Migrasi merupakan unsur semulajadi dalam pembangunan sebuah bangsa. Bagi tiga bangsa utama Malaysia pula, migrasi telah tertanam dalam genetik. Melayu telah terbukti membelah lautan ibarat seperti masuk hutan. Perdagangan daripada Cina dan India pula dirakamkan dalam lebaran-lebaran sejarah, sekaligus menunjukkan peranan dua bangsa minoriti utama dalam konteks migrasi. Dengan adanya rangka kerja perlembagaan dan sempadan, migrasi dilihat terhad dan terkawal. Namun penghijrahan masih lagi dibenarkan jika menggunakan visa. Maka dalam konteks berhijrah ke Amerika Utara, negara manakah yang paling baik jika ada pilihan?

Topik sebegini sebenarnya sangat popular dalam bacaan-bacaan bahasa Inggeris. Seringkali perbandingan dan perseteruan dibuat untuk menggandingkan Amerika Syarikat bersama jiran utara mereka Kanada bagi mengenalpasti negara paling baik untuk didiami. Namun apabila bercakap tentang Amerika Utara, Mexico pun perlu dilibatkan juga.

Namun sebut saja Mexico tentu sekali timbul elemen-elemen negatif dalam minda. D4d4h, jenayah dan kemiskinan merupakan unsur-unsur klise yang sentiasa menconteng arang pada muka Mexico. Malah ketiga-tiga unsur ini disebut Donald Trump dalam suatu nafas semasa kempen pilihanraya yang lalu, dimana beliau turut menempelak rakyat Mexico sebagai bangsa per0g0l.

Keadaan di Mexico sebenarnya agak berbeza daripada naratif ini. Konteksnya begini. Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia berulang-alik ke Singapura untuk bekerja. Realiti ini tidak bermakna peluang pekerjaan di Malaysia sangatlah teruk. Cuma manfaat geografi rakyat Johor yang berada dekat dengan Singapura membuka laluan kepada peluang-peluang lebih baik meskipun perlu tunggu berjam di sempadan. Jika dahulu Amerika Syarikat boleh mendabik dada dengan dominasi sistem penjagaan kesihatan, sekarang keadaan sudah berubah.

Mexico sebenarnya sudah menambahbaikkan kualiti hidup. Maka perbandingan antara Amerika Syarikat bersama Kanada seharusnya menunjukkan sedikit sebanyak kesengitan atas kedua-duanya sebagai negara maju. Bercakap menggunakan statistik, ekonomi Kanada mempunyai saiz KDNK sebanyak AS$51,546 (2019) berbanding Amerika Syarikat yang mencecah AS$62,869 (2018). Namun populasi Kanada yang hanya 10% sahaja dengan angka keseluruhan Amerika Syarikat meletakkan suatu darjat unik pada negara paling utara tersebut.

Kanada amat menekankan kualiti perindustrian dan perkhidmatan, yang mana mereka lebih gemar mengimport makanan. Namun negara ini seharusnya dibuat contoh sebagai yang paling telus di dunia menurut Indeks Kesedaran Rasuah. Kanada juga masuk dalam senarai 10 terbaik dalam perdagangan dan globalisasi. Dan sememangnya Kanada ialah destinasi lebih mesra imigran.

Sektor Kesihatan

Namun simbol kebanggaan Kanada sebenarnya berada pada pengurusan kesihatannya. Sistem Amerika Syarikat tidak dipersetujui semua, tetapi apa yang diamalkan Kanada bagi mereka bagaikan bid’ah sebuah agama. Kanada walau bagaimanapun tidak menghiraukan apa dikatakan Amerika Syarikat. Sebaliknya mereka berjaya mengurniakan akses penjagaan kesihatan kepada semua penduduk, pada bila satu dalam lima dewasa Amerika tiada insurans kesihatan pun. Statistik tersebut bererti 20% daripada populasi dewasa tidak mampu membayar kos rawatan.

Lebih menghairankan, Amerika Syarikat pula berbelanja lebih dalam sistem penjagaan kesihatan pada bila Kanada menanggung semua rakyatnya. Pada tahun 2016, Kanada berbelanja 10.4% daripada KDNK mereka untuk menanggung rawatan populasi. Manakala kos rawatan di Amerika Syarikat pula didapati 17.8% pada KDNK, angka paling tinggi di dunia. Kanada juga menjuarai carta bagi jangka hayat terutamanya untuk bayi.

Sektor Pendidikan

Selain pengurusan kesihatan, Kanada telah digelar kuasa besar pendidikan (education superpower) dengan statistik kemegahan semasa. Rakyat mereka lebih cekap dalam bacaan, matematik dan sains. Remaja Kanada juga antara yang paling berpendidikan di dunia, jauh meninggalkan Amerika Syarikat, Perancis dan United Kingdom. 55% daripada dewasa bekerja mereka juga berkelulusan tinggi.

