Ketika ini, dunia dilanda demam Avengers: Endgame di mana ada yang masih menangis (menyampah den terpaksa hulur tisu satu kotak) melihat pengorbanan Tony Stark/Iron Man semasa melawan Thanos. Endgame sudah mengutip kutipan pecah panggung $2.1 bilion (RM8.7 bilion) dan memecah pelbagai rekod termasuk filem kutipan tertinggi tahun 2019 dan filem kedua paling laris sepanjang zaman. Dan tidak lama lagi, giliran Spider-Man: Far From Home pula menjengah panggung pada Julai nanti yang berperanan sebagai penutup fasa ketiga MCU.

Sebut pasal Far From Home, berikut trailer rasmi filem ini. Sedikit ingatan, jika anda belum menonton Endgame, sila tutup mata. Tetapi jika sudah, ini sedikit kisah yang akan menjengah panggung Julai ini:

Sudah tonton? Bagus. Dan saya tahu anda menggaru kepala tentang beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam filem berkenaan. Antara persoalan yang timbul ialah:

1. Legasi Stark sebagai Iron Man. Bagi yang mengikuti Captain America: Civil War, Spider-Man: Homecoming, Avengers: Infinity War dan Endgame, pasti sudah sedia maklum hubungan rapat beliau dengan Peter Parker. Dan selepas Endgame, ramai orang termasuk Parker amat terasa dengan kehilangan mentornya itu. Tetapi di sinilah Far From Home mengemukakan soalan ini: mampukah Parker meneruskan legasi Stark sebagai Iron Man baru?

Tidak mustahil legasi ini diteruskan kerana jika diamati dialog bekas pembantu dan pemandu Stark, Happy Hogan, lelaki yang digelar Leonardo da Vinci moden itu tidak akan menggunakan sarung tangan Infinitinya jika belum merasakan sesiapa boleh mengambil alih legasi Iron Man. Dengan petikan jari itu, ia menandakan Stark tahu bahawa Parker sudah bersedia meneruskan legasinya. Dari segi komersial pula, watak Spider-Man masih lagi menjadi watak kegilaan ramai dan dengan meletakkan Parker sebagai tunjang baru MCU (hak pemilikan masih di tangan Sony), ia sebenarnya indikator kepada generasi baru adiwira pasca-Endgame.

2. Doctor Strange (2016) bertanggungjawab memperkenalkan dunia realiti alternatif (alternate universe) dan unsur magis dalam MCU sementara Endgame pula memperkenalkan konsep pengembaraan masa (time travelling). Tetapi siapa sangka dengan petikan jari sarung tangan Infiniti, ia juga mengoyakkan fabrik realiti yang menjadikan MCU sebagai alam pelbagai realiti (multiverse). Far From Home mengemukakan persoalan bagaimana ia boleh berlaku.

Adakah ia disebabkan oleh ‘perjalanan’ Steve Rogers/Captain America semasa menghantar pulang batu-batu Infiniti? Atau ia tercetus daripada petikan jari Thanos (Infinity War) atau Dr Bruce Banner dan Stark (Endgame)? Yang pasti, situasi ini turut memaksa Nick Fury memanggil Parker untuk melihat masalah ini dan mencari penyelesaian sama seperti mentornya. Pengenalan alam pelbagai realiti ini juga boleh membantu memperkenalkan watak-watak Marvel yang berjaya dibawa pulang Marvel Studios seperti X-Men dan Fantastic Four.

3. Mysterio sentiasa ditonjolkan dalam komik sebagai antara antagonis yang memusuhi Spider-Man. Tetapi seperti dinyatakan dalam trailer, watak yang dilakonkan Jake Gyllenhaal ini mendakwa dirinya datang dari dunia alternatif semasa diperkenalkan Fury. Banyak persoalan menyelubungi Quentin Beck sama ada dia benar-benar seorang yang baik bertaraf adiwira atau sebenarnya seorang antagonis yang berpura-pura sebagai sekutu? Melihat kepada pelbagai petunjuk yang disediakan, nampak banyak ke arah sebagai antagonis tetapi tidak mustahil itu hanya satu lagi helah pihak studio untuk merahsiakan plot sebenar Far From Home untuk tayangan Julai nanti.

4. Apa perasaan anda bila orang yang anda minat tahu identiti adiwira anda? Ini persoalan yang dihadapi Parker bila MJ, gadis yang diminatinya mendedahkan dia tahu identitinya sebagai Spider-Man. Persoalannya, apakah itu sebenarnya yang cuba ditanyakan MJ atau satu lagi helah studio bagi memastikan peminat tidak sabar berkunjung ke panggung Julai nanti? Tetapi jika benar MJ tahu seperti mana Ned, ini akan mengundang satu lagi komplikasi dalam kehidupan Parker. Tetapi pada masa sama, ia menjadikan dirinya sama seperti watak Mary Jane Watson (cinta hati Parker dalam komik) dan orang yang boleh menjadi penyimpan rahsia dirinya.

SUMBER

S. Lealos, Shawn. (2019). Spider-Man: Far From Home – Every Major Spoiler in the New Trailer. CBR.com. https://www.cbr.com/spider-man-far-from-home-trailer-every-major-spoiler/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.