Jika Tyrannosaurus Rex adalah Firaun Thutmose III, maka Allosaurus sesuai diibaratkan sebagai Firaun Ahmose I. Jika Tyrannosaurus Rex adalah Firaun Ramses II, maka Allosaurus adalah Firaun Ramses I. Berikut merupkan perkaitan berbentuk analogi yang seringkali dicadangkan, bahawa Allosaurus merupakan nenek moyang Tyrannosaurus Rex; salah satu contoh merupakan karya milik Gregory S. Paul.

Allosaurus dan Tyrannosaurus Rex berkongsi benua yang sama – Amerika Utara, dengan melebihi 60 juta tahun sebagai pengantaraan. Tetapi keluarga Allosauridae dan Tyrannosauridae sebenarnya berbeza sejak pengelasan klad lagi; kedua-dua mereka masing-masing tergolong dalam Carnosauria dan Coelurosauria.

Nama-nama ini mungkin berbunyi rumit, tetapi sebenarnya ia adalah pengelasan saintifik yang dicipta untuk memudahkan pemahaman tentang setiap biologi di dunia ini.

Ketinggian Allosaurus dianggarkan mencecah 3 meter, dengan panjang sekitar 8-12 meter. Saiz ini semestinya membentukkan seekor gergasi ngeri jika dibandingkan dengan manusia. Hakikatnya, Allosaurus adalah dinosaur paling kecil dalam keluarga-keluarga klad Carnosaur. Antara keluarga-keluarga lain yang berkongsi klad ini adalah Carcharodontosauridae (Giganotosaurus, Mapusaurus).

Faktor saiz tidak menidakkan fakta bahawa ia masih lagi gagah dengan fizikal diimbangi baik oleh ekornya. Ahli-ahli paleontologi mengakui bahawa Allosaurus menakluki kerusi pemangsa aktif. Perkara ini disertakan bukti apabila tulang ekor Allosaurus ditemui mempunyai kesan tusukan yang didapati menyerupai bilah ekor Stegosaurus. Manakala terdapat fosil-fosil sauropod yang mempunyai gigi-gigi Allosaurus. Maka klu-klu ini digabungkan, seolah-olah seperti sebuah siasatan pembunuhan.

Sememangnya mengejutkan bahawa Allosaurus yang kecil mampu menewaskan seekor dinosaur sauropod. Daripada sini dicadangkan bahawa Allosaurus memupuk sosiologi bersahsiahkan kerjasama dengan Allosaurus lain. Taktik ini cukup sesuai digunakan agar sauropod ataupun pemangsa-pemangsa lain ditewaskan.

Bersatu teguh, bercerai roboh.

Namun, terdapat juga tiga cadangan lain yang juga kukuh untuk diterima, bahawa Allosaurus hanya menyerang sauropod-sauropod remaja. Ataupun, pemangsa ini sekadar menjadi pebangkai – meragut rezeki dinosaur-dinosaur lain. Tetapi tidak dinafikan bahawa ketiga-tiga kebarangkalian ini boleh berlaku pada satu masa – termasuk juga dengan satu lagi cadangan, daripada ahli paleontologi Amerika Syarikat yang mengusulkan bahawa Allosaurus mempunyai persamaan seperti “harimau sabertooth”.

Allosaurus didapati mampu membuka rahang mereka dengan keluasan yang menakjubkan. Keupayaan ini terjalin atas pengecutan otot-otot rahang tatkala pengembangan otot-otot leher. Tanpa gigi panjang seperti sabretooth, komunikasi otot rahang-leher ini merupakan satu pergerakan yang mampu memberi kesan yang dahsyat, membuatkan gigi-gigi kecilnya berfungsi seperti gergaji. Maka serangan sebegini membuatkan Allosaurus setanding dengan mangsa-mangsa yang lebih besar, kerana ia akan melemahkan mangsanya.

Cadangan ini disusuli lebih banyak kajian, yang mencapai kesimpulan yang sama. Analisis biomekanikal mendapati tempurung kepala Allosaurus memainkan peranan yang besar. Ia akan menyerang sambil mulutnya terbuka, mencederakan mangsa-mangsanya seperti hentakan kapak tanpa mencederakan tulang.

Serangan sebegini apabila digabungkan dengan sahsiah pemburuan bersama tentunya membuatkan Allosaurus lebih menakutkan berbanding Tyrannosaurus Rex. Cadangan sahsiah ini belum pernah dipatahkan, sebaliknya semakin berkembang. Daripada pemburuan, Allosaurus juga didapati merupakan ibu bapa yang baik – menunjukkan bukti-bukti ia membawa pulang hasil buruan kepada anak-anak yang kelaparan di sarang.

Di sebalik sahsiah ini, Allosaurus juga dihujahkan sebagai spesis yang sangat agresif. Mereka sentiasa bergaduh untuk dominasi dan kawasan. Interaksi persefahaman berkekalanan sememangnya di luar perbicaraan.

— AFDS —

Pautan dibawah menunjukkan manusia jika dibandingkan dengan Allosaurus, mengikut skala:

http://s23.postimg.org/bnh1023pn/image.jpg


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply