Nur Amirul Bin Afandi atau lebih dikenali oleh peminat sukan elektronik FIFA dengan gelaran ‘AmTuah’. Nama AmTuah adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia sukan elektronik FIFA18 di Malaysia malahan di peringkat antarabangsa. Ini kerana pelbagai kejuaraan yang pernah dicapai di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Lebih menarik, AmTuah pernah menjuarai kejohanan peringkat Asia Tenggara sebanyak 3 tahun berturut-turut sejak 2016.

Beliau juga pernah menjadi wakil tunggal Asia Tenggara di kejohanan dunia, Esports World Championship pada tahun 2016 di Paris. AmTuah merupakan graduan jurusan perbankan dan kewangan Islam dari Universiti Tun Razak kini merupakan akauntan buat The Patriots. Turut meminati bolasepak sebenar dan pernah mewakili dan menjadi kapten pasukan di peringkat sekolah suatu ketika dulu. Beliau juga merupakan peminat besar Real Madrid dan mengambil cara-cara permainan dan strategi pasukan itu untuk diadaptasi dalam permainan sukan elektronik FIFA 18 beliau.

AmTuah merupakan anak kedua dari empat adik-beradik. Beliau mula menceburi sukan elektronik FIFA sejak empat tahun yang lalu dan mendapat sokongan penuh ibu-bapa beliau untuk beliau meneruskan perjuangan di dalam industri sukan elektronik ini. Bermula dengan hobi dan minat yang mendalam, AmTuah tidak menyangka bahawa beliau akan dapat mencapai sehingga ke peringkat ini iaitu pencapaian yang tertinggi yang pernah dicapai oleh atlet sukan elektronik FIFA di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Kejohanan Tag Heuer Virtuelle Bundesliga ini adalah kejohanan tahunan yang diadakan semenjak tahun 2012 bagi mempromosikan Liga Bundesliga (Jerman) di mata dunia. Kejohanan ini rata-rata disertai oleh ramai pemain ternama dari Eropah. Apa yang menariknya bagi tahun 2018 ini, kejohanan yang bakal disertai AmTuah ini telah dinaik taraf menjadi salah satu kelayakan bagi Fifa eWorld Cup (FeWC). Pemenang bagi kejohanan ini akan layak secara automatik untuk memasuki pusingan kelayakan terakhir sebelum layak memasuki ke kejohanan utama FeWC. AmTuah telah berjaya menjadi wakil tunggal Asia Tenggara setelah memenangi wild card di kejohanan Tag Heuer Virtuelle Bundesliga South East Asia Qualifier pada bulan Februari yang lalu. Kejohanan ini dibawakan khas oleh FoxSports dan eGG Network serta diuruskan oleh Gamesbond.

Kejohanan Tag Heuer Virtuelle Bundesliga yang bakal berlangsung di Dortmund (Jerman) selama dua hari bermula 31 Mac 2018 sehingga 1 April 2018. Lebih menarik, AmTuah telah melayakkan diri di pentas utama kejohanan ini. AmTuah perlu bersaing dengan 11 lagi pemain di konsol Playstation 4 untuk merebut gelaran juara. Selain itu, AmTuah dan Gamesbond akan dijemput oleh penaja kejohanan ini, Tag Heuer untuk melawat ibu pejabat mereka di Zurich, Switzerland selepas tamat kejohanan ini. Ini merupakan satu detik yang membanggakan kerana AmTuah merupakan satu-satunya wakil tunggal Asia di kejohanan ini.

Kejohanan ini merupakan satu cabaran baru untuk AmTuah kerana ia menggunakan mod FIFA ULTIMATE TEAM sebagai mod utama kejohanan. Lebih menarik, peserta hanya boleh memilih pemain yang bermain di Bundesliga sahaja dan hanya tiga pemain dari setiap kelab dibenarkan. Pecahan peserta bagi pertandingan ini adalah seramai 12 orang peserta bagi acara utama. 8 peserta adalah dari peringkat kelayakan, tiga peserta daripada wildcard (salah seorang adalah AmTuah) dan satu juara bertahan. Jumlah peserta yang bertanding sepanjang kejohanan ini (termasuk di peringkat pusingan kelayakan) adalah lebih 1000 peserta.

Bagi memudahkan perjalanan AmTuah di kejohanan ini, Gamesbond mengambil tanggungjawab untuk menguruskan beliau. Gamesbond merupakan salah satu pusat sukan elektronik Playstation 4 terkemuka di Malaysia dan juga menguruskan pasukan eSports bagi LG Malaysia. Selain itu, Gamesbond juga merupakan satu organisasi yang aktif menjalankan kejohanan sukan elektronik FIFA 18 di Malaysia; dengan lebih 30 penganjuran setakat ini samada di peringkat nasional dan antarabangsa. Gamesbond juga turut menyediakan pusat latihan bagi pemain yang ingin berlatih sukan elektronik masing-masing yang terletak di Kota Damansara dan Sri Pemaisuri.

Sebelum ini, Gamesbond berpengalaman membawa atlet sukan elektronik Malaysia; Fenrir ke kejohanan antarabangsa FeWC Playoff di Barcelona, Lucy ke kejohanan Asian Football Gaming Championship di Bangkok dan AmTuah sendiri di kejohanan ESWC di Paris. Kini, Gamesbond sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk membantu atlet sukan elektronik Malaysia bagi menghadapi kejohanan antarabangsa yang terbesar bagi sukan elektronik FIFA 18 yang akan berlangsung di Jerman kelak. Paling menarik, Gamesbond juga bakal memperkenalkan pasukan eSports yang hanya memfokuskan sukan elektronik FIFA18 dalam masa terdekat ini.

Disebalik cerita gembira untuk kita meraikan keberangkatan AmTuah dan Gamesbond ke Jerman, ada pelbagai cerita perit dan cabaran yang harus dilalui oleh mereka ini. Portal media sukan elektronik di Jerman sudah mula memberikan serangan psikologi terhadap AmTuah dengan mengeluarkan artikel yang mempersoalkan kelayakan dan penyertaan AmTuah di kejohanan Tag Heuer VIrtuelle Bundesliga ini. Portal itu memetik keyataan salah seorang pengurus pasukan sukan elektronik di sana yang tidak berpuas hati kerana pada tahun ini, Tag Heuer Virtuelle Bundesliga membuka penyertaan kepada negara bukan Jerman, Switzerland dan Austria. Antara cabaran lain yang dihadapi oleh beliau adalah terdapat gerakan yang cuba untuk memburukkan beliau dan cuba untuk menjatuhkan beliau melalui salah satu portal di Malaysia ini. Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi, namun umum lebih mengetahui bahawa AmTuah merupakan pemain Malaysia sukan elektronik FIFA paling berpengaruh dan juga mempunyai rekod terbaik samada di Malaysia mahupun Asia Tenggara.

Selain itu, AmTuah turut menerima berita sedih apabila nenda tercinta mengalami kemalangan dan bakal menjalani pembedahan pada hari keberangkatan beliau ke Jerman. Memetik pada kenyataan beliau, AmTuah berkata, ‘berita kemalangan nenek saya sedikit sebanyak menjejaskan fokus saya ketika menjalani latihan kerana nenek saya adalah individu yang selama ini menyokong saya sejak pembabitan saya dalam sukan elektronik FIFA ini’. ‘Namun, saya akan terus fokus untuk membawa kejayaan kepada Malaysia dan bakal menghadiahkan kemenangan ini kepada nenek saya’, ujar beliau.
Baru-baru ini juga AmTuah telah mengisytiharkan penamatan kontrak bersama pasukan Fire Dragoon (FDG). Untuk rekod, AmTuah telah bersama FDG selama setahun selepas dilepaskan oleh pengurusan Gamesbond kepada pasukan itu. AmTuah juga enggan mengulas lebih lanjut berkaitan sebab beliau meninggalkan pasukan FDG. Yang pasti, kemanakah arah tuju karier AmTuah selepas balik dari Jerman nanti?

Daripada pihak TP, kami mengharapkan yang terbaik dari AmTuah dan Gamesbond. Harapan ini juga merupakan harapan setiap peminat sukan elektronik tanahair. Kami juga ingin berpesan kepada semua, inilah masanya kita sama-sama berdiri sebaris dan memberi sokongan penuh kepada satu-satunya wakil tunggal Asia di kejohanan Tag Heuer Virtuelle Bundesliga.

Untuk perkembangan AmTuah dan Gamesbond di Jerman nanti, peminat dan pengikut FIFA 18 boleh berkongsi pendapat dan memberikan sokongan melalui Instagram dan Twitter mereka iaitu di @AmTuah.my dan @gb_gamesbond; Facebook www.fb.com/gamesbond2015 dan www.fb.com/AmTuah.my. Jom sama-sama kita follow dan like page mereka tanda sokongan.

Ringkasan Kejohanan Tag Heuer Virtuelle Bundesliga 2018
Nama Kejohanan : Tag Heuer Virtuelle Bundesliga 2018.
Tarikh : 31 Mac – 1 April 2018.
Tempat : Dortmund, Jerman.
Jumlah Peserta : 12 peserta (acara utama).
Jumlah Wang Kemenangan : £ 50,000
Mod Pertandingan : FIFA ULTIMATE TEAM FIFA 18 (Bundesliga Player only)
Platform : PlayStation 4


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.