https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Alpha Zero Belajar Memerintah Dunia Kuantum

475

Banyak kumpulan penyelidik di seluruh dunia mempunyai hasrat untuk membina komputer kuantum. Komputer kuantum dapat menyelesaikan beberapa masalah tertentu yang tidak boleh diselesaikan langsung oleh komputer terkini (klasik) walaupun kesemua komputer klasik di seluruh dunia bergabung dalam satu sistem.

Saintis dari Aarhus University juga mempunyai cita-cita untuk membina komputer kuantum. Mereka menggunakan algoritma komputer AlphaZero untuk belajar menguasai sistem kuantum.

Apa yang menarik tentang AlphaZero ialah ia boleh belajar sendiri tanpa memerlukan kepakaran manusia. Hasilnya, AlphaZero mampu menewaskan manusia dan enjin permainan dalam Go, Shogi dan catur.

AlphaZero hanya memerlukan empat jam sahaja berlawan sesama dirinya sendiri dan AlphaZero telah mampu menewaskan enjin catur Stockfish.

Kehebatan AlphaZero mendapat pujian sehinggakan Grandmaster Peter Heine Nielsen membandingkan AlphaZero dengan makhluk asing yang ziarah Bumi hanya untuk menewaskan manusia dalam permainan catur.

Melalui simulasi komputer, saintis dari Aarhus University menunjukkan kepelbagaian aplikasi yang boleh dilakukan oleh Alphazero ke atas tiga masalah pengawalan berbeza yang setiap satunya berpotensi digunakan dalam komputer kuantum.

Pasukan saintis tersebut amat kagum dengan kemampuan AlphaZero untuk belajar. Ketika menganalisis data daripada AlphaZero, mereka melihat AlphaZero telah belajar untuk eksploitasi permasalahan yang sebelum ini tidak dipertimbangkan langsung oleh mereka.

Walaupun AlpheZero mempunyai algoritma yang mengagumkan, pasukan saintis tersebut dapat mencapai hasil yang terbaik apabila algoritma AlphaZero digabungkan dengan algoritma pengoptimuman (optimization) kuantum.

Ini menunjukkan bahawa kita memerlukan kecerdasan hibrid antara kecerdasan buatan (A.I.) untuk eksploitasi mana-mana kekuatan yang ada.

Kuantum komputer menggunakan mekanik kuantum – cabang fizik yang menjelaskan dunia kecil alam semesta. Di skala yang kecil ini, peraturan dan hukum alamnya berbeza dengan apa yang kita lihat di sekeliling.

Sebagai contoh, suatu sistem dapat wujud lebih daripada satu pada masa yang sama. Ini bermaksud, komputer kuantum dapat melakukan banyak kerja dalam satu masa.

Mungkin di masa hadapan suatu hari nanti, AlphaZero bukan sahaja mampu bermain catur, Go dan Shogi, malah dapat melakukan pelbagai bentuk kiraan dan tugasan.

Malah, AlphaZero mungkin dapat menyelesaikan masalah yang amat rumit bagi manusia untuk selesaikan dan dapat belajar perkara yang tidak pernah dipelajari oleh manusia dalam tempoh yang sangat singkat dan berkesan.

 RUJUKAN:

  1. Mogens Dalgaard, Felix Motzoi, Jens Jakob Sørensen, Jacob Sherson. Global optimization of quantum dynamics with AlphaZero deep explorationnpj Quantum Information, 2020; 6 (1) DOI: 1038/s41534-019-0241-0
  2. Aarhus University. (2020, January 16). AlphaZero learns to rule the quantum world. ScienceDaily. Retrieved May 22, 2020 from www.sciencedaily.com/releases/2020/01/200116101203.htm
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.