringkasnya adalah institusi yang berperanan sebagai penyampai ilmu kepada masyarakat tentang selok-belok bahasa dan aplikasinya. Artikel ini membincangkan tentang gambaran sekiranya “Glotaria” itu wujud di dunia sebenar.

Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan “Glotaria”? Perkataan ciptaan penulis artikel ini terdiri daripada dua perkataan asas iaitu “Glot” dan “Aria”. Perkataan “Glot” berasal daripada bahasa Yunani, glôtta (γλῶττα) yang bermaksud “bahasa” ataupun “lidah” manakala “Aria” merupakan jamak bagi perkataan Latin, Arium [ˈaː.ri.ũ] yang bermaksud “tempat simpanan benda”. Justeru, “Glotaria” yang merupakan gabungan Yunani-Latin secara harfiahnya bermaksud “Tempat Simpanan Bahasa” ataupun “Tempat Simpanan Lidah”.

Antara gambaran seandainya Glotaria wujud di dunia sebenar adalah terdapatnya teleberita. Pengunjung yang melangkah masuk ke dalam tempat tersebut setelah membayar tiket akan terlihat skrin bersaiz besar yang terpampang maklumat semasa mengenai tiga perkara iaitu bilangan bahasa, bilangan populasi manusia dan bilangan negara di seluruh dunia.

Ketika artikel ini dikarang, terdapat 7 111 bahasa sedang dituturkan oleh 7 705 777 622 orang di 195 negara seluruh dunia. Justeru, teleberita berkenaan akan terpampang “7 111 bahasa ; 7 705 777 622 manusia ; 195 negara”. Teleberita ini akan dikemaskini pada setiap 24 jam.

Selain itu, mesin interaktif adalah antara gambaran seandainya Glotaria wujud di dunia sebenar. Mesin interaktif yang terlibat adalah “Abjad Fonetik Antarabangsa Interaktif” ataupun “Interaktif IPA”. Pengunjung yang tertarik kepada Interaktif IPA akan menekan paparan mana-mana satu huruf IPA lalu akan muncul profil nama, bunyi dan segala maklumat yang terdapat pada huruf berkenaan.

Sebagai contoh, jika menekan paparan huruf  “ʀ” (Uvular Trill),  akan muncul segala maklumat seperti cara untuk membunyikan serta bahasa dan wakil huruf yang menggunakannya. Bahasa Perancis dan Jerman adalah contoh bahasa yang mempunyai bunyi itu.

Di samping itu, maklumat mengenai tokoh adalah antara gambaran seandainya Glotaria wujud di dunia sebenar. Maklumat mengenai tokoh yang terlibat dalam perkembangan pelbagai bahasa terpilih akan dipamerkan di tempat ini.

Sebagai contoh, Zainal Abidin Ahmad (Za’aba), adalah tokoh yang terlibat dalam perkembangan bahasa Melayu. Segala maklumat tentang hal-ehwal kehidupannya akan dipamerkan di situ. Gambar Za’aba akan terpampang di dinding manakala maklumat akan tertulis sama ada pada bahagian kiri, kanan, atas ataupun bawah.

Kemudian, pembentangan tahunan adalah antara gambaran seandainya Glotaria wujud di dunia sebenar. Setiap tahun, orang terpilih dalam jurusan Linguistik dari mana-mana institusi pendidikan tinggi akan dijemput untuk membuat perbentangan tentang apa sahaja perkara yang berkaitan dengan bahasa.

Sesi Soalan dan Jawapan (Sesi Q&A) akan berlangsung antara pengunjung dan orang berkenaan. Justeru, kedua-dua pihak akan mendapat manfaat sama ada secara langsung ataupun sebaliknya.

Seterusnya, maklumat kepupusan bahasa adalah antara gambaran seandainya Glotaria wujud di dunia sebenar. Pengunjung yang berada di sini akan mendapat tahu akan sebilangan bahasa di seluruh dunia yang telah pupus serta maklumat berkaitan dengan berlakunya kepupusan tersebut.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Menurut Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO); kepupusan bahasa terbahagi kepada lima tahap iaitu Rentan (Vulnerable), Pasti Terancam (Definitely Endagered), Terancam Parah (Severely Endagered), Terancam Kritikal (Critically Endangered) dan akhir sekali; Pupus (Extinct). Sebagai contoh, Bahasa Ayapaneco pernah diancam kepupusan kerana dua penutur terakhir bahasa tersebut enggan bertegur sapa kerana masalah peribadi. Gambar dua penutur akan terpampang di Glotaria.

Akhir sekali, kedai cenderamata adalah antara gambaran seandainya Glotaria wujud di dunia sebenar. Pengunjung yang berada di Glotaria boleh mendapatkan barangan berkaitan bahasa di kedai berkenaan. Contoh barangan yang berkaitan dengan bahasa adalah carta keluarga bahasa, poster kata-kata hikmah daripada ahli bahasa dan yang paling mahal “Meter IPA”.

Jika seseorang itu menyebut “nǐ hǎo (你好)” yang bermaksud “Helo” dalam bahasa Mandarin ke arah Meter IPA, mesin tersebut akan keluar paparan “[ni²¹⁴⁻³⁵ xɑʊ̯²¹⁴⁻²¹⁽⁴⁾]” selepas beberapa ketika. Begitu juga dengan “Bonjour [bõ.ʒuə̯ʁ]”, “Buongiorno [ˈbwɔnd͡ʒorno]”, “Hej [haj]”, “merħba [ˈmɛrħbɐ]” dan “Privet [prʲɪˈvʲet]” dalam Bahasa Perancis, Itali, Denmark, Malta dan Rusia masing-masing dengan maksud yang sama.

Kesimpulannya, itu adalah antara gambaran jika Glotaria wujud dalam dunia sebenar. Untuk pengetahuan semua, Glotaria adalah antara angan-angan utopia daripada penulis artikel ini. Jika angan-angan utopia ini wujud dalam dunia sebenar, adakah anda akan meluangkan masa pergi ke tempat tersebut? Apakah harapan anda jika Glotaria wujud? Sila berikan maklumbalas anda kepada kami.

Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.