Analisis Pra-Pilihan Raya Amerika Syarikat 2020: Democrat Atau Republican ?

656

Tanggal 8 November 2016, terukir dalam sejarah dunia apabila calon Parti Republican telah memenangi pilihanraya presiden AS. Trump telah mengalahkan Hillary Clinton daripada parti Demokrat yang merupakan bekas senator New York (2001-2009) dan Clinton pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Luar Amerika Syarikat pada tahun 2009-2013.

Trump merupakan seorang yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman di dalam kerjaya politik jika dibandingkan dengan Hillary Clinton. Beliau hanya merupakan seorang pengacara program The Apprentice dan merupakan seorang jutawan di AS. Untuk pengetahuan anda, Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem republik berpelembagaan persekutuan yang terdiri daripada 50 negeri.

Sebahagian besar negari ini berada di Amerika Utara di mana terdapat 48 negeri yang berada di antara Lautan Pasifik dan Atlantik yang bersempadan dengan Kanada di Utara dan Mexico di Selatan. Negeri Alaska pula di barat laut benua Amerika Utara dan Hawaii pula berada di tengah-tengah Lautan Pasifik.

Dalam pada itu, cara pemilihan presiden di Amerika Syarikat adalah dengan menggunakan sistem electoral vote dan bukannya popular vote. Setiap negeri yang berada di Amerika ini membawa jumlah undi yang tersendiri iaitu New York membawa sebanyak 29 undi, Texas sebanyak 38 undi dan California sebanyak 55 undi. Parti politik yang mendapat undi majoriti sebanyak 270 daripada 538 undi akan menjadi pemenang.

Mengikut pilihanraya-pilihanraya yang telah diadakan sebelum-sebelum ini, parti Demokrat dan parti Republican telah mempunyai negeri yang akan menyokongnya yang dikenali sebagai key states. Negeri-negeri yang terletak di selatan seperti Texas, Maryland, Georgia dan Florida. Negeri-negeri ini telah membuang undi kepada Republican.

Manakala negeri di sebelah timur seperti New York dan di pantai barat seperti California semestinya akan membuang undi terhadap democrat. Negeri-negeri yang mengundi Republican digelar sebagai red states manakala negeri-negeri yang mengundi democrat dikenali sebagai blue states.

Analisis politik mendapati bahawa jumlah undi bagi kedua-dua parti ini sama banyak dan yang membezakan mereka ialah negeri-negeri yang dipanggil sebagai swing states atau negeri di atas pagar seperti Iowa, Wisconsin, Michigan, Indiana, Ohio dan Pennsylvania.

Keenam-enam negeri ini diibaratkan seperti king maker dalam menentukan Republican atau Demokrat yang akan berjaya membentuk kerajaan. Pendirian mereka sentiasa berubah-ubah contohnya pada tahun 1992 dan 1996, negeri-negeri ini membuang memilih Clinton, 2000 dan 2004 memilih Bush, 2008 dan 2012 memilih Obama dan 2016 memilih Trump.

Hal ini kerana Trump dilihat sebagai seorang yang idealis dan populis dalam mengetengahkan sesuatu perkara. Oleh sebab itulah beliau telah berjaya memenangi pilihanraya AS kerana manifesto yang diperkenalkan oleh Trump untuk menghidupkan kembali industri Amerika Syarikat dengan mengenakan tarif yang lebih tinggi ke atas barangan import terutamnya China. Trump telah memperkenalkan slogan America First dan Make America Great Again dilihat Berjaya menawan hati dan mengaburi mata pengundi di keenam-enam negeri yang telah disebutkan tadi.

