Apa yang berlaku di Kazakhstan membuktikan kewujudan fenomena bangang dan bangka yang merosakkan institusi politik. Tetapi fenomena ini tidak semestinya terpakai dalam semua negara.

Rusia misalnya sudah lama menyimpan Vladimir Putin di puncak kuasa. Beliau bertahan dengan strategi politik iaitu dengan cara buang yang keruh, ambil yang jernih.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Cuba tengok institusi politik Rusia – ada dua hierarki kuasa, iaitu Presiden Persekutuan dan Pengerusi Kerajaan (Perdana Menteri). Jadi apa-apa benda baik dan elok, memang “ini kerja Putin”. Apa-apa benda yang buruk dan teruk, “babi betul perdana menteri kita!”

Padahal tengok pada institusi politik, Putin paling berkuasa. Kira tabiat shifting the blame inilah satu-satunya sebab kenapa Putin suci di atas (Bershidsky, 2020).

Vladimir Putin bersama Mikhail Mishustin (perdana menteri)

Jika ada aktivis terlalu lantang, akan dituduh boneka Barat. Ramai sudah kena, contohnya Aleksandr Litvinenko dan sekarang Aleksei Navalny (Bredemeier, 2021).

Pendekatan Putin amat menghairankan juga, kerana mempunyai simtom-simtom bangang dan bangka yang membelenggu Kazakhstan.

Cuba bandingkan kepimpinan Putin antara “2000 hingga 2011” dan “2012 hingga 2022”. Jauh berbeza, seolah-olah ada serangan nyanyuk.

Dekad pertama (2000-2011), Putin berusaha habis-habisan untuk menggilap imej Rusia pada mata dunia.

Semua pandang Rusia sebagai rakan dagang penting lagi berwibawa. Namun dekad kedua (2012-2022), Rusia berubah habis menjadi sebuah bencana pada kepentingan Barat.

Perubahan ini sebenarnya sangat sama dengan apa yang berlaku di Amerika Syarikat, Brazil, India dan Turki.

Seorang pemimpin yang tua sangat cenderung untuk tunggang arus tradisional kerana mampu mengapikan blok konservatif dalam negara (Rothkopf, 2022).

Ambil contoh Jair Bolsonaro, yang membesar semasa Brazil asyik berada dalam tangan kepimpinan tentera (junta). Bagi Bolsonaro, itulah cara terbaik. Turki pun sama.

Walaupun Recep Tayyip Erdogan tidak pernah mengaku dirinya Sultan Uthmaniyah, imej beliau cenderung ke arah sultanisme kerana beliau merangkul kuasa mutlak selepas berkata “aku jadi presiden ni sekadar istiadat jer.” (Nawaz, 2016).

Amerika Syarikat pun tidak suci dalam perkara ini. Tengok saja kata-kata Donald J. Trump. Cakap lain, buat lain.

Sekarang ini, Bolsonaro dan Erdogan ada kuasa global yang terbatas. Turki takkan buta-buta cari pasal dengan negara asing… berbeza dengan Rusia, yang mana Putin dilihat semakin menjulang sentimen tradisionalisme.

Ada sesuatu yang Putin cakap baru-baru ini……

Itu yang Barat sedang bimbang – kerana eksperimen dimulakan pada tahun 2014 masih belum berakhir, yakni rampasan Crimea daripada Ukraine yang sampai sekarang menjadi milik Rusia.

Semboyan Sudah Berbunyi

Pihak diplomat Eropah sekarang berasa gusar selepas Vladimir Putin mengerahkan bala tenteranya ke sempadan Ukraine. Teknik ini biasa digunakan sekadar untuk cubit-mencubit.

Dulu bolehlah semua fikir, takkan Putin nak serang kot?

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Tetapi selepas pengambilan Crimea, pihak Eropah sudah tidak senang duduk dan anggap kerahan ini sebagai krisis keselamatan (Robertson, 2022). Kerana tahun lalu, Putin ada cakap sesuatu pasal Ukraine:

Bangsa Rusia, Ukraine dan Belarus adalah keturunan Rus Purba, yakni kuasa paling besar Eropah. Sesungguhnya berzaman kerohanian dan ketamadunan kita bertaut sama. Maka kedaulatan sebenar Ukraine hanya sah jika ada kerjasama dengan Rusia.”

Jujur cakap, bala tentera ini mampu menundukkan Ukraine dalam masa sekejap saja. Ukraine sudah teruk dimamah krisis tinggalan pemimpin-pemimpin lama, belum kira COVID-19 lagi.

Mereka takkan mampu melawan Rusia, tanpa sokongan Eropah dan Amerika Syarikat.

Persoalan sekarang: kenapa Putin nak Ukraine sangat? Persoalan ini diulas secara panjang lebar dalam buku Putin: Tsar Moden Rusia yang bercerita tentang peranan Putin dalam membentuk pentas geopolitik hari ini.

Kalau anda berminat dengan artikel berkaitan dengan Vladimir Putin, kami nak cadangkan pembelian buku terbaru daripada kami, Putin: Tsar Moden Russia. Boleh buat pembelian di pautan: http://bit.ly/PutinTsarModenRussia

RUJUKAN:

Bershidsky, L. (2020, Disember 7). Putin has weathered Russia’s Covid toll by shifting the blame. The Print.

Bredemeir, K. (2021, Jun 16). Putin: Jailed Opposition Leader Navalny Got What He Deserved. VOA.

Nawaz, M. (2016, Mei 25). The Madness of Turkey’s ‘Sultan’ Erdogan. The Daily Beast.

Robertson, N. (2022, Januari 15). Putin presents a profound threat to peace in Europe as ‘drumbeat of war’ sounds on Russia-Ukraine border. CNN.

Rothkopf, D. (20211, Januari 14). An Aging Vladimir Putin Hopes War Can Make a Sagging Empire Rise Again. Daily Beast.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply