Malapetaka COVID-19 yang datang tidak diduga nampaknya semakin menghampiri kesudahan. Setelah berbulan menunggu, sebuah vaksin telah diluluskan.

Perlumbaan vaksin ini disertai beberapa syarikat bioteknologi terkemuka dunia. Tetapi gandingan BioNTech dan Pfizer buat masa sekarang memenangi perlumbaan ini, dengan vaksin Tozinameran dikatakan 90 peratus berkesan (Palca, 2020).

Sehingga 16 Disember, seramai 138,000 rakyat United Kingdom sudah disuntik tozinameran (Campbell, 2020).

Salah seorang penerima tozinameran yang bernama William Shakespeare.

COVID-19 ialah peny4k1t yang paling pantas diperolehi sebuah vaksin, yakni dalam masa sembilan bulan sahaja. Jadi ramai tertanya-tanya; ada yang agak musykil, kerana vaksin beguk pun perlu empat tahun.

Golongan ini sebenarnya bukanlah “anti-vaksin”.

Cuma mereka tidak faham. Analoginya begini – sebuah platform pengeluaran Toyota mengambil masa 17-18 jam untuk membuat sebuah kereta. Tetapi Karl Benz dulu perlu bertahun untuk membuat kereta pertama dunia.

Perbandingan sebegini memang tidak adil. Benz hidup zaman bila. Toyota pula tidak bermula daripada kosong. Tetapi analogi ini sebenarnya tiada beza dengan pembangunan vaksin Covid-19.

Kerana pengeluar vaksin tidak bermula daripada kosong. Menurut Dr Eric Yager daripada Kolej Farmasi dan Sains Kesihatan Albany, saintis sudah mempunyai data berkaitan struktur, genom dan jangka hayat koronavirus melalui aktiviti penyelidikan selama 50 tahun (Solis-Moreira, 2020).

Dr Yager semasa menjawab mitos vaksin.

COVID-19 pula bukanlah suatu peny4k1t koronavirus yang baharu. Dunia sudah mengenali ratusan jenis koronavirus.

Empat boleh menyebabkan selsema biasa. Tetapi ada jenis yang mampu mencetuskan krisis end3m1k seperti SARS dan MERS masing-masing pada tahun 2002 dan 2012.

Jadi apabila COVID-19 merebak, saintis perlu mengemaskini dapatan mereka. Kiranya Toyota tidak perlu menciptakan roda – guna saja roda sedia ada.

Ilmu pengetahuan sahaja tidak mencukupi. Dana juga diperlukan untuk membangunkan suatu vaksin.

Bagi tozinameran, Pfizer dan BioNTech menerima AS$135 juta daripada China, Hong Kong, Macau dan Taiwan. Kemudian kerajaan Angela Merkel pula memberikan AS$445 juta.

Dan Kesatuan Eropah menyalurkan AS$119 juta untuk menyempurnakan tozinameran. Pfizer enggan menyertai Operation Warp Speed dibawah pentadbiran Donald Trump kerana tidak mahu menjadi h4mb4 birokrasi.

Jadi Pfizer memperolehi AS$699 juta untuk merancakkan penyelidikan vaksin. Moderna pula menerima AS$2.48 bilion daripada Operation Warp Speed untuk membangunkan vaksin mRNA-1273.

Trump membentangkan tentang OWS.

Secara keseluruhan, operasi ini merupakan komitmen AS$10 bilion. Dibandingkan dengan kemelesetan ekonomi, apalah sangat AS$10 bilion ini. Tetapi bagi pengeluar-pengeluar vaksin seperti AstraZeneca, Johnson & Johnson, Moderna dan banyak lagi – inilah segala-galanya.

Kerana vaksin untuk peny4k1t lain hanya menerima dana antara AS$31 juta hingga AS$68 juta sahaja (Gouglas, et al., 2018). Jumlah AS$10 bilion hanya daripada White House.

Suruhanjaya Eropah bersetuju untuk meluluskan dana AS$8 bilion bagi tujuan penyelidikan COVID-19 (Felter, 2020).

Sama seperti pendaratan Bulan pada tahun 1969, ilmu dan dana boleh menyebabkan kejayaan sains yang dikatakan luar biasa.

Pendaratan Bulan dan Vaksin COVID-19 kedua-duanya berdepan dengan banyak kemusykilan, tetapi hakikat di sebalik kejayaan ini sangat jelas.

Program Apollo menyumbang pada pembangunan teknologi yang memudahkan kehidupan manusia. Tozinameran pula berdepan dengan cabaran logistik, kerana wajib disimpan dalam suhu -80ºC hingga -60ºC.

Tempahan ais kering meningkat.

Jadi Pfizer membangunkan bekas ais kering khas untuk menjaminkan penyimpanan tozinameran.

Untuk pengetahuan semua, tozinameran tidak menggunakan virus yang dimandulkan atau dim4t1kan.

Sebaliknya tozinameran menggunakan sejenis bahan genetik bernama “messenger RNA” (mRNA) yang digunakan sel badan manusia untuk memulakan proses pengeluaran antibodi (Foley, 2020).

Pfizer melengkapkan mRNA yang rapuh ini dengan gelembung minyak dibuat daripada nanopartikel lemak.

Selepas disuntik, partikel ini bertemu dengan sel badan untuk merembeskan mRNA. Semua tahu yang COVID-19 mempunyai tanduk yang dibuat daripada protein.

Jadi molekul sel membaca mRNA ini dan membina tanduk sama, yang dikenali sistem imunisasi badan. Sel ini kemudian pun m4t1 dan meninggalkan “jasad” mengandungi tanduk dan pecahan protein, sebagai antibodi.

Dan antibodi ini kemudian akan hinggap pada COVID-19, menghalang virus dvrj4n4 ini daripada merosakkan tubuh badan seperti yang boleh ditonton dalam video ini:

RUJUKAN:

Campbell, D. (2020, Disember 16). 138,000 people in UK receive Covid vaccine in first week. The Guardian.

Felter, C. (2020, November 23). What is the world doing to create a COVID-19 vaccine? Council on Foreign Relations.

Foley, K.E. (2020, November 11). Pfizer’s vaccine candidate would be the first of its kind. QZ.

Gouglas, D., et al. (2018, Oktober 17). Estimating the cost of a vaccine development against (ditapiskan) (ditapiskan) (ditapiskan): a cost minimasation study. The Lancet. (6) 12.

Palca, J. (2020, November 9). Pfizer says experimental COVID-19 vaccine is more than 90% effective. NPR.

Solis-Moreira, J. (2020, Disember 15). How did we develop a COVID-19 vaccine so quickly? Medical News Today.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.