Semua sedia maklum protes Black Lives Matter (BLM) yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat dan Eropah ketika ini. Tatkala ramai tokoh terkemuka mengemukakan sokongan, seorang lelaki menyatakan sekiranya bapanya masih hidup, beliau sama sekali tidak akan menyokong gerakan tersebut. Orang yang dimaksudkan ialah Allahyarham Muhammad Ali.

Satu-satunya putera kandung beliau, Muhammad Ali Jr menyifatkan pergerakan BLM akan ditolak bapanya kerana bersifat perkauman dan sesetengah pesertanya sebagai kurang ajar. Tambahnya lagi, bapanya sudah pasti merasa kecewa melihat tindakan sesetengah peserta protes yang menjarah dan berkelakuan ganas atas nama mendiang George Floyd.

Dalam temubual bersama akhbar The New York Post, dia berkata, “Jangan buat hal, jangan rosakkan apa-apa. Kita boleh melakukan protes secara aman. Bapa saya akan berkata, ‘Mereka itu hanyalah syaitan. Semua orang bermakna.’ Saya tak fikir beliau akan setuju.”

Malah, Ali Jr turut menyifatkan pergerakan BLM sebagai berbaur perkauman. Tambahnya, “Ini bukan sekadar orang kulit hitam penting, orang kulit putih penting, orang Cina penting, semua orang penting, semua kehidupan itu penting. Tuhan menyayangi semua – Dia tidak pernah membezakan sesiapa. Pembvnvhan tetap salah tidak kira siapa yang melakukannya.”

Bila ditanya isu kekejaman polis, dia mempertahankan mereka dengan berkata, “Polis tidak akan bangun dan fikir, ‘Saya akan bvnvh seorang N3gro (orang kulit hitam) atau orang kulit putih.’ Mereka ini cuba kembali ke kediaman masing-masing dan pangkuan orang tersayang dengan selamat.”

Ali Jr menyifatkan insiden pembvnvhan membabitkan Lloyd sebagai menyedihkan kerana polis menggunakan taktik salah semasa menahannya. Tetapi dia pada masa sama mengingatkan semua bahawa terdapat lebih banyak maklumat di sebalik rakaman itu termasuk cubaan mendiang melepaskan diri.

Selain itu, dia juga bersetuju dengan saranan Presiden Donald Trump menyenaraikan Antifa sebagai pertubuhan pengg4n4s kerana menggalakkan aktiviti g4n4s semasa protes berjalan. Tambahnya, “Mereka sama saja dengan pengg4n4s Islam lain. Mereka berhak menerima balasan setimpal.

“Mereka merosakkan perniagaan-perniagaan, memb3las4h orang tak bersalah di kawasan-kawasan kejiranan, merosakkan balai-balai polis dan kedai-kedai. Merekalah pengg4n4s dan mereka mengundang kekacauan dalam komuniti. Saya setuju dengan protes aman tetapi Antifa, mereka mahu membvnvh semuanya dalam itu.

“BLM bukan satu protes yang aman. Antifa tidak pernah mahukannya menjadi protes aman. Saya sendiri akan menolak mereka.”

Bapa kepada dua orang anak, Ali Jr kini menetap di Hallandale Beach, Florida dan bekerja sebagai tukang kebun dan buruh binaan. Sebelum ini, dia pernah mendedahkan hanya mendapat elaun sebanyak AS$1,000 sebulan daripada estet bapanya yang bernilai AS$60 juta.

Muhammad Ali yang dikenali sebagai petinju legenda dunia mempunyai 10 anak termasuk lapan orang anak perempuan dan seorang anak lelaki angkat bernama Assad Amin hasil perkahwinannya dengan empat orang isteri. Ali Jr ialah anak keempat kepada isteri pertamanya, Khalilah Ali (juga dikenali sebagai Belinda Boyd).

Selepas berkahwin dengan isteri keempat Lonnie Williams pada tahun 1986, hubungan dua beranak itu mula renggang dan pada dekad terakhir kehidupannya, hancur terus. Dan Ali Jr tidak berselindung menyalahkan ibu tirinya itu sebagai punca hubungan mereka renggang.

Tatkala bapanya menghabiskan hari-hari terakhirnya di sebuah estet di Scottsdale, Arizone, Ali Jr pula tinggal di sebuah flat dua bilik di kawasan kejiranan South Side, Chicago. Kawasan kejiranan itu merupakan kawasan tumpuan jenayah di bandaraya itu. Dan tidak lama selepas Ali menghembuskan nafas terakhir pada 3 Jun 2016, Ali Jr berpisah dengan isterinya, Shaakira.

Walaupun mengetahui ketegangan hubungan antara komuniti kulit hitam dengan pihak berkuasa terutama selepas insiden Laquan McDonald m4ti ditembak polis pada tahun 2014, Ali Jr mengakui dirinya tidak pernah diperlakukan dengan buruk oleh polis dan mempertahankan mereka daripada dakwaan kewujudan unsur perkauman dalam institusi kerajaan.

Dia berkata, “Tidak semua polis jahat, hanya segelintir saja. Hanya segelintir saja yang jahat dan mereka patut dipenjarakan. Saya tidak pernah ada isu dengan polis. Mereka baik dan sentiasa melindungi saya. Saya tiada masalah dengan mereka.” Komen ini timbul berikutan dirinya pernah ditahan oleh TSA sebanyak dua kali berikutan sekatan perjalanan ke tujuh negara Islam yang dikenakan pentadbiran Trump tetapi dilepaskan dalam dua kes berkenaan.

Selain dianggap berbaur perkauman, Ali Jr turut menyifatkan gerakan BLM sebagai cubaan memecah-belahkan masyarakat. Dia menambah, “Ini satu kenyataan berbaur perkauman. Ia melagakan orang kulit hitam dengan orang lain. Ia sebenarnya menyemarakkan lagi insiden perkauman dan saya bencikannya.”

Sementara itu bila mengulas sama ada dia menyokong Trump atau tidak, dia mengiyakan dan berpandangan bapanya juga akan melakukan perkara sama. Semasa hayatnya, Allahyarham pernah memberi sokongan kepada calon Demokrat, Jimmy Carter dan menyokong kempen pemilihan semula Ronald Reagan dari Republikan.

Malah, dia menyifatkan jika Demokrat menyokong gerakan BLM sekalipun, mereka dilihat tidak ikhlas memperjuangkan hak orang minoriti terutama orang kulit hitam. Dan Ali Jr menyifatkan Trump lebih baik berbanding dua Presiden sebelumnya, Bill Clinton dan Barack Obama.

RUJUKAN:

White, Chris. (2020). Muhammad Ali’s son says dad would have hated ‘racist’ Black Lives Matter. The New York Post. https://nypost.com/2020/06/20/muhammad-alis-son-says-he-wouldve-hated-black-lives-matters/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.