Amuk Bangsa Melayu Dalam Sejarah

8,162

Amuk merupakan perkataan yang selalu muncul dalam manuskrip Melayu lama. Ini kerana orang Melayu dikatakan selalu “amuk” untuk mendapatkan sesuatu perkara contohnya untuk mempertahankan diri serta tanah air jika diserang. Selain itu, amuk juga dilakukan untuk menuntut bela atas kem4tian seseorang ataupun kerana maruahnya tercabar. Amuk ini bukan sahaja mengerunkan kita orang Melayu tetapi turut digeruni oleh penjajah.

Jono de Barros dalam Decada IV ada menyebutkan “ .. dan mereka menganggap sangat tidak dimaafkan apabila dahi mereka disentuh dengan tangan, mereka menamakan balas d3ndam ini dengan “amok”. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa amuk orang Melayu itu boleh berlaku dalam perkara yang cukup kecil namun menggores maruah.

Dengan hanya menyentuh dahi sudah cukup untuk orang Melayu melakukan amuk.  Tom Pires turut menyatakan orang Melayu sebagai “malas, mundur, suka pada hiburan, berlaga ayam, tidak boleh dipercayai, putar belit, selalu mengamuk dan cemburu”. Dan jika diperhatikan kebanyakan pendapat orang asing tentang orang Melayu lampau ialah hampir sama sahaja.

Walaupun orang Melayu menyanggah dan tidak setuju dengan pendapat orang asing tersebut namun perkara tersebut sebenarnya memang wujud dalam masyarakat Melayu dan kita sebagai generasi yang berada di zaman moden ini harus buktikan bahawa tidak semua orang Melayu mempunyai sikap yang sedemikian.

Perihal Melayu tulisan Frank Swettenhem

Balfour turut menyebut : “For instance a man sitting amongst his friends and relatives will, without provocation, suddenly start up, weapon in hand, and sl4y all within his reach. I (Dr. Oxley) have known so many as eight k!lled and w0unded by a veryfeeble individual in this manner.” T.M. Gullick dalam bukunya yang bertajuk Malay Society in the Late Nineteeenth Century: The Beginnings of Change sebagaimana yang dipetik oleh Talib Osman yang  menyebut mengenai sikap orang Melayu:

Agak menonjol huraian Gullick tentang personaliti orang Melayu yang selalu tenteram lagi aman kecuali apabila ia merasa dirinya dihina atau dimalukan. Ini akan mencetuskan keadaan yang dinamakan oleh Gullick sebagai sakit hati. Mungkin lebih tepat jikalau dinamakan d3ndam atau geram kerana kononnya dari sini maka apa yang dikatakan sebagai tenteram pada mulanya menjadi keadaan kelam kabut apabila orang Melayu itu mengamuk: ” Frank Swettenhem dalam bukunya  Malay Sketches ada menyebutkan:

“ Orang Melayu pantang menerima sebarang penghinaan, padanya hal ini harus dihapuskan sekalipun dengan pertumpahan d4rah. Jika dia merasa maruahnya dicemarkan, sama ada hal itu betul atau tidak, dia menyimpan perasaan itu dalam hatinya sehingga dia betul-betul dihantui dengan niat untuk menuntut bela.”

Sebenarnya perkataan amuk itu sendiri sudah digunakan oleh teks Sejarah Melayu yang bertarikh tahun 1614 dan perkataan amuk ini sendiri diulang beberapa kali dalam teks tersebut. Antaranya ialah :

“ …beramuk-amukan, terlalu sabur, rupa kilat cahaya senjata seperti kilat dilangit, sabung-menyabung, gemuruh bunyi bahana tempik hulubalang, dan gemerencing bunyi senjata seperti akan sampai ke langit.” Sejarah Melayu

Sejarah Melayu menceritakan amuk yang berlaku semasa p3rang antara Melaka dengan Kelantan. Dan amuk turut digunakan semasa p3rang antara Melaka dengan Siam. Dalam P3rang Melaka-Siam II, Tun Omar anak kepada Tun Hamzah telah melakukan amuk seorang diri ke atas perahu angkatan Siam sehingga menyebabkan Siam merasa gerun dengan kekuatan tentera Melaka.

Serangan Tun Omar ini telah menimbulkan kucar kacir dalam kalangan tentera Siam sehingga mereka berbelah bahagi samada untuk meneruskan serangan ke atas Melaka ataupun tidak. Pada malamnya, Tun Perak telah mengarahkan jamung api diikat di pokok supaya tentera Melaka kelihatan ramai. Selepas melihat senario ini, maka tentera Siam telah mengambil keputusan untuk berundur.

Dalam P3rang Musuh Bisik antara Kedah dengan Siam, semasa serangan mengejut 7000 tentera Siam di Kedah maka orang Kedah yang tidak bersedia itu yang terdiri daripada Dato Wan Panji, Wan Sidik, Dato Raja Akil, Dato Chelang Panjang, Tunku Long Puteh, Tunku Mat Riau, Datuk Lela Kasa, Dato Bohor Garang, Dato Pahlawan Haji Ahmad dan ratusan lagi penduduk Kedah yang tidak bernama telah melakukan amuk sehingga berjaya membvnuh ramai tentera Siam walaupun akhirnya mereka terkorban kerana mempertahankan tanah air. Sebab itulah saya sering mengatakan bahawa amuk ini merupakan sifat istimewa orang Melayu jika mereka merasakan maruah mereka tercalar atau air muka mereka diinjak-injak.

Dalam dunia yang lebih moden dan undang-undang dikuatkuasakan, kejadian amuk ini semakin berkurangan dan amat jarang sekali kita mendengarnya sehinggalah kejadian amuk paling popular berlaku pada tahun 1987 apabila Prebet Adam melepaskan tembakan rambang di Chow Kit sehingga menyebabkan seorang lelaki terbvnuh. Tindakan prebet Adam itu menurut keluarganya kerana masalah tekanan di tempat kerja.

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa yang menjadi bukti penting yang menunjukkan amukan orang Melayu apabila maruah mereka diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa setiap bangsa di dunia ini mempunyai sifat amuk masing-masing tambahan lagi jika maruah mereka diinjak-injak.

Ruangan komen telah ditutup.