Haji Sidek. Siapa yang tidak kenal dengan didikan Haji Sidek yang garang dan tegas dalam siri animasi Anak-Anak Sidek? Kesemua anak-anaknya takut dengan jeritan Haji Sidek. Jika tidak dirotan, sudah pasti yang membuat salah akan dikurung di dalam reban ayam. Yang menjadi mangsa sudah pastilah Bun yang terlampau nakal. Ajib, meskipun nakal – dia berjaya menyembunyikan kenakalannya di depan Haji Sidek. Licik bukan?

Jika dilihat dari perspektif Bun yang nakal, pada pandangannya Haji Sidek terlampau pilih kasih pada Ajib. Sudah tentu, jika melihat beberapa episod siri animasi Anak-Anak Sidek anda juga akan marah dengan sikap Haji Sidek yang pilih kasih. Ajib juga melakukan kesalahan dan berhak dihukum. Contoh ketika Ajib pergi bermain bola dan pulang ketika hari hampir hujan, dia tidak dihukum oleh Haji Sidek. Sebaliknya, Bun yang pulang lewat sedikit daripada Ajib dihukum. Malah, apa-apa yang istimewa semuanya pada Ajib. Isu favouritism jelas terlihat di sini. Tiada penafian.

Pada perspektif Haji Sidek pula, anak-anaknya terutama Bun terlampau nakal sehingga mencabar kesabarannya. Di depan matanya, Ajib sajalah yang terbaik. Mendengar kata Haji Sidek tanpa melawan. Sedangkan di belakang Haji Sidek, Ajib tidak kurang nakalnya. Sedangkan Ajib juga pernah kurang ajar dengan kakaknya, Ita.

Ajib : Dah, jangan banyak cakap ini raketnya. Ambillah!

Ita : Ajib, kenapa ni? Tak baik buat macam tu. Bun kan abang kau, cuba hormat sikit.

Ajib : Ah, ini antara saya dengan Bun. Kak Ita jangan masuk campur.

Ita : Kau cakap macam tu, Ajib? Aku ni kakak kau tahu tak. Melampau betul budak ni!

Ita hampir membaling pinggan ke arah Ajib, mujurlah Wak Sakawi dan Haji Sidek meleraikan situasi tegang tersebut. Dilema Haji Sidek sebenarnya ingin memastikan Bun untuk minat dalam sukan badminton. Cara paksa dan rotan terpaksa dilakukan oleh Haji Sidek demi memastikan Bun meminati sukan tersebut.

Ketegasan dalam mendidik anak itu perlu namun isu pilih kasih ini harus dihindarkan sama sekali. Tidaklah hendak menyalahkan watak Haji Sidek, namun dalam zaman moden ini jika dilihat anak-anak generasi Y sepertinya tidak dididik langsung. Disentuh tidak boleh, dipukul pun tidak boleh. Anak-anak generasi Y sewajarnya tidak terlampau dimanjakan dengan teknologi yang sedia ada.

Sikap pilih kasih dalam mendidik anak  juga akan menimbulkan rasa cemburu dalam hati anak-anak. Kita boleh ambil pengajaran dari Surah Yusuf di mana cemburunya adik-beradik Nabi Yusuf A.S sehinggalah mereka sanggup melakukan sesuatu yang tidak baik kepada Nabi Yusuf A.S.

Isu favouritism mungkin muncul secara tidak sengaja dalam mendidik anak. Meskipun anak-anak lahir dari rahim ibu yang sama, sikap dan tingkahlaku setiap anak pasti berbeza. Ibu bapa perlu belajar memahami anak-anak untuk bersikap adil. Untuk berlaku adil memang sukar. Jika ibu bapa tidak berlaku adil dan mengamalkan sikap pilih kasih, permusuhan, dengki, sangka buruk akan timbul dalam diri anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlulah berhati-hati dalam mendidik anak-anak. Menjadi ibu bapa yang adil bukan suatu perkara yang mudah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Comments are closed.