Tidak lama dahulu, penulis pernah menyentuh kegunaan pelik b.o.m nuklear Soviet. Walaupun mempunyai keupayaan untuk memu.sn.ahkan dunia berpuluh kali, duta Soviet ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Andrei Vyshinsky melihat ia punya potensi membantu industri domestik dalam ucapannya pada 1949. Ironinya, sentimen beliau dikongsi oleh Amerika Syarikat menerusi rancangan nuklear mereka ke atas Alaska pada 1958.

Mungkin ada menyangka ini sekadar imaginasi penulis daripada beberapa filem seperti Thunderball dan Octopussy. Tetapi hakikatnya, rancangan ini dikatakan dibentuk semasa era pentadbiran Presiden Dwight Eisenhower. Kononnya menerusi rancangan yang dipanggil Operasi Bajak (Operation Plowshare) ini, ia boleh meraih sokongan orang ramai bahawa sen.ja.ta ini boleh digunakan pada masa aman dan membantu industri domestik ketika itu.

Malah, nama Plowshare itu diambil dari satu kisah Bible di mana pe.da.ng-pe.da.ng dileburkan dan dibentuk semula menjadi tenggala. Pada tahun tersebut, bapa b.o.m hidrogen AS Dr Edward Teller mencadangkan ia digunakan untuk menghasilkan kawasan pelabuhan di wilayah Cape Thompson, Alaska. Bagi beliau, ia merupakan cara paling pantas untuk menggali sebuah lubang air yang besar.

Tetapi ramai orang termasuk penduduk Alaska tidak berkongsi sentimen sama dengan Dr Teller. Bagi penduduk tempatan, perlaksanaan operasi tersebut tidak sensitif dan hanya akan menggugat persekitaran Cape Thompson termasuk mencemarkan sumber air dan bahaya luruhan nuklear selepas le.tu.pan dibuat. Walaupun memberi jaminan operasi tersebut tidak memberi kesan besar kepada alam sekitar seperti di Bikini Atoll, penduduk tempatan langsung tidak termakan pujuk rayu pihak kerajaan.

Sebaik saja rancangan ini diketahui oleh para saintis, tekanan demi tekanan mula dikenakan terhadap pihak kerajaan agar membatalkan usaha bodoh ini. Ini kerana selain kesan radiasi dan impaknya terhadap alam sekitar, belum tentu b.o.m tersebut boleh melaksanakan tugas dinyatakan. Menjelang 1960 iaitu tahun terakhir Eisenhower di Rumah Putih, beliau mengarahkan operasi tersebut ditangguhkan. Bukan batal ya, ditangguhkan sehingga ke hari ini.

Tidak diketahui apa sebab yang mendorong presiden-presiden selepas Eisenhower untuk tidak membatalkan Plowshare. Tetapi yang pasti, ya, Amerika pernah mempunyai rancangan untuk mele.tu.pkan sen.ja.ta nuklear di wilayah mereka sendiri.

RUJUKAN

Felton, J. (2021, 24 September). In The 1960s, The US Government Was Planning On DITAPIS Alaska. IFLScience.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.