Anda Rasa Anda Pandai? Baca Artikel Ini.

0
5104
views

Orang yang bagaimana anda rasa sebagai orang yang pandai?

Pelajar yang mendapat straight A dalam peperiksaan SPM, 4.0 pointer dalam peperiksaan universiti, menjulang anugerah antarabangsa dalam bidang sains?

Anda tidak salah. Mereka dikategorikan sebagai salah seorang daripada mereka yang pandai.

Namun, tahukah anda terdapat beberapa kategori kecerdasan (intelligence) di dunia ini?

Pada tahun 1983, ahli psikologi Amerika Syarikat bernama Profesor Howard Gardener dari Universiti Harvard telah memperkenalkan sembilan (9) jenis kecerdasan iaitu:

  • Naturalist(nature smart) – kecenderungan terhadap alam sekitar seperti bumi, bentuk muka bumi, haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti ahli geologi, cef
  • Musical(sound smart) – kecenderungan terhadap bunyi seperti pemuzik, vokalis, pendengar yang sensitif
  • Logical-mathematical(number/reasoning smart) – kecenderungan terhadap nombor, penaakulan, penyelesaian masalah seperti saintis, detektif
  • Existential(life smart) – kecenderungan untuk mengetahui dan memahami tentang tujuan hidup, kehidupan beragama dan Tuhan seperti agamawan, ustaz/ustazah, paderi
  • Interpersonal(people smart) – kecenderungan bersosial dan mengadakan hubungan dengan orang lain seperti guru, pelakon, ahli politik
  • Bodily-kinesthetic(body smart) – kecendrungan menggunakan anggota tubuh badan seperti atlet, penari, pakar bedah, orang yang pandai bertukang
  • Linguistic(word smart) – kecenderungan berfikir dan menggunakan perkataan untuk meluahkan dan menjelaskan perkara yang rumit secara bertulis/berucap seperti penulis, wartawan, pendebat
  • Intra-personal(self smart) – kecenderungan memahami diri sendiri dan pandai menggunakan pengetahuan tersebut untuk merancang hidup sendiri seperti ahli psikologi, ahli falsafah, ahli kerohanian/agamawan.
  • Spatial(picture smart) – kecenderungan terhadap berfikir, berimaginasi dan manipulasi dalam imej tiga dimensi seperti juruterbang, pelukis, arkitek

Pengenalan Sembilan (9) jenis kecerdasan ini penting dan membuka minda kita bahawa lebih ramai antara kita sebenarnya boleh dikategorikan sebagai pandai cuma kita mempunyai kecerdasan yang berbeza. Di sekolah, biasanya tumpuan lebih terarah kepada kecerdasan linguistic dan logical-mathematical dan kurang penumpuan terhadap bidang lain. Justeru itu, kanak-kanak yang tidak mempunyai kecerdasan dalam bidang selain kedua-duanya dianggap mempunyai masalah dalam pembelajaran, sedangkan minat dan kebolehan mereka sebenarnya berbeza.

Justeru itu, jika kita tidak pandai dalam matematik, mungkin minat kita lebih terarah kepada seni dan alat muzik. Apabila kita dapat mengenal pasti minat dan kemahiran yang kita pandai secara semula jadinya sejak dari kecil lagi, kita boleh mula fokus terhadap mengasah bakat dan kemahiran tersebut agar berada di tahap terbaik. Skil dan kemahiran yang diasah ini akan membuahkan manfaat dan seterusnya memberikan rasa kepuasan dalam hidup. Antara tokoh terkemuka yang berbakat ialah seperti Nicol David (bodily-kinesthetic), Anwar Ibrahim (linguistic), Nur Adlyka Ainul Annuar (logical-mathematical) dan banyak lagi.

Malah ada antara penulis The Patriots pun menunjukkan kecenderungan dalam bidang kecerdasan tertentu dan boleh dikenal pasti minat, kebolehan dan kemahiran mereka.

Dan jangan terkejut sekiranya ada antara kita yang sebenarnya mempunyai gabungan dua atau tiga kecenderungan. Malah menurut kajian, seorang manusia boleh mempunyai antara tiga ke lima kecenderungan dalam hidupnya. Cuma kita perlu kenal pasti apakah kecenderungan yang dominan dan asah.

Anda berminat untuk mengetahui kecenderungan kecerdasan anda? Boleh klik link ini dan jawab soalan yang disediakan :https://personalitymax.com/multiple-intelligences-test/ 

Mereka akan berikan penjelasan mengenai kecenderungan anda dan memberikan tip mudah untuk membantu anda belajar dan menyerap ilmu dengan lebih baik.

Nota: Tonton video ini sekiranya kecenderungan anda bersifat musical dan/atau spatial dan anda bosan membaca artikel ini:

https://www.youtube.com/watch?v=jVQitvk1Xtk

 

 

 

 

 

 

 

 

Bacaan lanjut:

9 Types Of Intelligence – Infographic

https://blog.adioma.com/9-types-of-intelligence-infographic/

Multiple Intelligences

http://www.institute4learning.com/resources/articles/multiple-intelligences/

The 8 Types of Learning Styles

https://www.skillsyouneed.com/rhubarb/fingerprints-learning-styles.html