“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?”

“(Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.” (Ayat 26, Surah al-Baqarah)

Ramai memandang enteng seekor serangga bernama nyamuk. Tetapi tidak ramai tahu lebih ramai orang yang kembali ke balik papan akibat penyakit bawaan nyamuk daripada akibat s3nj4ta pada abad ke-20. Kerana nyamuk juga, ia berpotensi mengubah sejarah dunia termasuk mencegah orang Mongol daripada menceroboh Eropah dengan izin-Nya pada abad ke-13.

Menjelang 1220, Empayar Mongol terbentang luas dari pesisir pantai Pasifik hingga ke Semenajung Korea dan China, di sebelah selatan ialah Sungai Yangtze dan Pergunungan Himalaya dengan Sungai Euphrates di sebelah barat. T3nt3ra Mongol boleh dianggap pelopor kepada Blitzkrieg atau p3r4ng kilat kerana meny3r4ng dan mengepung musuh mereka dengan pantas dan tanpa belas kasihan.

Rajah 1: Genghis Khan

Pada tahun itu, Genghis Khan ingin mencapai impian Alexander the Great iaitu menghubungkan dunia timur dan barat dalam satu empayar. Untuk mencapai perkara sedemikian, angkatan Mongol dibahagi dua. Angkatan di sebelah timur akan meneruskan perjalanan ke Mongolia melalui Afghanistan dan utara India di bawah pimpinan Genghis sendiri.

Sementara angkatan Mongol di sebelah barat diarah bergerak ke Eropah Timur. Seperti yang disaksikan oleh orang awam di Baghdad, Khurasan dan Korea, angkatan Mongol meny3r4ng kota-kota Eropah Timur tanpa belas kasihan. Bukan sedikit penduduk awam dibvnvh atau dijual sebagai hamba dengan sebahagian kecil saja yang dilepaskan kembali kepada pihak musuh.

Taktik sebegini menyaksikan hampir 80% populasi sesebuah kawasan hilang sama ada dibvnvh atau ditawan dan dijual sebagai hamba. Angkatan ini kemudiannya mengintip kekuatan Hungary dan Poland sebelum mengambil keputusan drastik berundur dan menyertai angkatan Genghis yang pulang ke Mongolia.

Tidak diketahui mengapa panglima-panglima Mongol berbuat demikian tetapi sejarawan-sejarawan menelah ia berkemungkinan didorong oleh wabak malaria yang melanda angkatan berkenaan. Sudah pasti dalam laluan mereka merentasi Laut Hitam dan Pergunungan Caucasus, bilangan t3nt3ra mereka berkurangan secara mendadak akibat malaria dan pert3mpvran tanpa henti selama hampir dua dekad.

Bagi Genghis sendiri, baginda juga menderita peny4k1t malaria dari semasa ke semasa. Dan ia juga dikatakan menyumbang kepada punca kem4t1annya pada usia 65 tahun berikutan luka yang dialaminya tidak boleh sembuh dan imuniti yang lemah akibat malaria.  Baginda mangkat pada tahun 1227 dan lokasi makamnya sehingga hari ini terus menjadi misteri berikutan tindakan pihak Mongol merahsiakan lokasinya termasuklah membvnvh sesiapa saja yang mengetahui lokasi makam baginda.

Rajah 2: Ogedei Khan

Pengganti Genghis iaitu Ogedei ingin meneruskan hajat ayahandanya menakluk benua Eropah dan menjadikannya sebahagian daripada Empayar Mongol. Dari tahun 1236 hingga 1242, angkatan Mongol sekali lagi digerakkan dengan s3r4ngan ke atas timur Rusia, negara-negara Baltik, Ukraine, Romania, tanah Czech dan Slovak, Poland dan Hungary.

Angkatan Mongol tiba di Budapest dan Sungai Danube pada 25 Disember 1241. Dari situ, mereka meneruskan kemaraan ke Austria sebelum berpusing ke selatan  dan menuju ke sebelah timur (rantau Balkan). Tetapi pada tahun 1242, angkatan Mongol terus berundur dari Eropah dan tidak lagi menjejakkan kaki di benua berkenaan.

Bila diminta mengulas isu pengunduran mengejut Mongol dari benua Eropah, Perdana Menteri Britain Sir Winston Churchill menulis, “Pada satu ketika, nampaknya seperti Eropah juga akan tumbang kepada 4nc4man dari sebelah timur. Gerombolan Mongol yang g4n4s dari sebelah Asia, t3nt3ra berkuda yang digeruni bers3nj4takan panah, telah meny3r4ng Rusia, Poland dan Hungary serta mengalahkan angkatan Jerman dan Eropah lain secara mengejut di Breslau dan Buda.

“Jerman dan Austria pada ketika itu menanti masa menjadi mangsa mereka. Tetapi… pemimpin Mongol segera bergerak pulang ribuan batu ke ibu kota mereka, Karakorum… dan Eropah Barat terselamat.”

Sebabnya mudah, nyamuk. Musim bunga dan musim panas tahun 1241 dianggap luar biasa kerana amat lembap dan hujan turun pada kadar lebih tinggi daripada sepatutnya. Ini mengakibatkan kawasan padang rumput Magyar yang kering di Eropah Timur bertukar menjadi paya gambut dan habitat kegemaran nyamuk.

Ini mendatangkan masalah kepada pihak Mongol kerana padang-padang rumput sebegini menjadi sumber makanan haiwan tunggangan mereka. Cuaca lembap juga mengakibatkan busur mereka tidak dapat diselenggara berikutan gam yang digunakan tidak dapat kering seperti sepatutnya. Dan dengan cuaca sebegini, nyamuk berpesta mengejar d4r4h mangsa mereka tanpa henti.