Rahsia mereka terletak pada kepelbagaian dari segi strategi. Dalam sektor pendidikan, Kanada berfungsi bukan sebagai negara. Sebaliknya semua negeri-negeri Kanada (atau bahasa sebenarnya wilayah) bersatu bagaikan empayar yang masing-masing mempunyai model pendidikan sendiri. Jika diaplikasikan dalam Malaysia, pendekatan ini meletakkan kebebasan kepada Kedah, Perak dan Pulau Pinang sebagai contohnya untuk membuat sistem pendidikan sendiri yang mungkin jauh berbeza berbanding Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Malah dalam sekolah Kanada juga didapati banyak bangsa-bangsa imigran. Perkara ini berterusan daripada tradisi lama yang mana satu-pertiga anak muda Kanada datang daripada keluarga negara lain. Pelajar-pelajar imigran juga memerlukan tidak sampai tiga tahun untuk berintegrasi secara sepenuhnya bersama anak-anak tempatan sehingga wujud suatu persaingan kental. Bererti dalam tempoh 36 bulan sahaja, pelajar-pelajar sekolah dari rantau lain sekalipun sudah mempunyai asas dan boleh merajai prestasi. Pendidikan Kanada mencapai suatu tahap sampai negeri-negeri seperti Alberta, British Columbia dan Quebec sebenarnya setanding dalam sains bersama Finland, Jepun dan Singapura. Dan semangat di sebalik kejayaan Kanada terletak pada kesatuan.

Untuk membangunkan sektor pendidikan, Kanada secara keseluruhan mempunyai strategi realistic yang sama – staf terlatih, sumber bacaan terbaik dan penilaian peperiksaan terjamin. Peringkat persekutuan hanya melihat sekolah-sekolah mana yang sedang ketinggalan sahaja. Langkah ini merapatkan jurang sosioekonomi ke paras 9/100 dimana Perancis dan Singapura masing-masing mencatatkan 20/100 dan 17/100.

Senang kata, Kanada meninggalkan Amerika Syarikat terlalu jauh dalam sektor pendidikan dan berada setaraf dengan Persekutuan Rusia yang sudah lama mempunyai pengalaman dalam pencapaian serta penyelidikan.

Kos Sara Hidup

Secara rumusan, sistem percukaian Kanada lebih tinggi (28%) berbanding Amerika Syarikat (18%). Namun statistik mendapati kos sara hidup di Amerika Syarikat lebih tinggi. Indeks kos berkaitan sewa, barang runcit dan kuasa beli di Kanada meskipun bercukai tinggi berada pada paras 65.01 berbanding 69.91 di Amerika Syarikat. Sebuku roti di Bandaraya New York berada pada purata 95 sen, dimana Toronto hanya menjual pada 59 sen. Harga dada ayam di dua tempat yang sama masing-masing ialah 1.96 dan 1.88 sekilogram. Kopi di New York jauh lebih mahal berbanding di Toronto. Dan Toronto juga menguasai carta bagi pengangkutan dan pakaian.

Amerika Syarikat masih lagi jauh ketinggalan dalam pengurusan bersalin, yang mana Akta Pelepasan Kesihatan dan Keluarga (FMLA) hanya membenarkan cuti bersalin sealam 12 minggu… itupun tanpa gaji. Manakala Kanada memandatkan cuti bergaji melalui insurans pekerjaan wilayah kepada ibu dan bapa dengan manfaat melebihi CA$562 seminggu.

Kesimpulan

Agaknya tidak perlu dikatakan bahawa Kanada sebenarnya lebih baik dan maju untuk didiami imigran-imigran dari Malaysia. Namun begitu, Amerika Syarikat merajai dua perkara yang mana Kanada takkan sama sekali menghampiri dekat pun. Asas pertama dikuasai Amerika Syarikat ialah hutang yang dahsyat. Dalam sektor pendidikan tidak diceritakan pun tentang pendidikan tinggi. Disinilah penjelasannya: universiti membebankan rakyat Amerika Syarikat pada kadar paling ekstrim. Purata yuran berada pada AS$8,202 di Amerika Syarikat – manakala di Kanada pula hanyalah CA$4,939.

Kanada juga menampilkan permandangan debu syurga dengan hutan-tebal serta gunung-ganang yang meluas kehijauan. Sementara itu di Amerika Syarikat, asas kedua yang dikuasai ialah jumlah banduan yang mencecah 2.122 juta (0.65% pada populasi). Kanada berada jauh di bawah iaitu 41,145 (0.11%). Sepatutnya Kanada yang menjuarai carta ini, kerana negara ini tidak mengamalkan hukuman m4ti. Namun entah bagaimana, China sendiri tidak boleh menewaskan jumlah banduan meskipun dengan populasi 4.3 kali ganda lebih besar.

Rencana ini jauh sekali menghina Amerika Syarikat. Fakta tetap fakta: Kanada lebih baik untuk dijadikan destinasi mastautin.

RUJUKAN:

Bolotin, C. (2018, August 21). Four wrong beliefs you have about Mexico. Retrieved from https://www.forbes.com/sites/chuckbolotin/2018/08/21/five-wrong-beliefs-you-have-about-mexico/#7750ce957a59

Coughlan, S. (2017, August 2). How Canada became an education superpower. Retrieved from https://www.bbc.com/news/business-40708421

Reilly, K. (2016, August 31). Here are all the times Donald Trump insulted Mexico. Retrieved from https://time.com/4473972/donald-trump-mexico-meeting-insult/

Rogan, J. (2019, May 6). U.S. or Canada: Which Country Is Best To Call Home? Retrieved from https://www.investopedia.com/financial-edge/1012/u.s.-or-canada-which-country-is-best-to-call-home.aspx

Wharton. (2017, May 19). Is Canada the Right Model for a Better U.S. Health Care System? Retrieved from https://knowledge.wharton.upenn.edu/article/lessons-can-u-s-learn-canadian-health-care-system/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.