Moving Forward As One

Amerika Syarikat Mahu Keluar Daripada Afghanistan

3,252

Semua orang tahu apa yang berlaku pada tahun 2001. Sepasang menara berkembar jatuh di New York; dalam masa sebulan, bumi Afghanistan menjadi medan peper.angan yang besar.

George W. Bush sedang mengunjungi sebuah sekolah rendah di Florida pada hari kejadian. Sambil melayan budak-budak, seorang pegawai White House datang membisik pasal World Trade Center (Choi, 2020).

Benar atau dirancang, itu tidak penting. Amerika Syarikat tetap mendaratkan anggota dalam jumlah yang besar, dan kepimpinan Jeneral Tommy Franks dalam sekejap berjaya membungkus kerajaan Tal.iban pimpinan Mullah Mohammed Omar dan Mullah Mohamed Rabbani.

Omar

Kalau bab bungkusan, memang sudah lama selesai. Cuma Amerika Syarikat perlu ikat tepi saja. Itulah yang tidak kesampaian hingga hari ini. 20 tahun lamanya, Barat cuba pusing dan pintal – makin lama, jari sendiri yang terikat.

Sebab itulah Amerika Syarikat tidak dapat berundur begitu saja. Per.ang ini diwarisi pentadbiran Barack Obama, Donald Trump dan Joe Biden. Tanpa sebarang usaha, entahnya Presiden Amerika Syarikat seterusnya pun terlibat sekali.

Sehingga 2016, hampir 40,000 orang awam terbµnµh dalam konf.lik yang tidak kesudahan ini (Crawford, 2016). Jumlah ini memang banyak… tetapi tidak sebanyak angka kemat.ian semasa Kesatuan Soviet melancarkan operasi. Pada zaman ini, anggaran kemat.ian dalam kalangan orang awam adalah 562,000 hingga 2,000,000. Jauh lebih ramai.

Senj.ata Makan Tuan

Segala masalah di Afghanistan bermula selepas Kesatuan Soviet mengisytiharkan per.ang. Pada masa itu, Pakistan takut jika Soviet kemudian akan mencero.bohi wilayahnya pula. Jadi mereka mendapatkan bantuan Arab Saudi (yang kemudian melibatkan pentadbiran Jimmy Carter pula).

Lalu Amerika Syarikat dan Arab Saudi menggunakan Pakistan sebagai orang tengah untuk melatih warga-warga Afghanistan. Senang kata, Amerika Syarikat menciptakan pihak Tal.iban. Salah seorang yang dilatih Pakistan ialah Mullah Mohammed Omar sendiri.

Apabila mµsµh berjaya diusir, pihak Tal.iban mula mengg.igit tuan sendiri. Kumpulan ini menimba populariti tinggi kerana gigih menentang kor.upsi misalnya.

Gerakan biasa bertukar menjadi kerajaan, yang kemudian mencari pasal dengan Amerika Syarikat. Selepas World Trade Center jatuh, Tommy Franks membentangkan pelan peper.angan yang akan bermula dalam masa enam bulan.

Tetapi George W. Bush dan Donald Rumsfeld sangat takut jika Amerika Syarikat akan dimalukan seperti Kesatuan Soviet dulu.

Lalu Rumsfeld mendesak supaya Franks mula mendaratkan anggota serta-merta. Dan mereka tahu taktik Tal.iban: ser.ang secara gerila.

Contohnya, pada tahun 2003, pihak al-Qae.da dan Tal.iban mengedarkan risalah untuk melancarkan ji.had per.ang terhadap “penja.jah” iaitu Amerika Syarikat (The Associated Press, 2003).

Buat seketika waktu, kedua-dua pihak bagaikan berper.ang risalah pula. Tal.iban cetakkan satu risalah, yang Amerika Syarikat balas dengan risalah. Entah siapalah yang dibayar menjadi pencetak. Kalau orang yang sama, mesti untung gila.

Antara 2003 hingga 2005, Amerika Syarikat menjalankan beberapa operasi seperti Mongoose, Valiant Stri.ke dan Ashbury Park.

Kerana Mullah Omar enggan melepaskan Afghanistan. Beliau meminta supaya semua bangkit menentang boneka-boneka Amerika unuk mengembalikan kedaulatan negara (Gall, 2004). Tiada operasi berjaya membµnµh Mullah Omar.

Beliau meningg.al dunia pada 23 April 2013 kerana penya.kit tuberculosis… itupun selepas melihat kumpulannya berp.ecah kerana kebangkitan Abu Bakar al-Baghdadi.

