Moving Forward As One

Althing: Parlimen Paling Tua Di Dunia

523

PayLater by Grab

Institusi parlimen merupakan salah satu dari lambang kedaulatan sesebuah negara. Kebiasaannya, di parlimen la para wakil rakyat berbincang bagi meluluskan undang-undang tertentu di sesebuah negara itu.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Walaupun kadangkala suasana di parlimen itu tidaklah seperti yang rakyat fikirkan, misalnya bergaduh atau berti.k.am lidah antara satu sama lain, fungsi parlimen itu tetap mempunyai prestijnya yang tersendiri. Jika sesebuah parlimen itu ditutup, bagaimana negara hendak fungsi, sedangkan parlimen itu yang menggerakkan akta yang dibahas dan dibincang.

Wakil rakyat Iceland di Althing

Iceland merupakan sebuah negara yang mengamalkan pentadbiran secara unicameral sama seperti kebanyakan negara republik yang lain. Iceland mempunyai seorang presiden yang bertindak sebagai ketua negara dan seorang perdana menteri bertindak sebagai ketua kerajaan.

Di Iceland, wakil rakyat mereka berbahas di sebuah bangunan parlimen yang dipanggil Althing. Althing merupakan institusi parlimen paling tua yang masih wujud hingga ke hari ini. Di dalam Bahasa Iceland, Althing bermaksud padang berhimpun.

Gambaran masyarakat kuno Iceland berbincang di Althing

Althing mula diasaskan pada 960 masihi dan lokasinya terletak di Thingvellir. Althing terdiri dari 36 wakil rakyat bagi 36 daerah yang berbeza, sembilan anggota lain yang dilantik dan seorang speaker.

Pada awal penubuhannya, Althing merupakan tempat berhimpun bagi penguasa-penguasa yang ada di Iceland untuk membincangkan mengenai undang-undang bagi negara yang mereka duduki – secara tidak langsung menjadi asas penubuhan negara Iceland itu sendiri.

Selain penguasa, sidang di Althing ini juga turut dihadiri oleh rakyat jelata bagi turut berbincang sama dan ia merupakan acara keramaian terbesar di negara Iceland  pada ketika itu.

Selepas beberapa ratus tahun mereka mentadbir negara mereka secara sendiri, Iceland kemudian ditak.luk di bawah kekuasaan Raja Norway, Hakan Hakonarson pada 1262. Di bawah kekuasaan Norway,  segala undang-undang dari Norway akan dibincang dan dibahaskan seterusnya akan diluluskan oleh Althingi (wakil rakyat Iceland) itu tadi. Tetapi, apabila Norway dan Denmark bersatu pada abad ke 14, Iceland diperintah terus dari Copenhagen dan fungsi Althing itu ditukar kepada  Mahkamah Tinggi.

Bangunan Althing baharu yang dibina pada 1880-81

Walaubagaimanapun, rakyat Iceland tetap mahukan parlimen mereka diwujudkan kembali. Althing kemudian ditubuhkan kembali pada 1843 atas perkenan Raja Denmark dan mula bersidang buat kali pertama pada Julai 1845 setelah mereka mengadakan pilihan raya mereka pada 1844. Konsep di Althing ini kemudian mengikut acuan dari Denmark, hanya lelaki yang berumur 25 tahun ke atas sahaja dibenarkan menjadi wakil rakyat.

Pada 1903, Iceland telah diberi hak untuk memerintah negara sendiri dan Hannes Hafstein telah dilantik sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi menguruskan hal ehwal parlimen pada 1904. Pada 1918, Althing diberi kuasa sepenuhnya untuk mentadbir negara Iceland dan dua tahun berikutnya, jumlah ahli di Althing mula meningkat kepada 42 orang wakil rakyat berbanding 36 pada sebelumnya.

Apabila Denmark dij.a.j.ah oleh Jerman pada 9 April 1940, Althing terus bersidang dan meluluskan dua resolusi, iaitu mewujudkan kabinet menteri-menteri dan seorang ketua kerajaan dan yang kedua, negara Iceland tetap kekal berkecuali dan menumpukan perhatiannya bagi mengukuhkan hubungannya bersama Denmark dan Jerman dan mengawal perairan mereka dari dicer.oboh.

Di tapak tiang bendera itu dipercayai lokasi asal bagi persidangan penubuhan Althing

Pada 1941, Althing meluluskan kedudukan pemangku raja sehinggalah pada tahun 1944, mereka menghapuskan kedudukan itu untuk membentuk sebuah negara republik.  Pada 1959, sistem pilihan raya di Iceland bertukar dan tidak lagi mengikut daerah. Sebaliknya, kawasan Parlimen Iceland terbahagi kepada 8 kerusi dan pada tiap-tiap kerusi itu mempunyai 11 kerusi lagi.

Pemindaan undang-undang di Althing masih lagi berlaku hingga ke hari ini. Kali terakhir pemindaan dilakukan pada 1991, di mana 8 kerusi dipotong hanya menjadi 6 kerusi dan persempadanan semula dilakukan sebagai yang termaktub di dalam undang-undang mereka.

Sehinggalah ke hari ini, Althing masih lagi menjadi simbol kedaulatan undang-undang bagi negara Iceland. Bagi tahun 2021 ini, sebuah pilihan raya akan diadakan di Iceland menjelang September bagi rakyat mereka memilih siapakah wakil rakyat yang akan menduduki kerusi di Althing nanti.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Walaupun dilanda w.a.bak Covid-19, Althing ini masih lagi tidak pernah ditutup dan terus dijadikan sebagai pusat perbahasan undang-undang bagi negara itu. Jika parlimen ditutup,  di mana lagi tempat kita berbahas? Bawah pokok atau kedai kopi? Fikir-fikirkan.

RUJUKAN:

“A short history of Alþingi – the oldest parliament in the world”. europa.eu. The European Union. Retrieved 4 June 2021.

Ruangan komen telah ditutup.