Rasulullah SAW mengatakan “Ibu bapa yang akan mewarnai dan mencorakkan kain lembaran putih tersebut yakni yang akan mewarnai dan mencorakkan akhlak anak-anaknya.”

Realiti yang dipertontonkan dalam kehidupan kini penuh dengan persepsi negatif dan kelakuan negatif. Pendek kata kehidupan manusia yang semakin canggih lebih banyak memaparkan perkara negatif dan menyimpang. Malahan semakin jauh daripada nilai-nilai moral yang terkandung dalam al-Quran. Maka tidak hairanlah manusia berlumba-lumba mencari kehidupan yang ditafsirkan sebagai kejayaan. Kerapuhan sistem kekeluargaan dapat dilihat melalui fenomena sosial terhadap peningkatan permasalahan golongan remaja akibat kegagalan institusi keluarga berfungsi dengan baik.

Pimpinan ibu bapa secara langsung menyumbang ke arah pembentukan tamadun bangsa  melalui tiga kaedah pendidikan iaitu pendidikan teladan, menekankan aspek kerohanian serta kedudukan dan kelangsungan bangsa. Justeru rumah adalah tempat istirahat yang banyak dihabiskan oleh anak-anak bersama ibu bapa. Oleh itu wajarlah diperlukan tatacara yang baik untuk mengatur hubungan dan komunikasi sesama ahli keluarga supaya mendapat redha Allah sekaligus bercambah kebahagiaan dan ketakwaan.

Corak kehidupan masyarakat yang sering berubah mengikut gelombang sosial semasa menyebabkan didikan terhadap anak-anak diambang hakisan daripada norma Islam dan moral setempat. Dengan kata lain, anak-anak sekarang semakin biadap kerana telah luntur adab. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW telah memberikan panduan kepada kita masing-masing lahir di atas fitrah. Fitrah tersebut membawa maksud kita semua mampu untuk tumbuh menjadi manusia yang sempurna dengan memiliki akhlak yang mulia.

Akan tetapi mempengaruhinya untuk terus tumbuh dan subur adalah ibu bapa. Sikap ibu bapa akan diwarisi oleh anak-anak sama ada perkara yang baik ataupun tidak baik tanpa perlu diajar. Tatacara didikan yang tidak diadun dengan ramuan secukupnya  akan menafikan peranan ibu bapa yang  menjadi punca utama kerosakan semakin menjalar dalam arena pendidikan.

Agama Islam sangat menggalakkan kehidupan yang disulami nilai-nilai baik yang dianjurkan dalam al-Quran mahupun hadis. Selain itu, kekuatan sebenar manusia adalah pada jiwa dan spiritual bukan pada fizikal mahupun pemikiran. Namun apakah perkara yang dikaitkan dengan kekuatan spiritual individu ?. Misalnya amalan membaca al-Quran, solat berjemaah, mengamalkan adab-adab dirumah, menyediakan suasana persekitaran kondusif untuk menyebarkan kebaikan dan sebagainya.

Kaedah tersebut adalah sebagai tanda membersihkan hati daripada kerosakan dan perkara mungkar serta terapi spiritual yang dapat menghapuskan tekanan dan mencipta ketenangan jiwa. Hakikatnya perkara yang sering dipandang remeh oleh masyarakat khasnya institusi keluarga yang berpotensi membawa kepada kemerosotan gaya kehidupan anak-anak adalah mengenai sikap ibu bapa yang tidak memahami asas-asas pendidikan berkesan yang diperuntukkan kepada anak-anak.

Sikap sambil lewa dengan memegang justifikasi bahawa anak-anak mampu mentafsirkan perkara benar dengan yang salah dan membuat keputusan yang betul. Bahkan acapkali ibu bapa menafikan keburukan suasana negatif seperti merokok, sering bertengkar di hadapan anak-anak dan tidak memandang keperluan anak-anak secara rohaniah tidak memberikan impak secara konkrik. Selanjutnya, merujuk kenyataan yang diperoleh daripada  Pakar Perubatan Dalaman dan Perubatan Pernafasan, Hospital Pakar Johor (KPJ), Dr. Muhammad Redzwan S. Rashid Ali menyatakan bahawa  perokok tegar bukan sahaja meletakkan anak-anak kepada bahaya penyakit tertentu akibat rokok, tetapi juga kemungkinan menggugat pertumbuhan fizikal dan minda anak-anak.

Hal ini perlu dibendung walaupun tidak melihat kesan aura perubahan negatif dalam masa terdekat, ia tetap akan terhasil apabila anak-anak mula merasakan keluarga bukan lagi prioriti untuk mereka. Apabila keluarga bukan lagi keutamaan maka saksikanlah gejala-gejala sosial yang berlaku hari ini disebabkan kelalaian hieraki pertama pendidikan anak-anak telah mula bejat.

Kita dapat melihat secara jelas kesan pengabaikan perhatian kepada anak-anak bakal melahirkan seseorang pembuli dan pemberontak. Disebabkan ketidaksedaran inilah semakin mereka menunjukkan taring disekolah. Namun apakah sikap ibu bapa sebegini berpontensi menjadikan anak sebagai pesalah laku dalam sekolah ? sudah semestinya tidak ada jawapan spesifik untuk ditunjukkan. Meskipun begitu, perkara paling hampir pasti adalah sikap anak-anak mempunyai kaitan rapat dengan didikan ibu bapa. Jika madrasah pertama sudah terdidik dengan baik maka generasi seterusnya yang bakal dilahirkan merupakan generasi yang terdidik dengan akhlak yang mulia. Pendidikan paling asas ialah pendidikan dari rumah. Jika tiada individu yang dibentuk dengan acuan yang baik, maka  rosaklah masyarakat tersebut. Bukan itu sahaja, didikan yang baik mengikut aturan yang telah diberikan oleh agama Islam walaupun kecil dan sedikit akan memperlihatkan perubahan secara berkala terhadap tingkah laku anak-anak.

Aura positif akan memberikan kesan kebaikan secara hoslitik. Sebetulnya, mengapa saya menjurus kepada ibu bapa ? kerana pada dasarnya ibu merupakan entiti yang wujud bersama anak sejak di alam janin dan bapa merupakan entiti yang sentiasa mendampingi ibu ketika sarat mengandung. Oleh sebab itu, proses perhubungan dengan anak berlangsung sejak di awal kandungan lagi. Tambahan pula, anak-anak sekarang menghadapi tekanan dan situasi yang berbeza dalam menghadapi arus modenisasi. Natijahnya, peranan ibu bapa juga bakal menentukan terbentuknya generasi ulul albab atau sebaliknya. Bertepatan dengan pepatah Melayu “alah bias tegal biasa”. Dalam riwayat al-Bukhari menyatakan bahawa amalan kecil yang dilakukan berterusan lebih disukai oleh Allah berbanding amalan yang dilihat gah dan banyak tetapi hanya sehari dilakukan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.