Peralihan Kuasa di White House

Apabila Barack Obama membentuk kerajaan, pihak Amerika Syarikat menambahkan jumlah anggota di Afghanistan (Straziulo, 2009).

Berdasarkan penilaian Jeneral Stanley A. McChrystal, strategi anti-pengg.anas mereka memerlukan 500,000 anggota dan lima tahun untuk berjaya (Andrews, 2009).

Permintaan ini memang gila. Pertama sekali, terlalu ramai. Kedua pula, terlalu lama. Rakyat Amerika Syarikat sangat muak dengan dua “keterlaluan” ini, tambah pula ramai nampak Afghanistan semakin menjadi “Vietnam 2.0.”.

Jadi pentadbiran Obama menggunakan teknologi dron… dengan anggota-anggota darat sebagai “tukang mop”. Dron mungkin mengurangkan jumlah kema.tian dalam kalangan anggota Amerika Syarikat. Kos masih berjalan. Selama mana rakyat boleh bersabar?

Mereka perlu mencapai matlamat utama. Usaha punya usaha, seluruh Amerika Syarikat menepuk tangan dan bersorak meriah pada 2 Mei 2011. Kerana Os.ama bin Lad.en telah berjaya dibµnµh.

Per.ang Afghanistan ini boleh dielakkan, jika Mullah Mohammed Omar pada awalnya menyerahkan Osa.ma.

Semasa ditemu bual, Omar berkata, “takkan saya nak jadi seorang pemimpin yang mengkh.ianati tetamunya (Os.ama). Saya rela hilang ny.awa dan kerajaan saya.

Dalam masa dua bulan, Obama membentangkan pelan pengunduran pertama Amerika Syarikat daripada Afghanistan.

Sehingga Mei 2012, 33,000 anggota dibawa pulang. Bagi Obama, pihak Amerika Syarikat telah berjaya melµmpµhkan barisan pen.gga.nas yang tidak lagi bermahara.jalela seperti dulu (Wilson & Nakamur, 2013).

Jika bangkit semula sekalipun, Amerika Syarikat tidak keluar begitu saja. Afghanistan sudah lengkap dengan 350,000 anggota ten.tera dan polis dalam kalangan warga tempatan.

Pasca-2020

Kenyataan Barack Obama terbukti benar. Afghanistan jauh berbeza kalau banding dengan keadaan dulu. Tal.iban memang membuat ser.angan sana sini antara 2014 hingga 2020. Tetapi berkali-kali mereka diheret ke meja rundingan, terpaksa bersetuju dengan syarat seperti gen.catan senj.ata misalnya.

Jadi pentadbiran Joe Biden sekarang membuat pertimbangan: Amerika Syarikat tidak lagi perlu terlibat. Sehingga Januari 2021, Amerika Syarikat hanya menempatkan 2,500 anggota sahaja dalam Afghanistan sebagai persediaan.

Dengan Amerika Syarikat bakal angkat kaki, banyak benda menjadi tanda tanya… terutamanya bab hak wanita dan minoriti. Kalau dulu, para wanita tidak dibenarkan berbuat apa-apa selain menjadi suri rumah bagaikan penduduk kasta rendah.

Tanpa Amerika Syarikat, ramai khuatir jika Tal.iban akan muncul semula (Gibbons-Neff, 2021). Tengok saja di Iraq – keluar saja Amerika Syarikat, macam-macam yang jadi.

RUJUKAN:

Andrews, T. (2009, November 24). Classified McChrystal Report: 500,000 (ditapiskan) will be required over five years in Afghanistan. Huffington Post.

The Associated Press. (2003). Leaflet (ditapiskan) (ditapiskan) in Afghan Countryside.

Choi, D. (2020, September 11). Photos show the moment President George W. Bush first learned of the (ditapiskan) (ditapiskan). Business Insider.

Crawford, N. (2016). Update on the Human Costs of (ditapiskan) for Afghanistan and Pakistan, 2001 to mid-2016. Brown Edu.

Gall, C. (2004, November 13). Asia: Afghanistan: (ditapiskan) Leader Vows Return. The New York Times.

Gibbons-Neff, T. (2021, April 14). Afghans Wonder “What About Us?” as U.S. (ditapiskan) Prepare To Withdraw. The New York Times.

Straziulo, J. (2009, Februari 16). Newest US (ditapiskan) in Afghanistan seeing (ditapiskan) in (ditapiskan) region south of Kabul. Chicago Tribune.

Wilson, S., & Nakamur, D. (2013, Januari 11). Obama announces reduced U.S. role in Afghanistan starting this Spring. The Washington Post.

Ruangan komen telah ditutup.