Bila operasi mereka di Eropah berakhir dengan kegagalan, Kublai Khan mengalihkan sasaran kepada Timur Tengah pada tahun 1260. Malangnya, pihak Mongol tidak sedar mereka bakal berseteru dengan pihak T3nt3ra Salib dari Eropah dan kerajaan-kerajaan Islam yang wujud di situ. Bagi pihak Salib, kelibat angkatan Mongol dianggap sebagai pengacau manakala bagi kerajaan-kerajaan Islam, mereka tidak mahu memori Baghdad berulang kembali di wilayah kekuasaan mereka.

Rajah 3: Lukisan kepungan orang Mongol terhadap kota Baghdad pada tahun 1258.

Memori Baghdad yang dimaksudkan ialah Baghdad mvsn4h dijarah pihak Mongol pada tahun 1258 semasa pemerintahan Mongke Khan. S3r4ngan tersebut bukan saja menyaksikan pengakhiran kekuasaan kerajaan Bani Abbasiyyah tetapi dianggap sebagai peristiwa berd4r4h yang menghantui umat Islam ketika itu. Perpustakaan Baitul Hikmah mvsn4h dijarah sementara lebih dua juta orang (sumber Arab) atau 800,000 orang awam (sumber Barat) dibvnvh.

Tetapi seperti di Eropah, nyamuk dan malaria terus menjadi 4nc4man kepada cita-cita Mongol. Ditambah dengan garison pertahanan yang kukuh, pakatan senyap Muslim-Salib dalam sesetengah situasi dan kekalahan memalukan seperti di Ain Jalut, pihak Mongol sedar cita-cita ini perlu dihentikan demi menyelamatkan empayar yang masih wujud lebih-lebih lagi selepas p3r4ng saudara tercetus antara Berke Khan dengan Hulagu Khan.

P3r4ng saudara ini tercetus selepas Berke Khan berang dengan tindakan saudaranya itu membvnvh orang awam yang tidak berdosa di Baghdad. Baginda yang ketika itu sudah memeluk Islam bersumpah akan membela agama tauhid walaupun itu bermakna melancarkan kempen agresif terhadap saudara sebangsanya sendiri. Kempen ini menjadi permulaan kepada perpecahan Empayar Mongol.

Enggan berputus asa, Kublai Khan kemudiannya beralih kepada rantau Asia Tenggara atau lebih tepat kerajaan Angkor pada dekad 1280-an. Angkor menjadi pilihan kerana kerajaan tersebut dianggap antara kerajaan yang kaya di Asia Tenggara pada ketika itu. Tetapi baginda tidak sedar, nyamuk yang menjadi penghalang cita-cita Mongol di Eropah dan Timur Tengah bakal menjadi penghalangnya di situ.

Rajah 4: Pembinaan terusan dan saliran oleh kerajaan Angkor seperti di Angkor Wat menjadi tempat pembiakan sempurna untuk nyamuk dan mimpi ngeri kepada angkatan Mongol.

Ini kerana kerajaan Angkor melaksanakan banyak perkara termasuk pembersihan hutan dan pembinaan terusan dan saliran untuk tujuan pertanian. Ditambah dengan iklim monsun yang g4n4s dan banjir yang kerap berlaku di situ, ia menjadi tempat pembiakan sempurna untuk nyamuk. Bagi mana-mana angkatan p3r4ng, logik bagi mereka memilih musim bukan malaria untuk meny3r4ng atau berundur ke tempat lebih selamat sementara musim nyamuk reda.

Malangnya, kesilapan taktikal mudah ini dilakukan oleh Kublai di mana baginda mengarahkan angkatan Mongol meneruskan perjalanan ke selatan daripada kekal sebentar di sebelah utara sementara menunggu musim malaria reda pada 1285. Akibatnya, 90,000 orang t3nt3ra Mongol menjadi mangsa amukan nyamuk sepanjang perjalanan mereka ke selatan China dan Vietnam.

S3r4ngan dahsyat ini mengakibatkan Kublai Khan terpaksa membatalkan rancangannya menakluk kerajaan Angkor pada tahun 1288 selepas melihat 20,000 t3nt3ranya pulang ke Mongolia dalam keadaan tidak terurus. Nyamuk bukan sekadar mempercepat kejatuhan kerajaan Angkor pada tahun 1400 tetapi menjadi punca sama kejatuhan Empayar Mongol.

Empayar Mongol berpecah-belah akibat p3r4ng saudara, malaria dan siri kekalahan yang merobek kredibilitinya. Pada tahun sama Angkor tumbang, Empayar Mongol yang dianggap jelmaan impian Alexander the Great tumbang. Sesetengah wilayah yang ditadbir keturunan Mongol di Caucasus dan Crimea terus bertahan sehinggalah abad ke-18.

Siapa sangka, kerana seekor nyamuk, ia bukan sekadar menyelamatkan Eropah daripada menjadi mangsa penjarahan Mongol. Kerana seekor nyamuk juga, ia menjadi punca kejatuhan sebuah empayar yang dikata tidak boleh dikalahkan. Nyatalah tiada ciptaan-Nya yang bersifat sia-sia.

RUJUKAN:

Winegard, Timothy. (2019). Mosquito Hordes: How a Pesky Insect D3str0yed the ‘Almost’ Invincible Mongol Empire. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/history-important-events/mongol-empire-0012538


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.