Pernahkah anda berasa tertekan dan marah apabila talian internet tidak berfungsi? Hal ini mungkin berpunca daripada personaliti anda. Apabila teknologi digital tidak berfungsi, timbulnya perasan resah (anxiety) ketinggalan pengalaman sosial yang mungkin sedang dialami oleh orang lain pada waktu anda tiada talian internet.

Contohnya anda berasa bimbang dan resah apabila tidak mengetahui apa yang terjadi di dunia media sosial apabila talian internet tidak berfungsi. Menurut kajian dari De Montfort University terdapat personaliti tertentu yang mempengaruhi tindak balas seseorang apabila berlakunya kegagalan teknologi digital seperti talian internet. Personaliti ekstrovet dan neurotik mempunyai tindak balas yang ekstrem apabila terputusnya talian internet.

Apabila berlakunya kegagalan teknologi digital untuk berfungsi, kita akan bertindak dengan cara berbeza antaranya ialah tindak balas maladaptive. Tindak balas maladaptive ialah tindak balas yang dipenuhi dengan perasaan marah, panik dan tertekan. Tindak balas ini bukan sahaja tidak membantu, malah memberikan impak buruk terhadap produktiviti dan prestasi kerja.

Sekiranya teknologi digital gagal berfungsi akibat daripada serangan siber, ia akan memberikan kesan kepada ramai orang termasuklah perniagaan. Maka, penting untuk memahami bagaimana untuk bertindak untuk mengelakkan kesan yang lebih negatif.

Dalam kajian oleh De Montfort University itu, seramai 630 subjek berumur 18 – 68 tahun telah menjawab soalan atas talian. Soalan tersebut melibatkan tindak balas mereka apabila berlakunya kegagalan teknologi digital, ketakutan rasa ketinggalan dan ketagihan internet. Mereka juga diminta menjawab persoalan mengenai BIG-5 personaliti iaitu ekstraversi (extraversion), kesepakatan (agreeableness), keterbukaan (openness), kesungguhan dan neurotism.

Hasil kajian menunjukkan bahawa ketakutan rasa ketinggalan (fear of missing out), ketagihan internet, ekstraversi dan neurotism mempunyai pengaruh positif terhadap tindak balas maladaptive. Dengan kata lain, orang yang mempunyai kebergantungan psikologi terhadap teknologi digital berkecenderungan mempunyai tindak balas maladaptive apabila teknologi digital itu tidak berfungsi. Kajian juga menunjukkan bahawa, apabila umur meningkat, tahap tekanan yang dialami semakin berkurangan.

Semakin kerap kita menggunakan peranti dan teknologi, semakin kuat kebergantungan kita kepadanya. Maka, apabila teknologi yang kita gunakan tidak berfungsi, kita cenderungan bertindak tidak rasional. Tindak balas yang ekstrem akan menjadikan keadaan bertambah buruk.

RUJUKAN:

  1. Lee Hadlington and Mark Scase. End-User Frustrations and failures in digital technology: Exploring the role of Fear of Missing out, Internet addiction and PersonalityHeliyon, 2018 DOI: 1016/j.heliyon.2018.e00872
  2. (2018, November 1). People with Internet addiction react the worst when WiFi fails: Do you get frustrated and angry when your WiFi connection stops working? It could be because of your personality. ScienceDaily. Retrieved May 24, 2020 from www.sciencedaily.com/releases/2018/11/181101133843.htm

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.