Tahun 2020 merupakan tahun yang dinanti-nantikan oleh Amerika Syarikat untuk melakukan pilihan raya. Pilihanraya ini telah dijadualkan pada selasa, 3 November 2020. Pada kali ini, Trump akan menempatkan diri untuk kali kedua dalam mengharungi Pilihanraya Presiden. Trump sekali membawa nama Parti Republican dalam menentang lawannya Parti Demokrat.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Trump dilihat sangat berhati-hati terhadap mengambil segala keputusan kerajaan kerana dia tahu bahawa setiap kesilapan akan memberikan kesan terhadap popularitinya.  Akhir-akhir ini, beliau dilihat bersikap realis terhadap China, Iran dan Korea Utara. Walau bagaimanapun, sikap ini sebenarnya tidak mendatangkan banyak perubahan dan kejayaan, namun sedikit sebanyak menunjukkan kemegahan Amerika Syarikat di mata dunia.

Sepanjang pentadbiran Trump, beliau telah menunjukkan bahawa beliau telah banyak mengotakan janjinya di mana beliau bersifat tegas terhadap imigran dan perjanjian-perjanjian yang memihak kepada Amerika seperti mengiktiraf Quds sebagai ibu kota Israel, mengenakan tarif yang tinggi ke atas China memberikan tekanan kepada Korea Utara dan Iran dan menggugut untuk menaikkan tarif perdagangan ke atas Kesatuan Eropah (EU).

Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini dilihat populariti Donald Trump semakin merosot. Mengikut Presidential Election Polls 2020 yang telah dikeluarkan menunjukkan bahawa Joe Biden daripada parti Demokrat mendahului Trump daripada parti Republican. Di Marryland dan Massachusetts pula menunjukkan Biden mendahului dengan masing-masing 60% dan 58%. New York Times di Michigan juga menunjukkan Biden mendahului dengan 47%  manakala trump 36% dan Fox News menunjukkan 49% bagi Biden dan 41% bagi Trump.

Begitu juga dengan negeri-negeri lain seperti Nevada, New Hampshire, New Jersey, New York, North Carolina, Pennsylvania, Virginia dan Winconsin menunjukkan Joe Biden lebih mendahului Trump. Situasi ini juga turut berlaku di negara-negara seperti Arizona, California, Connecticut, Florida dan Georgia di mana majoriti undian yang telah dilakukan memihak kepada Joe Biden daripada parti Demokrat dan sebaliknya di Tennessee dan Iowa di mana Trump mendahului dengan 51% berbanding Biden 42%.

Namun, perlu diketahui bahawa undian yang dilakukan adalah polls online. Jika Joe biden betul-betul menginginkan kemenangan, beliau perlulah mempunyai voter turnout yang membuang undi kepadanya terutamanya negeri-negeri diatas pagar atau swing states. Maka, disini kita dapat melihat bahawa negeri-negeri swing states ini memang memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan pemenang.

Salah satu faktor kemenangan Trump adalah disebabkan oleh jumlah rakyat yang keluar mengundi terutamanya pengundi-pengundi Republican yang sangat bersemangat untuk keluar mengundi. Contohnya seperti mana yang berlaku di Florida di mana Florida menjadi kunci utama kepada kemenangan seseorang calon.

Kajian juga menunjukkan pengundi Demokrat tidak ramai yang keluar mengundi pada tahun 2016. Hal ini disebabkan oleh pengundi Demokrat ketika itu tidak suka terhadap Hillary Clinton. Oleh itu, sekiranya Trump kehilangan keenam-enam swing states dan beberapa negeri key states, maka secara tidak langsung Biden berpeluang untuk menjadi presiden AS pada tahun ini.

Secara rumusannya, dapat disimpulkan bahawa pilihanraya pada kali ini lebih memihak kepada parti Demokrat yang diwakili oleh Joe Biden. Walau bagaimanapun, negeri-negeri swing state lah yang akan menentukan segala-galanya sama ada parti democrat yang diwakili oleh Joe Biden atau parti Republican yang diwakili oleh Trump yang akan dipilih menjadi presiden dalam pilihanraya pada kali ini.  Apa-apa pun yang perlu ditegaskan bahawa artikel ni adalah sekadar analisis dan pendapat peribadi penulis, keputusan sebenarnya akan terjawab pada 3 November 2020 ini.

Muhammad Azri Fahmi bin Mohd Hilmi yang merupakan mahasiswa Sains Politik di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2019/2020.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.